Friday, January 26, 2018

DOA SELEPAS SOLAT #SALAMJUMAAT

Assalamualaikum?

Salam jumaat guys, hari ini sis terbuka hati untuk share apa yang sis baca di twitter, by @FatyaEdDeen . Hari jumaat ni, adalah baiknya untuk kita kongsi benda benda yang berilmiah sedikit kan. Apa guna ada platform kalau tiada perkongsian sis masih mentah.

"A'uuzubillahi an akuna minal jahiliin"

Ya Allah, jauhi aku daripada tergolong dalam kalangan orang yang jahil.

Tuesday, September 19, 2017

TRAGEDI KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ

Assalamualaikum,


Baru baru ini, kita digemparkan dengan satu tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur . Di mana polis telah mengesahkan seramai 21 pelajar dan 2 guru tahfiz telah terkorban dalam kejadian tersebut.


Petikan dari BHonline ;

"KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seramai 21 pelajar dan 2 guru pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, terkorban dalam kejadian kebakaran pagi tadi.
Enam orang iaitu lima pelajar dan seorang awam pula cedera yang mana dua pelajar kritikal.
Sebahagian besar mereka yang terkorban dipercayai kerana sesak nafas dan lemas akibat terhidu asap ketika kebakaran di tingkat 3, premis berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata semua mangsa ditemui di sudut kiri dan kanan tingkat 3 ruang asrama pusat tahfiz berkenaan.
"Berdasarkan maklumat awal yang diterima, semua mangsa dipercayai cuba keluar untuk menyelamatkan diri namun gagal.
"Mereka ditemui sudah tidak bernyawa dalam keadaan bertindih antara satu sama lain.
"Pada masa sama sebahagian pelajar lain dan empat guru termasuk mereka yang berada di tingkat 2 pusat tahfiz sempat menyelamatkan diri," katanya selepas melawat lokasi kejadian tengah hari tadi.
Katanya, pada masa ini polis masih menunggu hasil siasatan Unit Forensik Bomba dan Unit Forensik Polis sebelum punca sebenar kejadian dapat dikenal pasti. "
Berita berita macam ni sangat memberi kesan kepada orang ramai , ekoran dari petikan di atas  penyebab kematian berpunca dari asap ketika kebaran berlaku . Buat masyarakat yang ingin memberi sumbangan saya ada sertakan ruangan di bawah . 
Tadi saya sempat menonton Malaysia Hari ini, di mana mereka mengulas penyebab berlakunya kebarangkalian kebakaran berlaku dan juga membincangkan aspek keselamatan yang perlu ada di sesuatu tempat . 
Mereka juga ada berhubung dengan salah seorang penghuni Pusat Tahfiz berkenaan akaun CIMB untuk sumbangan ikhlas dari masyarakat. Menurut penghuni tahfiz , sebenarnya mereka tiada membuat satu tabung sumbangan pun untuk tragedi ini , namun akaun yang di viralkan telah di sahkan sahih untuk kita memberi sumbangan .


SUMBANGAN IKHLAS BUAT DARUL QURAN ITTIFAQIYAH,DATO' KERAMAT,KUALA LUMPUR.

Jangan menggunakan pihak ketiga @ orang tengah dalam menyalurkan sumbangan/derma.

Berikut nombor akaun yang sahih:

DARUL QURAN ITTIFAQIYAH

AKAUN NO: 8602299587 

CIMB ISLAMIC 

Menurut Page Siakap Keli nombor akaun ini telah di sahkan oleh Baitulmal MAIWP, atas nama tahfiz berkenaan . Bagi saya kalau niat memang nak membantu, salurkan sahaja sumbangan , tapi pastikan dahulu akaun yang tertera adalah atas naam tahfiz berkenaan .


Al-Fatihah

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala