Thursday, December 13, 2012

Tahniah Harimau Malaya, Kalah Bermaruah.

Haippp,


    Walaupun harimau malaya kalah dengan gajah hari ini, tidak menjadi masalah untuuk kita semua, sebab malaysia kalah bermaruah.sudah namanya diaorang berat sebelah, apa boleh buat. Walaupun kamu kalah , harimau malaya tetap dihati . Nampaknya banyak   pengulas bola  di facebook hari ini. Jom tengok :

“Thailand kalau tolak tak kena card , malaysia cuit bahu sikit.. Kad merah ! Dasar Pengadil KPOP !”

 “Kalau tak mampu menyokong ketika kalah , jangan bersorak ketika menang !”

“Gua syak Rajagobal dah boleh amik skim pencen saraan awal... btw terima kasih raja walaupun kalah , anda memang kenal pemain anda ! anda memang kenal amar rohidan !”

“Refree senang hati THAILAND menang terus menari GANGNAM STYLE !!”

“gua harap penyokong Malaysia , setia macam Liverpool ! Walaupun kejuaraan hanya sejarah !”


“Farizal Marlias ! Anda terbaik malam ni !”


“ADMIN TAK MARAH PEMAIN THAILAND,YANG BANGANG TU REFF..NAMPAK SANGAT BIAS..BILA MALAYSIA DA KENA 2-0 BARULA NAK BAGI ADVANTAGE KAT MALAYSIA..KONON NAK AMBEK HATILA TU..PUIHH LA!!!”


“Salah satu tajuk akhbar esok pgi, 'HARIMAU TUMPAS DI KAKI GAJAH' tpi, tu pun ada BERUK dari korea yg tolong GAJAH. Hahah lucu”

“Tu diaa mat yoo bersilat ! *kunyah kuaci*”



  Itu dia, pengulas pengulas terhebat Kita . Nampaknya ramai yang berpotensi jadi pengulas bola nih, apa tunggu lagi , isi lah borang. Ni lagi satu, kalau mahu tahu apa faktor faktor kekalahan harimau malaya hari ini, sila tekan SINI .




Nah nih boipreng kamu. in open relationship nih. siapa cepat dia kena kad merah.



Bikin panas pula kalau tengok balik,si Fadhli  dapat kad merah.  cilaka punya pengadil.



Nota kaki : pengadil tuh memang mahu makan kaki gajah nih.







Tuesday, December 11, 2012

Bahaya Sarung Bantal Kotor.

Haipp,


   Hai. Sebenarnya hari ini aku kekurangan idea untuk update di encik blog. Jadi aku dengan rajinnya membaca majalah, buku buku dan buku -__- . Then tadi pagi aku baca majalah Remix itu sekali lagi. yang first aku post yang aku dapat dekat majalah remis ada di SINI kalau rajin baca lah. 
    Then  aku pun dapat lah sikit idea untuk tulis hari ini. Hari ini berkaitan dengan sarung bantal kotor, Aku dengan baik hatinya ingin memberi tahu bahawasanya bahaya sarung bantal kotor ni. Jadi peringatan kepada para para remaja yang malas mahu tukar tukar sarung bantal  atau yang ada pelihara bantul busuk itu, sila sila lah insaf sebab bahaya, sekurang kurangnya tiga kali seminggu, sebenarnya aku pun pemalas haji bakil . hihi.
    Sebab sebabnya kena tukar sarung bantal adalah disebabkan bakal mendedahkan kamu kepada jerawat , hah' para wanita sila ambil perhatian sikit. Kalau memang ada penyakit muka tersendiri lagi lagi lah bahaya . Kalau mau tahu , muka kita akan mengeluarkan lebih banyak minyak waktu kita tidur, jadi bila bantal kotor digunakan , bermakna kamu membiarkan wajah mengumpulkan ekstra kotoran sepanjang malam yang dapat meyumbat pori pori. oleh itu Jom ramai ramai tukar sarung bantal. 


Nota nota : insaflah kepada yang masi menyimpan bantal busuk itu. 

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala