Assalamualaikum?
Tadi aku jalan jalan dekat laman encik google, saja saja cari masalah. then aku jumpa cerita pasal oat nih, menarik . jom baca kejap. :
Ramai yang tak tau yang oat sangat bagus untuk oily skin dan dry skin. untuk entry kali nih, aku nak share cara yang aku buat untuk mengurangkan kulit berminyak. aku akan buat sehinggalah dia jadi normal skin. aku dah cuba cara nih hampir 2 minggu. kira hari nih dah masuk hari ke 10.
keberkesanan dia? sangatlah berkesan kau. kalah semua produk yang mahal. malah cepat lagi dia punya tindak balas.
ok lets start. pertama sekali, apa yang uolls perlu ada semestinya oat. yang aku guna nih satu sudu kecil jer. itupun kira banyak. cukup lah jugak untuk sapu dekat lengan tangan, dan leher dengan tujuan memutihkan kulit. hahaha.
*aku guna quacker oat tuh jer. lebihan mak aku punya masa dia kat hospital dulu. haha
Kemudian, lalukan air sambil kita genggam oat tuh supaya dia basah basah siket. kalau ko bukak genggaman tangan ko, maka ke lubang singki la jawabnya oat oat tuh semua.
then, bukak genggaman titiskan air 3 4 titik air sehingga dia jadi macam nih.
lepas dah titikkan air, kita tekan2 oat tuh sampai dia keluar susu dia nih. haa, nampak tak warna putih susu tuh? jangan buang yer. perahkan susu tuh ke tapak tangan lagi sebelah, sapu kat muka. tujuan dia untuk melembutkan kulit kita.
bila dah sapukan susu kat kulit muka, titikkan air semula ke oat dan sapu ke seluruh muka oat tuh tadi. kira macam scrub lah. fungsi kita sapukan oat tuh adalah untuk meresap segala minyak muka kita. that's why oat goods for oily skin.
untuk dry skin, you just take the milk of the oat. supaya kulit sentiasa lembab macam kulit baby. hihi. sepanjang 10 hari aku guna oat sebagai pencuci muka, kulit muka aku dah tak berminyak sangat. selalunya kalau aku cuci pagi, jam 10 macam tuh. jam 12 dah berminyak dah. kalau guna blotter, separuh dah habis untuk serap minyak yang 2 jam tuh. cuba bayangkan kalau dah petang? haaa...
selepas mengamalkan oat sebagai cleanser, aku dapat rasakan sendiri perbezaannya. kulit muka hanya berminyak di dahi dan hidung sahaja. itupun siket. kalau guna blotter, suku je untuk satu hari. bukan 2 jam ye. malah, jerawat pasir aku pun makin hari makin surut.
Itu lah cerita dia. Banyak yang cakap benda ni betul, jadi apa salah nya kita mencuba. jom baca
kebaikan oat . Bukan itu seja lepas aku baca benda nih, dia ada bagi satu link dekat youtube, memang menarik lah . Dia guna oat juga, jom tengok youtube di bawah nih.