Thursday, May 30, 2013

Tips Penjagaan Kulit Muka: Cara Mengatasi Kulit Berminyak & Kulit Kering : Oat

Assalamualaikum?



Tadi aku jalan jalan dekat laman encik google, saja saja cari masalah. then aku jumpa cerita pasal oat nih, menarik . jom baca kejap. :

Ramai yang tak tau yang oat sangat bagus untuk oily skin dan dry skin. untuk entry kali nih, aku nak share cara yang aku buat untuk mengurangkan kulit berminyak. aku akan buat sehinggalah dia jadi normal skin. aku dah cuba cara nih hampir 2 minggu. kira hari nih dah masuk hari ke 10. 

keberkesanan dia? sangatlah berkesan kau. kalah semua produk yang mahal. malah cepat lagi dia punya tindak balas. 

ok lets start. pertama sekali, apa yang uolls perlu ada semestinya oat. yang aku guna nih satu sudu kecil jer. itupun kira banyak. cukup lah jugak untuk sapu dekat lengan tangan, dan leher dengan tujuan memutihkan kulit. hahaha.

*aku guna quacker oat tuh jer. lebihan mak aku punya masa dia kat hospital dulu. haha


Kemudian, lalukan air sambil kita genggam oat tuh supaya dia basah basah siket. kalau ko bukak genggaman tangan ko, maka ke lubang singki la jawabnya oat oat tuh semua. 


then, bukak genggaman titiskan air 3 4 titik air sehingga dia jadi macam nih.


lepas dah titikkan air, kita tekan2 oat tuh sampai dia keluar susu dia nih. haa, nampak tak warna putih susu tuh? jangan buang yer. perahkan susu tuh ke tapak tangan lagi sebelah, sapu kat muka. tujuan dia untuk melembutkan kulit kita.


bila dah sapukan susu kat kulit muka, titikkan air semula ke oat dan sapu ke seluruh muka oat tuh tadi. kira macam scrub lah. fungsi kita sapukan oat tuh adalah untuk meresap segala minyak muka kita. that's why oat goods for oily skin. 

untuk dry skin, you just take the milk of the oat. supaya kulit sentiasa lembab macam kulit baby. hihi. sepanjang 10 hari  aku guna oat sebagai pencuci muka, kulit muka aku dah tak berminyak sangat. selalunya kalau aku cuci pagi, jam 10 macam tuh. jam 12 dah berminyak dah. kalau guna blotter, separuh dah habis untuk serap minyak yang 2 jam tuh. cuba bayangkan kalau dah petang? haaa...

selepas mengamalkan oat sebagai cleanser, aku dapat rasakan sendiri perbezaannya. kulit muka hanya berminyak di dahi dan hidung sahaja. itupun siket. kalau guna blotter, suku je untuk satu hari. bukan 2 jam ye. malah, jerawat pasir aku pun makin hari makin surut. 


Itu lah cerita dia. Banyak yang cakap benda ni betul, jadi apa salah nya kita mencuba. jom baca kebaikan oat . Bukan itu seja lepas aku baca benda nih, dia ada bagi satu link dekat youtube, memang menarik lah  . Dia guna oat juga, jom tengok youtube di bawah nih.




Kredit : SINI

Wednesday, May 29, 2013

Tips : Penjagaan muka

Assalamualaikum?

   Hari tu kan, aku ada upate pasal "Cara Mengenal Pasti Jenis Kulit " , Jadi Hari ni aku update , Cara / Petua / Tips Penjagaan muka. Aku Buat ni pun , pasal aku sendiri tengah cari cara yang berkesan, kalau aku terjumpa yang dekat hati, ada lah lebih baik aku share dengan kamu semua.  Mari Baca apa tips yang aku jumpa.


1 - TIDAK MEMBERSIHKAN MUKA DI WAKTU PAGI


   Sometimes antara kita rasa kulit dah cukup bersih bila bangun tidur. Why? sebab before tidur dah cuci. But uolls silap. Tanggapan uolls memang salah sama sekali. Tahukah uolls... kita disarankan tidur selama 8 jam supaya kulit ada masa yang cukup untuk menjalankan proses pembaharuan. Sebab itulah orang kata tidur yang cukup ialah petua wajah cantik! So, all the way the proses happend at night tu, pelbagai jenis toksin dan produk metabolik dibuang dari kulit. So jangan terlalu yakin muka uolls tak perlu dicuci setelah bangun tidur.

PENYELESAIAN : Jangan lupa cuci muka di waktu pagi! Guna air suam sahaja pun boleh, then bilas dengan air bersih. Tak perlu pun facial foam yang brand mahal-mahal, baru uolls nak cuci muka.



2 - TIDAK MEMBERSIHKAN MUKA SEBELUM TIDUR 

    This the most kesalahan yang sering kita lakukan. Lagi-lagi time kita penat. Actually make up yang dipakai seharian adalah sudah “rosak” coz telah exposed pada udara tidak bersih dan sinaran UV. So once kita tidur tanpa membersihkan make up di muka ia akan mengganggu proses kritikal kulit yang berlaku semasa kita tidur.

PENYELESAIAN : Readykan wet tisue ataupun make up remover di dalam bentuk wipe tissue beside your bed. Penat lagu mana pun, uolls kesatlah muka tu sampai bersih dulu ye... :)



3 – MENCUCI MUKA DENGAN MENGGUNAKAN SABUN BERDEODORAN

    Nanti dulu!!!! Jangan uolss terfikir deodoran yang untuk ketiak tu pula ye. Sabun berdeodoran ini bermaksud sabun yang ada pewangi. Make it simple sabun mandi. Wangi kan? Ada yang pakai sabun mandi bau busuk? takda kan.. hehe. Ramai antara kita yang menyangka ia mungkin tidak merbahaya pada kulit, tapi.. Tahukah uolls sekiranya kita menggunakan sabun badan untuk muka akan mengganggu lapisan lipid halus pada kulit wajah. Kesannya?? Akan menyebabkan kulit kita menjadi kering, iritasi atau kedua-duanya sekali. Erghhh tak mau.....!!!!

PENYELESAIANNYA : Gunalah HANYA pencuci muka yang khas untuk wajah. Jangan guna sabun basuh pula.



4 – MENCUCI MUKA SECARA BERLEBIHAN

   Haha mentang-mentang Lyea remind untuk rajin basuh muka, uolls sental muka sehabis-habisnya! Patut 1 botol untuk sebulan uolls pakai untuk seminggu. So maksud mencuci muka secara berlebihan adalah uolls menggunakan terlalu banyak sabun, menggosok atau menyental muka dengan kasar. Perbuatan yang kasar pada kulit wajah akan menyebabkan kemerahan pada kulit, iritasi dan juga masalah kekeringan. Kulit boleh mengelupas dan sangat-sangat pedih. Euww. 


PENYELESAIAN : Urut wajah dengan lembut menggunakan jari, atau guna scrublet yang diperbuat dari getah dan tekstur lembut.



5 – MEMILIH PENCUCI MUKA YANG TAK SESUAI DENGAN JENIS KULIT ANDA 

    Jangan disangka rakan anda pakai produk berjenama A kulit jadi cantik, uolls pun nak cuba jenama yangsama dengan harapan nak hasil yang sama. Sebagai peringatan, tidak semestinya apa yang sesuai atau menjadi pada orang lain akan menjadi pada kita. Kesilapan dalam memilih set penjagaan muka bukan sahaja kita tidak mendapatkan kesan seperti yang diinginkan malah boleh mendatangkan kemudaratkan pada kulit. Itu lagi masalah dan mungkin sukar untuk diatasi kemudian. 

PENYELESAIANNYA : Dapatkan nasihat dari pakar bagi mengenalpasti jenis & keadaan kulit uolls dan minta recommended skincare set untuk wajah uolls ok!



6 – TIDAK MEMBERSIHKAN MEKAP SEMASA BERSENAM

    Nak cantik punya pasal, tak cukup dengan muka body pun nak tip top juga. Itulah perempuan. Tapi takkanlah pergi gym atau sekadar bersenam di rumah pun nak bermake up pula kan. Ini peringatan pada uolls yang suka bermake up ketika berriadah.Bila kulit berpeluh dan bercampur dengan mekap, ia hanya akan membuatkan kulit kita lebih cenderung untuk berjerawat dan menghadapi masalah kulit. So uolls nak ke? Badan nak mantap tiba-tiba muka pula penuh jerawat.


PENYELESAIANNYA : Luangkan beberapa minit untuk mencuci muka sebelum memulakan senaman dan segerakan bersihkan badan bagi menghalang pembiakan bakteria kerana belakang badan juga cenderung untuk berjerawat.


Kredit : Iylia Hani