Sunday, November 18, 2012

Kempen : Pray For GAZA

Assalamualaikum sidang pembaca sekalian mahluk.

Jom lah join kempen ni. :) #PrayForGaza
 

Tekan banner untuk terbang ke sana.
Read this, help them.





     Kejadian ini suda beberapa hari terjadi, baru tergerak jari ini menulis tentang kehidupan orang di Gaza.Disini aku tunjukkan serbah sedikit berita berkenaan kehidupan di Gaza sekarang, mari lah kita sama sama berdoa buat mereka.Walaupun anda bukan beragama islam sekalipun, gunakanlah sedikit Rasa keperimanusian untuk mengetahui info terbaru tentang kehidupan yang penuh dengan seksa ini.
     Berita Ketua Hamas antara yang Syahid semasa serangan Tentera Zionis Laknatullah . Allahurabbi ,mereka diuji sewaktu Tahun Baru Hijrah. Gaza terus diasak tanpa belas kasihan oleh Rejim Zionis. Ramai yang Syahid antaranya Panglima sayap Al-Qassem. Allahuarabbi,hancurkanlah rejim Zionis.

 Live:Penduduk Gaza sedang berarak di Jalan Raya sambil membawa para pejuang yang telah syahid.


   Mesir telah menghantar tentera divisyen 2 ke Sempadan Mesir-Tanah Jajahan untuk persediaan menghadapi Zionis disamping membantu tentera Palestin

     Seorang Mujahidin dari Briged Al-Qassam memegang erat tangan isterinya sebelum turun berjuang menentang Zionis. Ini baru betul,  bukannya pegang tangan Gelpren sebelum merempit der.


   Live dari Gaza: pesawat tempur Zionis berjaya ditembak jatuh oleh Kataib Syahid Izzudin Al-Qassam,Hamas.Kelihatan payung terjun kecemasan juruterbang Zionis.Apa agaknya nasib juruterbang itu.

 
  Zionis semakin menggila menyerang Gaza


   Live dari Gaza(tenang tapi berjaga-jaga): Zionis setuju hantar 75,000 tenteranya untuk menyerang Gaza dan menjangka serangan itu selama 7minggu .Mesir telah menyiapkan tenteranya bagi membantu Palestin sekiranya Zionis berdegil mahu meneruskan serangan. dilaporkan juga Turki bakal mengikut jejak Mesir.Allahuakhbar !
   
Doa buat kamu disana :

"Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestin, syria, dan di mana sahaja umat Islam ditindas .dan hancurkanlah tentera Zionis laknatullah !" 

#lets PRAY for them at GAZA !


Video secara live boleh lihat di SINI 

Kredit kepada semua warga facebook. 

Nota hati :  Lupakan filem Istanbul Aku Datang , sekarang fikir macamana nak realitikan "Palestin Aku Datang"


We Pray For Gaza.
Jom jadi Blogger yang prihatin sepeti mereka.



Friday, November 16, 2012

Internet bersambung

Hi reader,

 Gembira !

    Malam malam yang mahu membuta ini, aku ambil kesempatan untuk menghapdate blog walhal aku sudah pun hapdate blog tadi pagi, tetapi dengan tidak semena menanya, kepala mengeluarkan satu cahaya lampu yang menandakan idea tertimbul yang ingan mengeluarkan dirinya.
     Di jadikan cerita, balik sahaja aku dari kampung halaman ada dua berita agak mengembirakan diri yang sunyi sepi ini, *hamboi ayat. Pertama, internet telah menyambuungkan dirinya kerumah ku syurgaku ini, terimah kasih kepada en. yacob selaku bapa kepada shasha yang telah membuang duit untuk membayar internet ini. 
    Dan yang kedua, buka buka saja fb dapat messages dari Dee' closet shop, menawarkan memilih hadiah dari page dia, disebabkan top repelnya mendatang dari blog yang tidak seberapa mahalnya ini. yahuu, terima kasih daun keladi, kalau boleh bagilah lagi hihi.
     Setelah sekian lama meninggalkan blog yang dihormati lagi disayangi ini, cek punya cek, ada jugak yang sudi melawat dan meninggalkan jejak kesini, walaupun telah sekian lama meninggalkan sarang labah labah diblog ini, terimah kasih tersangatlah wahai blogger yang dihormati. 
     Oleh yang demikian, aku akan meng Qado' kan balik blogwalking dan terjah menerjah blog yang tergendala pada zaman ketiadaan internet dahulu itu. Jom kita lihat siapa yang terkena.

Nota malam : malam malam best berbloging.