Tuesday, December 11, 2012

Bahaya Sarung Bantal Kotor.

Haipp,


   Hai. Sebenarnya hari ini aku kekurangan idea untuk update di encik blog. Jadi aku dengan rajinnya membaca majalah, buku buku dan buku -__- . Then tadi pagi aku baca majalah Remix itu sekali lagi. yang first aku post yang aku dapat dekat majalah remis ada di SINI kalau rajin baca lah. 
    Then  aku pun dapat lah sikit idea untuk tulis hari ini. Hari ini berkaitan dengan sarung bantal kotor, Aku dengan baik hatinya ingin memberi tahu bahawasanya bahaya sarung bantal kotor ni. Jadi peringatan kepada para para remaja yang malas mahu tukar tukar sarung bantal  atau yang ada pelihara bantul busuk itu, sila sila lah insaf sebab bahaya, sekurang kurangnya tiga kali seminggu, sebenarnya aku pun pemalas haji bakil . hihi.
    Sebab sebabnya kena tukar sarung bantal adalah disebabkan bakal mendedahkan kamu kepada jerawat , hah' para wanita sila ambil perhatian sikit. Kalau memang ada penyakit muka tersendiri lagi lagi lah bahaya . Kalau mau tahu , muka kita akan mengeluarkan lebih banyak minyak waktu kita tidur, jadi bila bantal kotor digunakan , bermakna kamu membiarkan wajah mengumpulkan ekstra kotoran sepanjang malam yang dapat meyumbat pori pori. oleh itu Jom ramai ramai tukar sarung bantal. 


Nota nota : insaflah kepada yang masi menyimpan bantal busuk itu. 

Monday, December 10, 2012

Lemah Matematik ? Makanlah Coklat.

Assalamualaikum?

gambar dirompak dari encik google.

  Tiba tiba hari ini mood baca majalah Remix . Skodeng punya skodeng, ternampaklah satu tajuk yang membuatkan diri ini begitu gembira, iaitu "Lemah Matematik ? Makanlah Coklat" . Ayat dalam majalah pun ringkas dan padat, jadi rajinlah aku baca semua. 
   Bagi yang kurang dalam pelajaran kira mengira ini. mohon cuba tips ini , in syah allah berkesan. Dalam Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari universiti Northumbria mendapati bahawasanya mereka yang memakan coklat mempunyai kemampuan otak yang lebih cekap dalam menjalanankan pengiraan.
    Kajian yang diketuai oleh Prof. David Kennedy itu melibatkan 30 orang responden . mereka diminta menyelesaikan tugasan tapi sebelum tu mereka diberikan menuman coklat panas. Hasilnya , responden berjaya menyelesaikan tugasan dengan cepat dan tepat . Ini adalah salah satu bukti yang menyatakan coklat dapat mengatasi masalah lemah dapat pelajaran kira kira.


Nota kaki : ini hanya untuk yang lemah matematik, jadi kepada yang malas itu , kamu makan banyak banyak pun tidak ada kejadian di situ. yang penting rajin dan ada minat.

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala