Friday, November 16, 2012

Internet bersambung

Hi reader,

 Gembira !

    Malam malam yang mahu membuta ini, aku ambil kesempatan untuk menghapdate blog walhal aku sudah pun hapdate blog tadi pagi, tetapi dengan tidak semena menanya, kepala mengeluarkan satu cahaya lampu yang menandakan idea tertimbul yang ingan mengeluarkan dirinya.
     Di jadikan cerita, balik sahaja aku dari kampung halaman ada dua berita agak mengembirakan diri yang sunyi sepi ini, *hamboi ayat. Pertama, internet telah menyambuungkan dirinya kerumah ku syurgaku ini, terimah kasih kepada en. yacob selaku bapa kepada shasha yang telah membuang duit untuk membayar internet ini. 
    Dan yang kedua, buka buka saja fb dapat messages dari Dee' closet shop, menawarkan memilih hadiah dari page dia, disebabkan top repelnya mendatang dari blog yang tidak seberapa mahalnya ini. yahuu, terima kasih daun keladi, kalau boleh bagilah lagi hihi.
     Setelah sekian lama meninggalkan blog yang dihormati lagi disayangi ini, cek punya cek, ada jugak yang sudi melawat dan meninggalkan jejak kesini, walaupun telah sekian lama meninggalkan sarang labah labah diblog ini, terimah kasih tersangatlah wahai blogger yang dihormati. 
     Oleh yang demikian, aku akan meng Qado' kan balik blogwalking dan terjah menerjah blog yang tergendala pada zaman ketiadaan internet dahulu itu. Jom kita lihat siapa yang terkena.

Nota malam : malam malam best berbloging. 


12 comments:

Jna marcello said...

Yes Na laa yg da terkena tu kan heheh :D

CaptainLuffy+America said...

suka letteww

Hnahdy said...

adoi bleh qado plak. berapa hari qado ni?

adyna said...

Slmt kembali

shar90 said...

untunglaa ade tenet... ade blog lg... hehee

Sa Michaisi said...

rawrrr, hamboih ayat intro dia. Klasik habis . Haha XD

nik ros said...

terjah jgn tak terjah yea. dah byr internet tu mesti internet dah laju. best la ade yg tolong byrkan.

rengga zkz said...

nice pos:) Post ini lebih baik Dari Yang Lalu :) Terus berkarya Y:) Mampir juga Y ke My Blog..:)

Tihara said...

as salam

akak pulak rasa makin slow berblog hhuu

Si Matatajam said...

Kak M pun slalu blogging waktu malam dik..free skit..

shidaR said...

thanks sha singgah blog akak :)

IntaNBerliaN said...

bila dah sambung mmg seronoklah kan... :-)