Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul // Mari Hidupkan Sunnah

Assalamualaikum?

Sempena Maulidur Rasul 

Jom kita perbanyak kan berselawat ke atas Nabi kita ya teman.teman Islam ku √ اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد. ツ


gambar Cr: Page  ERA FM & ERA TV
Marilah kita bersama sama menghidupkan sunnah Rasul.

EMPAT HAL SEBELUM TIDUR Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah : “Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“ Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrohmaan irrohiim, ‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahussomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “ 

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “ “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa Muhammad wa’alaa aaliihi Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau “ Astaghfirullaahal aziim allazii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar" ( 3x )

PENTING! Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Sedekah Jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.... آمِيّنْ...:


##

serba sedikit kongsian tentang pergorbanan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W

~tahukah anda, Rasulullah S.A.W pernah dicaci dihina ketika menyebarkan islam di bumi Makkah
~ketika anda sedang lena tidur ingatkah kamu bahawa, Rasulullah pernah tidur di luar rumah ketika berdakwah sehingga lewat malam
~ingatkah lagi bahawa Rasulullah memohon kepada Allah supaya ditangguhkan azab buat umatnya tidak seperti kaum nabi-nabi sebelumnya yang Allah binasakan.
~hujung nyawa baginda, ketika sakratul maut pun, Rasulullah S.A.W ingat umatnya.

sejahteralah nabi Muhammad S.A.W 

selawatlah ke atas nabi 


##


Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :

"Barangsiapa berselawat kepadaku disisi kuburku maka aku mendengarnya,
barangsiapa berselawat kepadaku darijauh, maka selawat itu diserahkan oleh
seorang malaikat yang menyampaikankepadaku dan ia dicukupi urusan
keduniaan dan keakhiratan dan akusebagai saksi dan pembela
baginya." (Hadis Riwayat Al Baihaqidan Al Khatib)



ASAL USUL SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (KLIK)

CR : FacebookUser :)

Monday, January 13, 2014

FAMOUS FAILURES

Assalamualaikum?

      Hari nih macam aku mau kasi kongsi something yang maybe boleh made your day today . Nih dia ." They had prove to people who expect them are bad. But, they are on their own way of life". Aku pun dulu balik balik gagal dalam exam . ohhyeah memang betul betul bikin malu lah kalau ingat balik. tapi bagus juga kalau kita pernah gagal dulu, daripada orang yang tidak pernah rasa sekali pun perasaan gagal dalam hidup. 

     Don't worry, siapa yang pernah gagal dalam hidup nih kita antara golongan yang bertuah sebab Mereka yang berjaya kebanyakkannya lahir daripada mereka yang pernah mengalami kegagalan. Nih antara golongan yang pernah gagal dulu tapi sekarang lihatt lah dunia.


  • ALBERT EINSTEIN
  • MICHAEL JORDAN
  • WALT DISNEY
  • STEVE JOBS
  • OPRAH WINFREY
  • THE BEATLES




"IF YOU'VE NEVER FAILED
YOU'VE NEVER TRIED ANYTHING NEW "


CR: OHMEDIA!

Saturday, January 11, 2014

#SabahanSays

Assalamualaikum? 


     Houwwwliongg , lama tidak terupdate blog nih, how well . busy jaga anak diruma . hahahahahahaha what the? --' okayyy sesinggahnya aku di Facebook tadi aku baca baca lah bha di news update FB and terjumpa post about sabahansays. it's actually betul betul pronouns yang kami guna sebagai orang sabah , Let's cekidautt .


I'm proud to be sabahan :)

Now stop abusing the word 'bah' and you can now not look at me funnily when I say 'anu' (though I rarely say it).

SABAHAN SAYS #


 #SabahanSays "Anu" when they have no idea to explain the things. contoh ayat? contoh macam ni "anu ba, yang selalu kita guna untuk potong rumput, apa nama tu ah?" kat sini, "anu" tu tak de kaitan ngan organ manusia or anything yg lucah okayy! 

#SabahanSays NDA n NGGA is different. People always mistaken us as Indonesian. #TRUESTORY

- #SabahanSays In a typical restaurant scene in Sabah, you're a 'boss', the waiter's a 'boss', the cashier's a 'boss'. Everyone is the boss...Haha i dont know how to explain this. but this is totally true. sabahan akan panggil orang lain, siapa-siapa sahaja as "boss". so kat sabah, semua orang boleh jadi boss.hahah...contoh ayat "si boss ba tu yang guna periuk tu tadi" 

#SabahanSays "lari ba" when they ask someone to move/ when someone's blocking their view. totally true. this one lebih kurang macam "excuse me, can u please move a bit?" or "boleh tepi siket tak?" 

#SabahanSays Whenever you abuse the slang term 'bah', every Sabahan dies a little inside. actually its kinda funny dengar non sabahan cuba guna perkataan "bah"..ahaha..sounds cute 

#SabahanSays "miring" instead of condong.haha # UniqueMuch .its actually the term yg kitorang guna kat sabah! 

#SabahanSays "Nduu baa" which has equal meaning as "Awlololoo" get it? Get it?kite biase gune "alolo.kesianye demam"....kalau version sabahan "anduuuu baaa....sian dia demam.." easy yooo! 

#SabahanSays "Bida" as ugly. 

#SabahanSays di mana rumah kau ? di sana tuuuuuuuuuu .makin banyak "U" makin jauh la rumah dia hahahahahahahah....get it?

 #SabahanSays jangan kau kacau tu anjing,kana bubut kau nanti faham tak ayat ni? "bubut" means "kejar" . 

#SabahanSays Apa kau rasa? Rasa oren.. ni bile kite nak cakap kat orang tu "padan muke ko.." hahah...dalam version sabah leh guna ayat ni "apa kau rasa?rasa oren.. 

#SabahanSays palis palis hahah..meaning that "minta dijauhkan...". bile kite dengar something yang tak baik, contoh kite dengar "anak jiran sebelah accident kena langgar lorry.." so untuk menyatakan yang kita harap benda tu tak berlaku kat kite, kite akan cakap "palis paliss"

 #SabahanSays bole bah kalo kau!i like sabah!ni ramai yg tahu kan...

 #SabahanSays - "KUI" means "KUIH"

 #SabahanSays you say 'milo ais' we say 'milo ping' yep....but terengganu pun guna ping kan?

 #SabahanSays other then buduh, we will say palui.buduh means bodoh la.. 

*im proud to be SABAHAN* u ???


Noted : sumber facebook

Sunday, January 5, 2014

Jom Daftar WhoHAA!

Haiiiii :')

Home

Lama tidak meng-update blog . Hohoooo who cares? bytheway , today aku mau kongsi satu tempat yang bole kamu berpeluang untuk mendapat gadget/ voucher seperti gambar di bawah ini .Tujuan aku kongsikan benda ini adalah untuk kita semua buat benda yang berfaedah, tidak juga kita buang masa online sampai tengah malam, hanya post tweet , facebook or whatever.Jom join WhoHAA! lagi berfaedah . come join us!

01\
Samsung Galaxy Camera


01 
Logitech iPod/iPhone Pure-Fi Express Plus Speaker


Philips Shaver PLP-PQ202/17
05
Krups Coffee Machine-Red KRU-KP1506


Fujifilm Instax Mini 8

Bombastikkk right ? apa lagi yang anda tunggu jom daftar sini--> DAFTAR SINI . Lepas suda daftar mari i ajar cara earn point.

How To Earn Point From WhoHAA? 


Step 1 : Log in account WhoHAA

Step 2 :Klik"earn Point"(macam dalam gambar dibawah)


klik gambar untuk pembesaran


Step 3 : Klik mana Iklan yang ada , sebagai contoh ( lihat gambar)


klik gambar untuk pembesaran
Step 4 :Jawab Soalan yang di berikan.setiap soalan akan diberi 10-20 point.


1 : baca soalan
2 : lihat gambar , setiapa soalan ada jawapan dalam gambar.
3: isi soalan dengan betul . Note* kalau salah bole cuba lagi
4 : klik submit jika sudah isi soalan.

DONE!

Senangkan, apa lagi di tunggu , jom share benda berfaedah . yahuuu


Note : aku baru join benda ni . aku dapat tahu pun dari blog kakFD . so jom kumpul point ramai ramai.kalau ada soalan , jangan malu jangan segan tampar kang. heheh :3


Cr : KakFD

Sunday, September 15, 2013

PLKN

Assalamualaikum?

tiba tiba rasa macam mau update blog , hehehehehehehehehehehe :)




      Check One Two Three , Hip Hip Horeyyy . aku dapat PLKN  muahahahahahahahaha , ramai kawan kawan aku mau escape dari dapat PLKN aku seja yang eksited betul mau dapat  benda nih . Tapi tempat sama paggilan keberapa pun aku belum tau lagi . ah choiii dayangg. Apalahh baa dorang mau takut sama itu PLKN bukan makan orang pun.
      Setelah di soal siasat dengan si kawan kawan , antara sebab dorang takut mau ikut PLKN :

  • Takut komander garang 
  • Tidak pernah ikut perkemahan 
  • Eeee, saya takut hitam ba.
  • Eh , tidak mau lah , nanti terlepas peluang masuk UITM 
  • Eee, takut aku ada muscle
  • eee, botak nanti aku sana, buang masa seja aku simpan rambut (jawapan pihak lelaki)
  • Eh, not my style . x suka lah ganas ganas nih , calar nanti kulit i . (jawapan pihat separuh lelaki)
  • Eh takut panas lahh, aku alah dengan panas (ada juga jawapan begini)
  • Tidak aku pandai kawad.
    Eh itu eh inii , semua eh eh . echingg betul . Nanti lah lepas aku Habis PLKN , nanti akan ada kebongkaran tentang PLKN . muahahahahahahaha . Sesampai disitu sahaja entri hari ini . oh oh oh , sebelum sahaye terlupa , kalau mau semak PLKN sila Tekan  SINI nanti dia kasi petunjuk . Teheee 


Nota selipar : Haii , aku belum lagi SPM jadi aku main blog kejap arr, entri pasal berhenti beberblogiing itu hanya tipu semata mata. peace yoo

Friday, July 12, 2013

Gempar! Samsung Galaxy S3 Meletup Dalam Poket Seluar

Jalan jalan di Fb tadi, jumpa berita yang nih.


Photo: Gempar! Samsung Galaxy S3 Meletup Dalam Poket Seluar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Seorang remaja swiss melecur dibahagian peha apabila telefon pintar beliau Samsung Galaxy S3 meletup didalam poket.

Fanny Schlatter ,18, cedera apabila Samsung Galaxy S3 dikatakan meletup di dalam poket seluarnya. Dia mendakwa akan membuat aduan terhadap Samsung. Fanny Schlatter berkata “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan – seperti mercun. ‘Kemudian saya perasan bau kimia pelik dan seluar kerja saya mula terbakar.’
Dia bergegas ke bilik mandi yang terdekat sebelum memandu ke hospital.

Cik Schlatter menjelaskan:”Nasib baik rambut saya telah diikat dan mempunyai sweater yang sukar terbakar”.Beliau kini merancang untuk memfailkan aduan undang-undang terhadap pembuat telefon Korea.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Samsung memberitahu ‘Apabila kami dapat produk tersebut, Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca sebenar kejadian ini. “Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sentiasa bekerja mengawal kualiti yang ketat dan standard keselamatan untuk memastikan kemudahan dan keselamatan pengguna.

Ini bukan kali pertama bateri telefon telah meletup. Di tempat lain, bateri telefon secara spontan terbakar dalam poket belakang seorang lelaki dalam sidang DEFCON hacking di Amerika Syarikat pada tahun 2010, dan pada tahun 2009, seorang lelaki terbunuh apabila telefon beliau meletup sehingga terputus arteri lehernya.

Bulan lalu, satu kebakaran di sebuah rumah Peterborough dianggap berpunca dari letupan sebuah bateri dari telefon bimbit. – Dailymail

Sumber : nizarazu.com


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Seorang remaja swiss melecur dibahagian peha apabila telefon pintar beliau Samsung Galaxy S3 meletup didalam poket.

Fanny Schlatter ,18, cedera apabila Samsung Galaxy S3 dikatakan meletup di dalam poket seluarnya. Dia mendakwa akan membuat aduan terhadap Samsung. Fanny Schlatter berkata “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan – seperti mercun. ‘Kemudian saya perasan bau kimia pelik dan seluar kerja saya mula terbakar.’
Dia bergegas ke bilik mandi yang terdekat sebelum memandu ke hospital.

Cik Schlatter menjelaskan:”Nasib baik rambut saya telah diikat dan mempunyai sweater yang sukar terbakar”.Beliau kini merancang untuk memfailkan aduan undang-undang terhadap pembuat telefon Korea.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Samsung memberitahu ‘Apabila kami dapat produk tersebut, Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca sebenar kejadian ini. “Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sentiasa bekerja mengawal kualiti yang ketat dan standard keselamatan untuk memastikan kemudahan dan keselamatan pengguna.

Ini bukan kali pertama bateri telefon telah meletup. Di tempat lain, bateri telefon secara spontan terbakar dalam poket belakang seorang lelaki dalam sidang DEFCON hacking di Amerika Syarikat pada tahun 2010, dan pada tahun 2009, seorang lelaki terbunuh apabila telefon beliau meletup sehingga terputus arteri lehernya.

Bulan lalu, satu kebakaran di sebuah rumah Peterborough dianggap berpunca dari letupan sebuah bateri dari telefon bimbit. – Dailymail

Sumber : nizarazu.com

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Berpuasa. Niat Puasa.

Assalamualaikum?

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi bulan yang penuh dengan makna ini. oleh yang demikian saya minta ampun minta maaf minta tangan bagi ampau kepada semua muslimin dan muslimat :3

Mari sama sama kita berniat :


Tadi jalan jalan di fb, nampak pula status nih, jadi dengan suka suka cita cita nya , aku pun baik hati ingin share kan perkara baik ini. :)


Salam... just nak berkongsi Cara mudah mengkhatam Alquran dibulan ramadhan nanti:

Alquran itu trdiri dri hmpir 600 mukasurat kalau dibagi dlm 30hri mnjdi 20 mukasurat prhari

Mmang kalau dilihat mcm susah tp kalau dibagi dlm tiap sholat fardu akan jadi mudah . Ini ertinya , baca tiap habis sholat 4 mukasurat. Kalau bgini kita akan dapat mengkhatamkannya diakhir bulan ramadhan

Bayangkan setiap orang baca pesan ini dan mengkhatam Alquran. Bayangkan pahala yg bakal kamu raih nanti.

Ketika anda ingin menyebarkan pesan ini, setanpun mencegahnya.
Setan cakap tak usah SEBARKAN, tak penting, BUANG-BUANG MASA saja'j

Tolong Sebarkan, seikhlasnya..  Amin...

Tuesday, July 2, 2013

Thank You (Doodle)

Assalamualaikum?



    Setelah sekian lama aku berbloging baru dapat doodle bagai, baru hari ini aku terfikir untuk buat review untuk orang orang yang budiman yang bagi aku doodle and maybe vector kalau tidak silap. hehe . Jom cuci cuci mata dengan doodle && vector muka I.


Yang ini , from cik Lisa , well aku yang suru buat, dengan hati nya yang suci murni dia pun buat lahh, and wal laaa, is that me. muahaaha :3


yang nih pulak, gambar kedua dari Cik lisa juga and doodle yang ke-tiga dari cik sukakartun . comel comel semua hehe. i loike. sorry lupa nama link blog cik sukakartun :3


Ohh , yang ini aku suka sebab sebab aku suka cara dia peragakan lukisan nih, eh apa benda aku merepek nih. hoho whatever . yang nih hasil air tangan encik Din. 

Nota kaki : terima terima kasih kasih sama sama buat mereka . sorry aku bukan pandai mereview nih 

Sunday, June 23, 2013

Qiamullail Dan Amalan Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada Malam Nisfu Syaaban, kita disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman:“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”    (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Terdapat beberapa riwayat lain yang menyatakan kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”
.
.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

.
A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
.
B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Antaranya;
C. Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)
.
D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.
.
.

SOLAT SUNAT MUTLAQ (NISFU SYAABAN)

Solat sunat Nisfu Syaaban dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

Cara Mengerjakannya

1.  Lafaz niat:
Daku solat sunat malam Nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
.
4.  Setiap kali sujud, selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa:
.
5.  Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin tiga kali (sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak) dengan niat supaya Allah memanjangkan umur, menambah rezeki serta menetap dan meningkatkan iman.
.
6.  Akhir sekali, bacalah doa Nisfu Syaaban.
Maknanya;

Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.

والسلام

Oleh;
Shafiqolbu
14 Syaaban 1432H

Full Copy from : Here

Lafaz Niat Ganti Puasa

Assalamualaikum?


Memandangkan puasa akan menjelma kembali ?*eksited  , kami dengan ini ingin akan melakukan puasa ganti pada esok hari, atas sebab sebab tertentu. oleh itu di sini aku serta kan Lafaz Niat Ganti Puasa.


Lafaz niat tersebut:-
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala
Selamat ganti puasa kepada semua umat islam di Malaysia


Sumber: Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan | melvister.com 

Saturday, June 22, 2013

Hasil Karya Kami : Samsung Alaf Baru

Assalamualaikum?

Ini cerita samsung  , bukan nokia. gambar di atas adalah hiasan semata mata.


      Kira kira beberapa tahun yang lalu kami telah mengkaji bahwasanya , Jenama samsung adalah jenama yang terkenal diseluruh negara sehinggah ke hari ini. Dengan ini kami telah membuat kajian dan kami telah menjumpai  samsung alaf baru, iaitu samsung ternipis di dunia, senipis kertas nan merah. Disini kami sertakan dengan gambar samsung senipis kertas A4.


inilah dia, samsung tersebut. telah dijumpai di dalam kelas akaun sejak berkurun lamanya.

       Mengikut cerita Kak Ton, Samsung ini tercipta sejak berabad yang lalu. Pada zaman tersebut seorang guru bahasa melayu telah memilih seorang pelajar perempuan yang cantik , anggun, tertarik lagi selim-menyelim  untuk menyampaikan sebuah sajak di hadapan kelas.
      Pada waktu tersebut 8 budak kurang jahanam telah mencipta sebuah samsung yang di beri nama Samsung NipisanA4One .Semasa proses pembuatan samsung tesebut , pelajar permpuan tadi sedang menyampaikan sajak dengan nada malu malu kucing ,ayam ,lembu, rusa , kambing  dan groook .8 Jahanam tadi , langsung tidak menghiraukan perempuan di depan kelas tersebut kerana mereka sibuk buat bising bising dalam kelas , eh , mereka sibuk menyiapkan samsung nipisanA4one tersebut. setelah beberapan jam berlalu samsung tersebut siap dihasiilkan, mereka pun membuat satu uji kaji pada kamera samsung tersebut, kecakkkk ~~ maka terhasil lah sekeping gambar,

Ini lah hasilnya, canggih bukan?  Samsung NipisanA4One.

     Inilah gambar petama yang terhasil dimuka bumi ini. gambar yang agak comel, comel seperti Kak Ton. Dan dari sini lah juga Kak Ton mendapat trademark "Comelkan Kak Ton" . Dengan tercetunya fenomena ini, maka pelancaran Samsung NipisanA4One telah pun dilancarkan dengan jayanya, sehinggah sekarang Tittle samsung digunakan diseluruh negara .

Nota Tipu : Cerita Di atas ada lah cerita lagenda budak syaiton semata mata. maka janganlah tertipu. Samsung NipisanA4One adalah hasil karya cik Acab. Antara 8 jahanam tadi.

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala