Wednesday, September 26, 2012

Thursday, September 20, 2012

Please prove you're not a robot

 assalamualaikum  ==,

saya selaku tuan punya blog ingin memberitahu bahawasanya, dalam masa dua hari saya telah meng-FOLLOW budak budak blog seramai 120. terima kasih atas segmen yang dilancar kan. walaupun banyak dugaan yang harus ditempuhi contohnya, waktu mau post a comment, segelintir masyarakat blogger masih menggunakan verity ke hapa benda nama dia tu, kalau mau komen mesti ada benda ni kene tulis,  like this ----> (sila rujuk bawah)




sidang yang di hormati, ingat kita orang bukannya robot mahu di prove it lagi, dah sah sah robot xmain blogger. untuk kesenangan kita bersama, mari buang bendalah tu.  sidang hadirin yang comel sila ikut step ni

pi dashboard > setting > postand comments >Show word verification > and Tekan "NO".


Nota kaki dan siku : Post ini hanyalah untuk kesenangan warga blogger bersama :) maaf kalau terkasar bahasa :D



Wednesday, September 19, 2012

Untuk Si pemalas

Untuk En. Asraf Side, sila rujuk semua ini , kalau mau kopi/paste silakan.  disini ada

-Sinopsis
-Latar masyarakat
-persoalan
(itu seja cigu minta)

sekian


SINOPSIS MELUNAS RINDU

Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga adik kepada Robert Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad mendapat sokongan

Fuad yang telah diminta moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa.

Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.

Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital. Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.

Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya.


LATAR MASYRAKAT


Masyarakat yang tahu membalas jasa orang tua
– Fuad membalas jasa Pak Ismail dengan membelikannya sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail

Masyarakat guru yang dedikasi
– Cikgu Farhana menyusun program untuk meningkatkan prestasi pelajar di sekolahnya

Masyarakat kampung yang prihatin
– Fuad membawa anak Borhan ke bandar Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan

Masyarakat yang mementingkan pendidikan
– Cikgu Abas meminta Fuad membantu anak-anak muridnya dalam pelajaran bahasa Inggeris

Masyarakat yang suka memburuk-burukkan orang lain
– Cikgu Zamani tidak suka akan sikap Farhana dan menasihati Fuad agar tidak memilih Farhana sebagai isteri.

Masyarakat yang reda dengan ketentuaan Ilahi
– Fuad menerima hakikat tidak dapat berkahwin dengan Farhana kerana mereka adik beradik malah bersyukur Farhana dapat menggantikan tempat Sofia

Masyarakat yang kuat berpegang kepada ajaran agama
– Fuad rajin mengerjakaan solat walau di mana-mana dia berada

Masyarakat yang menghormati tetamu
– adik-adik Farhana menyediakan hidangan, kain pelekat dan tuala untuk Fuad yang datang ke rumah mereka.

 
PERSOALAN

 Persoalan
1. ketaatan seorang saudara baru kepada perintah agama
- Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah.
- Walaupun dia terlewat untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah di tetap ke surau untuk menunaikan solat isyak secara berjemaah
- Fuad belajar mengaji dengan tunjuk ajar Pak Ismail sementara menunggu waktu Isyak ( belum tiada pengetahuan asas kerana baru memeluk Islam )

2. sikap mengenang budi
- Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya , Mei Lan dan Ah Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya , Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini
- Fuad mencuba membalas segala kebaikan Pak Ismail dan Salmah terhadapnya. Fuad membeli sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail
- Fuad turut membawa Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah
- Fuad membalas budi ibu bapa angkatnya Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini dengan membayar yuran peperiksaan STPM Ah Soh

3. ikatan kasih sayang dalam isntitusi keluarga
- Mariana sangat menyayangi anaknya , Abdul Halim / Fuad yang dilarikan oleh bekas suaminya Roslan. Meskipun gagal menjejaki Abdul Halim/ Fuad , Mariana sentiasa merindui anak sulungnya
- Pak Ismail dan Mak Slamah mengambil berat akan Fuad walaupun Fuad hanya anak angkat mereka
- Mak Salmah sangat sayang akan Sofia sehingga kehilangan Sofia menyebabkan dia terlantar di hospital
- Farhana pulang ke Kuantan dengan segera apabila mengetahui ibunya dirawat di hsopital
- Robert Lim / Roslan( seorang usahawan ) mengirimkan wang untuk kegunaan adiknya Peter Lim sekeluarga pada setiap bulan ( Peter Lim hidup dalam kesusahan )

-

4. sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
- Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh tanggungjawab dengan mengadakan program yang sesuai / mesyuarat dan sebagainya sesuai sebagai ketua . Farhana berkelulusan ijazah pendidikan dari London
- Pernah menegur sikap Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas sehingga menyusahka pelajar
- Walaupun Fuda hanya guru sandaran , Fuad tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi sebagaimana yang diharapkan oleh Cikgu Abas

5. keikhlasan dalam memberikan pertolongan
- Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam
- Fuad telah menghantar Farhana pulang ke kampungnya setelah megetahyui bahawa Farhana tidak mempunyai tiket perjalanan ke sana
- Pak Said menawarkan diri menemani Fuad mencari pusara ibunya di Lembah Klau

6. redha menerima ketentuan takdir
- Fuad menerima kenyataan bahawa gadis yang dicintainya iaitu Farhana sebenarnya adalah adik kandungnya dengan reda
- Mak Salmah menerima hakikat bahawa anak angkat kesayangannya , Sofia telah pergi meninggalkannya untuk selama- lamanya.

7. sikap tidak amanah
- Cikgu Zamani sering ponteng kelas
- Tindakannya menyusahkan pelajar untuk menerima pelajaran



kredit to : All Blogerr , Blogger

Tuesday, September 18, 2012

" Jom tingkatkan followers sampai lebam "

 hi ? saya ikut segmen pasal saya suka ikut ikut benda begini. :)

saya tiada printscreen jadi saya countdown sahaja lah , al maklumlah, orang kampung tahun membilang saja.



FOLLOWER saya buat masa sekarang ialah.  ----> 107 .




Nota kaki dan siku : jom join segmen ni :)    

Wednesday, September 12, 2012

Sabah part II (Ini Kali Lah)

Assalamualaikum, wahai manusia sekalian.

semenjak dua menjak ini, ramai yang mangata negeri sabah. hello negeri yang kamu kutuk ni negeri aku okay . tidak lupa juga dengan negeri sarawak, kebanyakkan nya datang dari FB and Twitter, kalau blogger buat masa ni belum lagi,  that why saya suka orang blogger. entri ni, aku dapat ilham dari blogger akak  Etong's.  contoh yang pemes sekarang ni :

1.

2.

3.

4.

 5.





Dan banyak lagi boaaa. sebelum kamu tengok keindahan sabah,lebih baik kamu tengok dulu peta sabah ni. kang x pasal-pasal kamu tanya lagi sabah wujud ka tidak. naa:


okay okay, daripada kamu semua mau kutuk kutuk sabah,lebih baik kamu cuci mata tengok ni keindahan sabah. yang semakin maju.

1. Kalau kamu mau sembayang, di kiki kena sedia masjid untuk solat juga ar.


Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas.
  
2. kalau kamu mau beshopping sini lah tempatnya. dekat sini ada jual baldi juga ar.




3. untuk pengetahuan EDEN FIRDAUS dekat sabah ada McD juga ok, jangan kata mcd , pizza , kfc kami bagi. oppss, lupa ,kamu belum pernah pergi sabah pulakan, tu la cakap dekat sabah teda mcd,


 sori la xletak tempat, kalau mau tengok, datang lah sendiri.



4. buat pengathuan puan lisa_rosli93 orang sabah tidak tinggal dekat atas pokok ar, kami ada tempat sendiri yang lebih selesa lagi.

 dekat sabah pun ada hotel bertaraf 5 star lagi ok. look


dan tidak lupa dekat sini pun ada karoke jugak cik emaliza.

opsss lupa, dekat sabah ada rumah terbalik juga, khas untuk u all.

 Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah.


5. Dekat sabah ada pulau yang terbersih juga berhh. antaranya.

Pulau Sipadan, Sabah
.(cik emaliza dekat sabah bersih ok, negeri kami bukan negeri sampah)


Pulau Kapalai, Sabah.



6.Tarikan lain dekat sabah :

 Simpang Mengayau (The Tip of Borneo), Kudat, Sabah.

 Kiansom Waterfalls, Inanam,Sabah.
(ini aku respect la, palingg manang,)

 Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia. 

 

Desa Dairy Farm, Mensilau Kundasang, Sabah.


 Ada new zealand dekat sabah. x pecaya baca blog ni Pelangi senja 


Gunung Kinabalu, the Highest Mountain in Southeast Asia

Dekat sabah ada ikan geli geli lagi ok.

Dan tidak lupa juga orang orang dekat sabah tidak lah miskin betul mau pakai cawat seja.



  



 

buat para pembaca ini buka cawat ar, ini baju tradisi sabah.


kesimpulanya, dekat sabah tidak la buruk betul, hello kira setaraf suda dengan disana. then jangan risau dekat sabah ada Karoke, ada juga jual baldi. dan tidak ketinggal , kami masih tinggal dekat dalam ruma not pokok. kalau mau singgah tempat-tempat yang menarik pun ada. okay laa, hanya ini yang termampu saya postkan . Jadi, jom lah jelajah satu sabah. :)

credit to semua pemilik gambar, to kak Etong's and blogger pelangi senja, dan yang sama waktu dengannya. :)


NOTA KAKI : kalau kau maki lagi, tunggu kau sana, ini kali lah.