Sunday, December 30, 2012

[PETUA IMAM SYAFIE]

Assalamualaikum ?
Gambar sebagai hiasan . tiada kaitan.
saya pengawas sekolah . grrr

    Hari ini malam malam baru aku dapat update blog, sebab banyak benda tadi pagi sampai ke tengahari mau kena buat. selepas sudah hempas pulas tolak kepala tarik rambut hentak kaki. aku pun berhajat  buka facebook sebab kurang idea di dalam dada, jadi jumpa satu perkara yang dapat aku kongsikan dari facebook.

[PETUA IMAM SYAFIE]


Empat perkara menguatkan badan

  •  makan daging
  •  memakai haruman
  •  kerap mandi
  •  berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

  •  banyak berkelamin (bersetubuh)
  •  selalu cemas
  •  banyak minum air ketika makan
  •  banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

  •  duduk mengadap kiblat
  •  bercelak sebelum tidur
  •  memandang yang hijau
  •  berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata

  • memandang najis
  • melihat orang dibunuh
  • melihat kemaluan
  • membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran

  • tidak banyak berbual kosong
  • rajin bersugi (gosok gigi)
  • bercakap dengan orang soleh
  • bergaul dengan para ulama
Doa Zikir itulah kekuatan seorang muslim :)Kalau rajin.tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

♥sharing is caring ♥

Nota kaki : kredit tu encik Facebook 

Saturday, December 29, 2012

Gunakan Embedded untuk Kotak Komen ?

assalamualaikum?

  Dengan ini aku merasmikan , blog aku akan menggunakan Embedded untuk diruang komen.Dulu aku guna Popup Window sebab banyak yang kata senang mau komen, tapi kalau guna embedded diruang komen, kita senang mau balas komen komen kawan kawan yang komen di blog kita . ada paham ? nampak terbelitan ayat disitu haha.
  Khidmat kotak kotak komen seperti ini aku dapat ilham dari Encik H  dan Kak Jna Marcello. Like kalau kita baca pun tersusun, tidak payah scroll-scroll down lagi. Lagi satu dapat mengeratkan hubungan sesama blogger. ookay itu hanyalah pendapat aku.

Nota kaki : Apa Pendapat anda ?

25 Random Facts About Me

Assalamualaikum ? 

  Entri Hari ini ada Kaitan dengan Diri aku yang baru baru sahaja berkecimpung dalam dunia arena blog bloging blogwaking ini. Sebenarnya  25 Random Facts About Me Adalah satu sesi perkenalan anatar blogger , boleh dikatakan begitu lah. Dan Aku telah di TAg oleh Cik QasehnyaRania Makcik yang suka Lobaksusu.
  Makcik Lobaksusu Juga ada menyatakan bahwasanya sila baca bahasa mat saleh diwah nih.Oleh sebab itu aku terasa macam mau join juga 25 Random Facts About Me ini. Tanpa panjang panjang lebar intro sana sini, baik aku mulakan dengan Bismillah.


  1. Hai nama aku shasha yacob, boleh panggil apa sahaja anda suka, makcik, sasa, caca, sakinah, siti nurhaliza, diana amir, yana shamsudin, neelopa, launiey, Asal nama itu boleh aku terima aku terima.
  2. Aku adalah anak kedua bongsu dari 7 orang adik beradik.
  3. Di besarkan oleh bapa dan mama.
  4. Asku suka makan, aku suka minum , aku suka berblog.
  5. nama blog aku kamihardsman terilham dari kawan kawan sekepala dengan aku dalam kelas,waktu form 4.
  6. Tahun depan 2013 aku SPM, jadi doakan aku supaya dapat banyak A, tidak dapat 9A , dapat banyak A pun jadi lah.
  7. Suka melukis, Walaupun lukisan macam ala ala kebudak tadikaan, ada aku kesah , sudah jadi hobi apa boleh buat.
  8. Aku dilahirkan di sabah , di dalam hospital kota belud, di dalam wad perempuan dan di dilahirkan oleh seorang mama yang bernama puan mulia.
  9. Aku suka kaler Biru, bila ingin membuat template blog baru.
  10. Perempuan yang fobia masuk bilik disiplin disebabkan pada suatu hari.
  11. Suka main game dalam handpon nokia lama, yang kalau menang dapat tulis nama tu.
  12.  Kadang kadang aku pandai peramah, pandai sombong, pandai jadi pendiam, dan jadi tidak siuman. Berhati hatilah anda
  13. Aku lebih suka buat kerja lelaki, angkat barang sana sini, daripada menyapu dalam rumah, lap itu ini. tapi bab cuci pinggan memang partime kerja aku dirumalah
  14. mengidam sebuah ipod dari wakgelas . haha, eh tertypo nombor 14.
  15. Suka Baca Komik *detektif conan sudah katam* , Baca Novel sinta sikit sikit, dan novel ala seram, dan majalah yang aku nampak aku baca.
  16. Suka buat buku tebal, lepas tu suruh kawan kawan tulis, conteng lukis dalam buku tuh, dan boleh jadi kenangan. lihat buku itu tekan SINI
  17. Suka temenung dalam kelas bila tiada cigu, tengok kipas pusing pusing .
  18. Suka bercerita sama Mr Razi, tapi budak ni selalu cerita pasal perempuan , permpuan dan perempuan.
  19. Suka Masuk campur dalam buat penyelesaian addmath dalam kelas waktu cikgu mengajar.
  20. Suka conteng buku kawan , kalau kawan pergi kantin.
  21. Suka kasi tinggal buku text yang tebal tebal diruma, lepas tu pinjam buku jiran kelas sebelah.
  22. Percaya sama orang yang boleh kena percaya, walaupun kau 5 minit aku kenal, kau bagi respon yang baik, ba pecaya sudah aku.
  23. Suka pakai jam kawan, kalau tiada jam aku memang sudah dirembat jam tangan kawan kawan yang berdekatan dengan aku dala kelas sahaja.
  24. Suka tengok bola harimau malaya sahaja, yang lain tuh kurengs di lihat, tapi still penyokong bola sepak.
  25. Minat ZizanRajaLawak sejak dia masuk raja lawak musim pertamo lagi. 

Okay cukup sampai 25 itu sahaja, sory sory , i bukan artis, no photo no photo. haha

26 yang ingin dikenali atau dalam nama kata lain Mangsa Tag :


Nota Kaki : Semua yang di Tag, kalau mau buat buat lah , kalau tidak tiada paksaan. hihi. semua yang diTag adalah pakcik dan makcik yang selalu komen blog aku. terima kasi :) Siapa2 singgah blog aku, mohon intro diri please. hihi

"Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod"

Assalamualaikum ?


  Hi Wak Gelas, Sahaja aku membuat entri giveaway Wakgelas lambat lambat Kerana Di Harap Wakgelas dapat baca Entri ini helok helok. okeng. hihi. Sebenarnya Ipod Ini telah aku idam idamkan sejak berkurun lamanya, Sewaktu Matahari belum terbit lagi aku telah jatuh mengidam sebuah Ipod . 
  Setelah aku menghabiskan kerja kerja sekitar rumah, aku pun mula membuka Laptop dengan tangan kasar ini, lalu aku berjalan jalan ke blog  yang telah menterjah aku singa siang malam. Setibanya aku di Blog WakGelas. aku Terlihat kelibat sebuah Ipod Yang sejak berkurun lamanya sebelum ella rock malaysia bercouple lagi aku teridam idamkan . Al maklumlah , aku sekarang guna telipon standard bunyi ringtone ting tong ting tong sahaja, itu dia gambar di bawah, beteri pun sudah kong bila di snaping snaping yaa pak.


  Setelah aku search di google google,ATAS, BAWAH, DEPAN, BELAKANG, SIRING, SITU, SINI , SANA, SONO, SINUN, SIMPANG, PAK , MUNAWEY, ZOMBIE , KAMPUNG , PISANG . Rujukan Ipod nih aku lebih tengok kepada artikel di SINI dan SITU.

Aku suka Ipod  pun pasal nih, sejujurnya aku copy dari artikel yang dijumpai:
  • iPod Touch 32GB Everything you'll ever need on your iPod.
  • Music, films, photos and the internet, all controlled from a fantastic
  • 3.5inch touchscreen display.
  • There's aindecent amount of storage
  • The clincher New Remote app lets you control your computer's iTunes from any room. 

iPod touch embodies Apple’s continuing environmental progress. It is designed with the following features to reduce environmental impact:
  • Arsenic-free display glass
  • Brominated flame retardant-free
  • Mercury-free LCD display
  • PVC-free
  • Recyclable stainless steel enclosure
  • Smaller, more compact packaging (17% smaller, 16% lighter)


Ini Detail Ipod yang Wakgelas kasi, tapi tidak tahu pulak kalau sama 101% hihi :

  • Capacity

    32 GB


    Wireless3

    • 802.11b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHz only)
    • Bluetooth® 2.1 + EDR
    • Maps location-based service4
    • Nike + iPod support built in

    In the box

    • iPod touch
    • Earphones
    • Dock Connector to USB Cable
    • Quick Start guide

Audio

  • Frequency response: 20Hz to 20,000Hz
  • Audio formats supported: AAC (8 to 320 Kbps), Protected AAC (from iTunes Store), HE-AAC, MP3 (8 to 320 Kbps), MP3 VBR, Audible (formats 2, 3, 4, Audible Enhanced Audio, AAX and AAX+), Apple Lossless, AIFF and WAV
  • User-configurable maximum volume limit

Sensors

  • Three-axis gyro
  • Accelerometer
  • Ambient light sensor

Battery and power5

  • Built-in rechargeable lithium-ion battery
  • Playback time
    • Music playback time: up to 40 hours when fully charged
    • Video playback time: up to 7 hours when fully charged
  • Charging times: fast charge in about 2 hours (80% capacity), full charge in about 4 hours.

System requirements

  • USB 2.0
  • iTunes 10 or later6
  • Mac: Mac OS X v10.5.8 or later
  • PC: Windows 7, Windows Vista, or Windows XP Home or Professional (SP3) or later
  • Broadband Internet access required; fees may apply.

Environmental requirements

  • Operating temperature: 0° to 35° C
    (32° to 95° F)
  • Non-operating temperature: -20° to 45° C
    (-4° to 113° F)
  • Relative humidity: 5% to 95% non-condensing
  • Maximum operating altitude: 3000 m
    (10,000 feet)


   Okay aku Rasa Entri aku terlalu panjang macam aku join Contest Gadget impian Iphone 5 dari denaihati pulak rasanya. Hahaha, ini lah dinamakan cara cara kita mau tahu tentang gadget idaman kita, walaupun gadget tu berkurun kurun lama sudah terkubur di dunia ini. hamboi ayat . Itu lah dinamakan , Hantu Ipod. Secondhand ka , threehand ka ? yang penting wak ikhlas bagi. *nampak ayat bodek terserlah disitu
   Sebelum aku memPUBLISHkan Entri ini, Disini Ada cara cara untuk Join Giveaway ini , Eh eh . kalau mau Join Just tekan Banner cokelat yang bergambarkan Ipod itu untuk menjadi pemandu anda ke blog WakGelas :


Syarat Syaratnya Ialah :

1. Mestilah blogger warganegara Malaysia dan menetap beralamat di   Malaysia

 2. Buat entry bertajuk "Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod" - dan biarkan entri sehingga tarikh tutup

 3. Paste Banner Di atas dalam entry itu ye (pastikan entry boleh dikomen yee) 

4. Mesti follow blog wak (wajib), dan masukkan dalam blogroll atau bloglist kawan2 (kalau ada - optional). 

 5. Copy URL Entry yg kawan2 dah buat diblog memasing di kotak Comment Entry INI sahaja. 

 Pemenang akan dipilih secara rawak. Hanya satu hadiah utama (Secondhand iPod touch 32GB, bukan iPhone5) dan 5 hadiah saguhati.



   Nota Kaki siku dan tangan : Maaf terlampau panjang Entrinya ya Wak. Dan yang syarat letak wak dalam Bloglist tu, akan dibuat, sebab bloglist aku dalam proses pembinaan. dan semua syarat sudah dibuat boss :3

#MaharajaLawakMega 2012 bertemakan Longhat dan Kembali ke Sekolah . Minggu Ke 7

Assalamualaikum?


   So far, para peserta maharajalawak mega 2012 ini banyak yang meningkat. Malam nih yang bertemakan Loghat dan Kembali ke sekolah.  Antara para peserta yang aku suka tengok malam nih,  Jozan kompom, Jambu , Shiro, Saywho and Boboii. Jom tengok gambar gambar peserta Maharajalawakmega 2012.

Jozan Part membetukan tudung yang paling semputt.

Boboii Part yang rambut harun tuh, baru aku perasan dia jadi safe sali . haha

Shiro , Part Si Sharul bajar sajak ka syair tuh haha

Jambu , Part Yus tuh yang lawak, Hok aloh.

Yeah , SayWho . Part perempuan yanga ku suka. comel bila jadi Dora. Hoho


  Sebenarnya semua best malam nih, tapi ada lah yng situ sini yang kurengs ya.yang part R2 best tapi bukan pilihan aku utuk malam nih. eh . hihi sebenarnya tunggu tahun depan aku mau isi borang jadi pengkritik tetap Maharajalawakmega 2013 . tunggu dan saksikan lah akan kemunculan ku disana. ahaks :D

Nampaknya betul jangkaan aku, Sabon telah terkeluar pada minggu ke 7 maharajalawakmega 2012 ini , tidak apa bah, sebab bon sudah pernah rasa jadi juara.

Nota kaki : Sana bising Situ bising. 








Friday, December 28, 2012

[Lawak] Makmum Was-Was 'Takbir Ultraman' - Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum ?

  Ceramah di pagi jumaat :) Takbir ultraman , Ini lah jadinya kalau was was dalam solat. Ustaz Azhar Idrus memang terbaik. Jom tengok dan dengar ceramah dia di youtube dia atas nih. Salam jumaat :)

Thursday, December 27, 2012

Tips : Menjaga Anak

Assalamualaikum ?



Hari ini , aku rasa macam rajin pula baca baca artikel yang ada di fanpage fanpage orang orang lain, banyak yang best best, tapi yang satu nih aku mau share sebab banyak yang terlepas pandang.  

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Nota Kaki :“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


tips kredit to : SINI

Wednesday, December 26, 2012

#Wordless Wednesday #5 / Kubur masing masing

Assalamualaikum?


   Peringatan di Petang hari. banyak manusia yang cakap, " woii kubur masing masing erk " .  Yala kubur memang masing masing, tapi sebelum cakap kubur masing masing, ingat dulu siapa yang mandikan jenazah kau, pakaikan kau kafan, siapa yang baca yassin untuk kau nanti. #Justsaying.

Nota kaki : maaf ayat macam mau bawa bergaduh saja. 

Tuesday, December 25, 2012

Bila kita jatuh sakit

Assalamualaikum ?


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.



Nota kaki : Pencuci Mata hati di tengahari . bw secara slow slow :)

Monday, December 24, 2012

Belum Free

Assalamualaikum? Entri pendek .

eh , google sikit.



   Nampaknya kemarin, hari ini dan besok aku belum lagi bebas atau kata nama lain free dari kerja. disebabkan hari itu ada orang kawin disini, Jadi kerja cuci mencuci, kemas mengemas, hantar menghantar , nari  menari, itu dan ini belum selesai.
   Harap maklum kalau aku belum balas kunjungan kamu, sebab blog aku masi dalam pembinaan , aku mahu buat satu bloglist baru. supaya senang aku bw nanti . sampai disini sahaja entri aku hari ini. sekian.


Nota kaki : Cara curi tulang sekjap adalah dengan membasahkan diri dengan air dan minta izin tukar baju, dan terus online. ahaks.

Sunday, December 23, 2012

Cara Ping Busuk.org Terbaru

Assalamualaikum ?


   Hari ini aku FREE , Maknanya aku boleh Blogwalking macam zaman hang tua dulu kala. Dan hari ini aku mahu buat , kira macam tutorial lah bah jugak. Di sebabkan busuk.org buat laman rumah baru, Salah seorang pengomen tegar di blog aku Kak Ainaa menanyakan soalan yang tersebut. dia tanya macam mana ping entry di busuk.org kan. Keterangannya sila rujuk gambar dibawah.

Nampak "submit Artikel anda" itu . sila tekan untuk ping kan entri.


lepas tekan di atas tadi, akan keluar kotak ini, dan sila pingkan netri andan dalam kotak ini.

Lepas tuh, keluar macam gambar diatas nih, sila pilih category sendiri, dan tekan COMFIRM & SUBMIT

Dan akhirnya sekali, dia akn bagi result, jika semua ok ok ok . Maknanya anda terlah berjaya mengeping entri anda.

Tadaaa ! entri anda berada di Busuk.org



Nota kaki  : Tepuk tangan kalau status anda janda berjaya . Proses Bw bermulaaaa. Sekarang!


Saturday, December 22, 2012

Bila Budak belajar berdiri

Assalamulalikum ?

  Kemarin sampailah ke hari ini aku tidak tidur, Hoho bangga aku shikit, membuat  kerja sana sini yang belum selesai, aku dengan senang hatinya berlari meng onlinekan diri selepas tugasan telah siap di buat. nampak kelainan ayat di situ.
   Tadi ada Mandi badak di sini, eh entah macam mana mahu ejaa tuh benda. Mandi badak nih kamu tau juga bah kan. Jadi dengan bosannya aku tiada kerja ingin di buat , dengan kerelaan hati aku pun bermain dengan sang budak yang di beri nama ariff aidil. bbudak 1 tahun yang bersemangat untuk berdiri tanpa disokong oleh benda benda disekelili dia. jom terjah satu persatu gambar adek manis :)





Maaf Kabur, mula mula dia cuba untu berdiri.









Cuba untuk berdiri setengah badan.








Hampir ke tengah badan sudah.










Ini adalah  impiannya untuk kepuncak gunung.









Dengan semangat ariff membuka mulut demgan berkata woaaaa.









eh , baru perasan I kena gambar. Hampir dapat berdiri sudah.











Dan akhirnya . yeah ! dapat sudah saya berdiri. ahaks :)











Eh , control shikit. Hahaha







   Dan akhirnya , tidak sampai setengah jam dia cuba berdiri sampai kepuncak. itu lah semangat seorang budak budak umur setahun. okeng lah. aku akhiri entri kali ini, dengan ucapan babaii.



Nota kaki : berusahalah sehinggah dapat apa yang dihajati. besok last sudah ke busy an melanda. publish jam 6.00 pagi . nanti malam nih aku terjah anda semua okeng

Friday, December 21, 2012

Mohon Sumbangan Ikhlas / Entri ke-100

Assalamualaikum ?

   Hari ini adalah hari entri ke-100 aku selama aku beberapa bulan aku mula aktif berbloging ini. Di sebabkan nampak macam cantik angka tersebut, jadi aku dengan hati terbukanya ingin membuat satu entri berkenaan dengan sumbangan yang diperlukan oleh anak yatim. Mari kita tengok keadaan rumah di sana. Gambar kredit kepada kak nadia .








   Nampak keadaan disana kan? Jadi aku hanya mampu buat entri sahaja untuk membantu Kak Nadia mencari sumbangan. Kak Nadia dan membernya akan ke sana dan memberikan sumbangan kita kepada mereka. Kepada sesiapa yang sudi menyumbang sila pergi ke blog Kak nadia untuk maklumat lanjut sila . 


Nota kaki : Maaf buat masa nih bz sedikit, besok ada orang kawin jadi tergendala bw di blog anda. Entri ini khas untuk membantu mereka :)

Thursday, December 20, 2012

Hadiah sudah Ditangan

Assalamualaikum?

   Pagi pagi dapat panggilan dari encik pejabat pos, yang menyataakan bahawasanya barang atau lebih dikenali sebagai hadiah telah pun sampai. keesokan harinya aku meminta bapa aku mengambil barangan tersebut di pejabat pos. dan kelihatan sampul surat coklet yang sederhana telah berada di tangan ku beberapa lama kemudian.

  Cuba teka teki apa dalam menatang coklet nih. tet tet tettttt. masa tamat . jawapan dia ialah. jeng jeng jeng. tengok gambar di bawah.


   Segelang gelang silver lawokan. Aku dapat hadiah nih , sebab blog aku jadi top refer di page dia. iaitu Datin fatin diana . Terima kasih daun keladi. walaupun aku sebusy busy daun keladi . tetap ada rezeki dicelah celah jalan hidup ini. *hamboi,


   Dengan ini , aku sebagai tuan tanah ingin meng akhiri entri ini dengan gambar separuh gila with tohoyol.  Tidak lama lagi aku jual jual baju di page supermanpuanya.blogspot. tu. rajin rajin lah bershopping disana.


Nota kaki : mohon maaf kalau aku lambat terjah kamu kamu kamu yang singgah di blog usang ini. :)

Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday / Busy

Assalamualaikum?

gambar kredit to encik google



Tuesday, December 18, 2012

Nuffnang Again.

Assalamualaikum?


   Tiba tiba tangan aku meraba raba tetikus dan terus tertekan masuk ke nuffnang. Dan Tengok, walaupun aku busy betul betul. Encik nuffnang tidak kedekut pun bagi CPUV dekat aku, nih firsttime dapat cpuv  2 kali dalam sebulan, okay nampak macam biasa biasa seja bagi kamu semua, tapi tidak aku. Telima tasi encik Nuffnang.
Nampaknya Lisa surihani pun Teruja aku dapat Cpuv. haha

  Kalau mahu tahu Sedikit sebanyak tentang Amway Nutrilite . Rajin rajin lah tekan iklan di dalam blog ini, cara itu adalah lebih afdal orang tua tua cakap. Tekan SINI kalau mahu tahu tips untuk dapat Cpuv.

Begini lah rupa iklan termelekat di blog aku.

Nota Kaki : Malam malam baru aku ada masa BW . xoxo dee publish. haha 

26th Birthday Giveaway by ShidaR

Assalamualaikum?


   Sebagai tanda ingatan kak shida untuk aku, dengan rajinnya aku pun membuat satau entri yang dikehendaki kak shida. kak shida adalah salah seorang pengomen tegar di blog aku, jadia sebagai tanda penghargaan aku join lah giveaway dia yang ke eh eh tiada disebut dalam entri. 
    Giveaway ini dibuat adalah kerana, birthday kak shida akan berlangsung tidak lama lagi  dan tidak lama lagi aku akan panggil kak shida dengan gelaran makcik shida, boleh kah ? haha . tanpa membung semua barangan dapur, aku dengan rajinnya membuat satu kad ucapan yang dihasilkan oleh airtangan sendiri. 


Nampaknya kad ucapan macam cincai seja, harap maaf. sebab aku buat nih dengan sepantas kilat , jadia ini lah kejadiannya. terimalah se adanya. *hamboii ayat* . Ini sahaja yang dapat di berikan, aku akhiri entri ini dengan sepistol pantun yang boleh boleh lah, laku juga kalau dijual dekat Paris .

anak itik berenang renang,
berenang renang sampai ruma panglima,
semoga kak shida umur panjang,
semoga muka cantik selamanya.


Nota kaki : selamat mengeluarkan diri dari bumi :)

Monday, December 17, 2012

Hari ini musim sibuk.

Assalamualaikum?


   Nampaknya pada waktu malam sahaja aku dapat balas membalas kunjungan yang mengunjungi di blog ini, biasalah datin kan. sibuk dengan poco poco , MLM ,perjumpaan datin datin sedunia . alaaa,  yang poco poco tuuu,yangg  satu , dua , tiga , empat, kiri,  kanan , pusing depan belakang.



   Sebenarnya ini yang aku sibukan, dari hari ke hari. mengajar budak menari , one two three cacaca. disebabkan pada 22 hari bulan ini, ada orang kawin ditempat kami sekali lagi. oh yeah. Jadi aku sebagai yang mengenali tarian, hamboii , mencurah curahkan lah sikit kepada budak budak yang semangat mahu menari depan pegantin. Jadi aku minta undur diri sekejap.

Nota kaki : nanti aku sebarkan gambar budak budak yang menari , di entri seterusnya.

Sunday, December 16, 2012

"Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza"

Assalamualaikum?


   Adakah anda nampak banner ala ala santai yang berwarna hijau putih di atas? kalau nampak, tahniah ! anda belum lagi rabun . hoho . Banner di atas adalah segmen "Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza " .
   Sebenarnya ini adalah segmen pertama kak Leeza buat.Sila sila lah join, anda tidak akan rugi mengenali cik Leeza ini, Sudah nama blog dia santaileeza dot com , mestilah orangnya santai . dia juga peramoh dan sporting orangnya, tidak gituu cik leeza. *nampak kebodekkannya disitu haha . Dia juga salah seorang pengomen tegar di blog aku , jadi ini lah masanya untuk aku membalas budi baik cik Leeza
   Jika anda rajin , jom join segmen cik Leeza, untuk ceriakan hari anda dengan santai menyantai. Caranya Tekan sahaja banner Santai itu, dan  kapal terbang di dalamnya akan membawa anda terbang  ke stesen minyak , lepas tuh beli biskut sikit , then akhirnya anda akan di landingkan ke blog cik Leeza.
     Nampaknya panjang betul ayat ayat cinta yang aku bagi ni, ahaks .Jadi aku Akhiri dengan ucapan selamat beersegmen cara hidup santai. maaf ini entri autopublish. gua sibuk sibuk ala ala datin maimun hari ini, secara serta merta berblogwalking akan tergendala buat seketika.

  • LANGKAH PENYERTAAN :

1. Buat ENTRY yang bertajuk "Blogger Paling Santai 2012:    Cenderahati Pertama Santai Leeza"
2. Letak Banner kat atas ni dan link kan ke entri ni. (macam biasa tu)
3. Follow Blog Santai Leeza dot com
4. Like Fan Page Santai Leeza (SANTAI LEEZA PAGE) untuk tahu perkembangan segmen
5. Semestinya WAJIB tinggalkan link/url entri di SINI
6. Hanya terbuka untuk Blogger Malaysia. 
7. BERMULA 15 Disember dan TAMAT pada 30 Disember 2012, 11.59 malam.




CENDERAHATI YANG DIBERI ADALAH SEPERTI BERIKUT :  
  • Tempat pertama : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') berserta frame, keychain, fridge magnet dan blog review oleh santai leeza.
  • Tempat kedua : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') tanpa frame, keychain, fridge magnet dan blog review oleh santai leeza.
  • Tempat ketiga : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') tanpa frame, keychain dan blog review oleh santai leeza.
  • Saguhati : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') tanpa frame.
  • Jumlah penerima saguhati seramai 10 orang.
  • ** Boarding Pass Santai Leeza dot com hanyalah rekaan semata dan sebagai tanda kenangan serta penghargaan terhadap bloggger. 



Nota kaki : sebarang permasalahan sila tanya kepada puan punya segmen. sila tekan header yang terhias dibawa untuk menerbangkan anda ke blog Cik leeza :)