Tuesday, September 19, 2017

TRAGEDI KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ

Assalamualaikum,


Baru baru ini, kita digemparkan dengan satu tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur . Di mana polis telah mengesahkan seramai 21 pelajar dan 2 guru tahfiz telah terkorban dalam kejadian tersebut.


Petikan dari BHonline ;

"KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seramai 21 pelajar dan 2 guru pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, terkorban dalam kejadian kebakaran pagi tadi.
Enam orang iaitu lima pelajar dan seorang awam pula cedera yang mana dua pelajar kritikal.
Sebahagian besar mereka yang terkorban dipercayai kerana sesak nafas dan lemas akibat terhidu asap ketika kebakaran di tingkat 3, premis berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata semua mangsa ditemui di sudut kiri dan kanan tingkat 3 ruang asrama pusat tahfiz berkenaan.
"Berdasarkan maklumat awal yang diterima, semua mangsa dipercayai cuba keluar untuk menyelamatkan diri namun gagal.
"Mereka ditemui sudah tidak bernyawa dalam keadaan bertindih antara satu sama lain.
"Pada masa sama sebahagian pelajar lain dan empat guru termasuk mereka yang berada di tingkat 2 pusat tahfiz sempat menyelamatkan diri," katanya selepas melawat lokasi kejadian tengah hari tadi.
Katanya, pada masa ini polis masih menunggu hasil siasatan Unit Forensik Bomba dan Unit Forensik Polis sebelum punca sebenar kejadian dapat dikenal pasti. "
Berita berita macam ni sangat memberi kesan kepada orang ramai , ekoran dari petikan di atas  penyebab kematian berpunca dari asap ketika kebaran berlaku . Buat masyarakat yang ingin memberi sumbangan saya ada sertakan ruangan di bawah . 
Tadi saya sempat menonton Malaysia Hari ini, di mana mereka mengulas penyebab berlakunya kebarangkalian kebakaran berlaku dan juga membincangkan aspek keselamatan yang perlu ada di sesuatu tempat . 
Mereka juga ada berhubung dengan salah seorang penghuni Pusat Tahfiz berkenaan akaun CIMB untuk sumbangan ikhlas dari masyarakat. Menurut penghuni tahfiz , sebenarnya mereka tiada membuat satu tabung sumbangan pun untuk tragedi ini , namun akaun yang di viralkan telah di sahkan sahih untuk kita memberi sumbangan .


SUMBANGAN IKHLAS BUAT DARUL QURAN ITTIFAQIYAH,DATO' KERAMAT,KUALA LUMPUR.

Jangan menggunakan pihak ketiga @ orang tengah dalam menyalurkan sumbangan/derma.

Berikut nombor akaun yang sahih:

DARUL QURAN ITTIFAQIYAH

AKAUN NO: 8602299587 

CIMB ISLAMIC 

Menurut Page Siakap Keli nombor akaun ini telah di sahkan oleh Baitulmal MAIWP, atas nama tahfiz berkenaan . Bagi saya kalau niat memang nak membantu, salurkan sahaja sumbangan , tapi pastikan dahulu akaun yang tertera adalah atas naam tahfiz berkenaan .


Al-Fatihah

Tuesday, September 5, 2017

LANAFIRA // BUSANA TRENDY ZAMAN KINI


Hi guys ! 

Adakah anda seorang lelaki yang tercari cari hadiah untuk birthday mak ataupun isteri mahupun tunang tidak lupa juga kepada girlfriend anda?

Adakah anda seorang wanita bekerjaya , susah untuk dapatkan cuti , meluangkan waktu membeli belah di shopping mall

Ataupun baju dalam almari anda tidak mencukupi ruang dan perlu di isi segera? 



Jangan risau LANAFIRA ada penyelesaiannya . Pelbagai corak yang menarik untuk anda pilih, hanya dengan satu klik sahaja . 

LANAFIRA adalah satu Butik muslimah , di mana Butik online yang fokus kepada Pakaian muslimah termasuk long dress , baju kurung , jubah , tops , skirt , scarves dan tudung.

Zaman sudah maju, semuanya hanya di hujung jari anda sahaja, tidak perlu risau untuk berebut memilih baju ataupun beratur nak bayar dekat kaunter kerana Butik muslimah LANAFIRA sedia membantu anda . 

LANAFIRA 
Cik akak dan cik abang , jangan risau, di sini saya sertakan busana trendy yang boleh di dapatkan di LANAFIRA antaranya adalah Mellisa Dress, Alana Kebaya dan Sofea Modern Perplum . Selain daripada trendy, busana disini juga
Mellisa Long Dress (Brown)
    



MELLISA DRESS 

Jubah mellisa antara busana yang laku teroks di LANAFIRA ni. Kelebihan Mellisa Dress ni material heavy moss crepe , Round neck, selesa dan tak panas , yang penting mesra wuduk dan sesuai untuk event dan casual . Saya suka dengan long dress ni sebab simple, colour yang ada semuanya cantik cantik belaka . 
Alana kebaya (Mint & Blue )


ALANA KEBAYA 


Kebaya wey, perempuan mana yang tak suka kebaya . Buat lelaki yang nak bawak girlfriend jumpa mak mertua tu, boleh lah beli kan untuk kekasih hati pengarang jantung , nampaklah aura gadis melayu terakhir dia nanti bila mengenakan Alana Kebaya ni.

Alana Kebaya ni pun salah satu busana jualan yang tinggi . Material yang di gunakan adalah Japanese cotton , V-neckline , mermaid cutting, nursing friendly , selesa dan tidak panas . Wuduk friendly juga okay (Hidden zip) . 
Sofea Modern Perplum  (Maroon Batik Klasik)


SOFEA MODERN PERPLUM

Perplum ni guys, zaman sekarang dah ramai yang guna semula , stylish kot ala ala saloma gituuuu . Perplum Sofea sangat selesa untuk di pakai oleh penggemar Perplum ia juga nampak bergaya dan sesuai untuk di gunakan dalam apa jua majlis . 


Inilah adalah antara busana yang terdapat di Butik muslimah LANAFIRA

"KENAPA ANDA PATUT MEMBELI BUSANA LANAFIRA?"


  • Busana yang ada di LANAFIRA ni semuanya BERKUALITI dan EKSLUSIF .
  • Anda kena dapatkan segera kerana busana yang ada no more restock .
  • Material Berkualiti , sesuai dengan cuaca di Malaysia .
  • Tukang jahit Malaysia yang berpengalaman .
  • Bukan borong dari Vietnam , China ataupun Indonesia . 
  • Harga Berpatutab dengan kualiti .
  • Kebanyakan design adalah wuduk dan nursing friendly . 
  • 100% Lady boss bumiputera (Owner)



Jika anda berminat , jom cuci mata dekat sini :

Ig @lanafiraofficial

Update !

LANAFIRA nak bagi percuma buku 99 Tips Fesyen Terkini ini. Apa yang anda akan dapat lepas baca buku ni? Click Here 

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala