Thursday, March 13, 2014

Ajak Shiro Kena Denggi

 
Ajak shiro, shiro, demam denggi


Oleh Izzat Ismail. Kredit foto peribadi @ajakshiro di Instragam

Sejak kebelakangan ini, golongan artis turut tidak ketinggalan menjadi mangsa denggi yang semakin berleluasa. Selepas Shamsul Yusof, terbaru dikatakan Ajak dari kumpulan Shiro turut telah ditahan di hospital akibat terkena penyakit yang sama. Ajak telah dimasukkan ke Hospital Pakar Kluang Utama, Johor selama beberapa hari.

Walau bagaimanapun, anak jati Johor ini mengakui kurang selesa untuk tinggal di wad tersebut. Bukan kerana faktor sekeliling, Ajak berasa lebih selesa untuk berehat dirumah serta berjanji untuk mengikut segala arahan yang telah diberitahu oleh doktor. Oleh sebab itu, dia mengambil inisiatif untuk minum banyak air dan platlet darahnya naik dan telah diberi kebenaran untuk pulang ke rumah atas jaminan sendiri.

Sebelum itu, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak sempat melawat seorang kanak-kanak yang menghidap sakit teruk di Negeri Sembilan. Dia turut telah dimaklumkan oleh rakan baiknya yang peminat cilik itu merupakan peminat tegar yang tidak putus putus memberikan sokongan sejak dari kumpulan Shiro beraksi di Raja Lawak.

Atas dasar kemanusiaan dan keperihatinan, pemuda berusia 28 tahun ini mengambil inisiatif untuk menziarahi peminat tersebut dan telah berjaya membawa sinar keceriaan walaupun hanya seketika. Buat masa kini, Ajak akan berehat di rumah dan akan mula menyambung aktiviti seni sejurus sembuh seperti sediakala.

Here , instagram Ajak Shiro, walaupun pun dia tengah kena demam denggi, sempat lagi buat ucapan singkat untuk MH370. Semoga Ajak Shiro Cepat Sembuh.


Cc: EraFM

Pelakon lagak ngeri antara penumpang MH370



"Fearless", "The Expendables" dan "The Forbidden Kingdom", #MalaysiaAirlines, #MH370, #PrayForMalaysianairlines, #PrayForMH370, Pesawat, Let's Pray, Malaysia, Artis,

Hari ini , sudah  masuk hari ke enam kehilangan pesawat MH370 . Doa + usaha = masih ada harapan lagi. Jangan berhenti untuk berdoa. In Syah Allah ada jalan. Kalau sudi bagi kata kata semangat untuk ahli keluarga mangsa kehilangan pesawat MH370 . boleh lah buat insta video di intagram dengan hashtag " #Kami Menantimu MH370" ,Lebih lanjut sila ke SINI.
Sebenarnya dalam pesawat MH370 ada seorang Pelakon Lagak ngeri  yang turut menggunakan penerbangan MH370 ini.
AstroAwani
"Syarikat perfileman Netflix dan The Weinstein Company mengumumkan pakar seni mempertahan diri Ju Kun, adalah antara penumpang MH370. Beliau pernah membawakan watak yang dibawa Jet Li untuk filem "Fearless", "The Expendables" dan "The Forbidden Kingdom"

Lebih lanjut , boleh la klik SINI .

let's keep on praying for them & hoping for miracles to happen.
#MH370

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala