Tiada angin tiada ribut, tiba tiba aku cerita pasal "Cara Mudah kenalpasti Jenis Kulit" . Okay maybe sebab aku perempuan , memang setiap wanita akan ada satu folder dalam otak mereka cerita tentang kecantikan. Sila mengaku cepat. hihi . walaupun ucapan pembukaan entri aku hari ni macam kehausan idea , sila abaikan kemerepekan di atas . Jom baca pendahuluan yang betul., ohmybahasamelayu juga pun ni.
Secara ringkasnya, ada terdapat 4 jenis kulit yang biasa ditemui, jenis-jenis kulit ini adalah seperti berikut:-
1) Kulit Kering
2) Kulit Berminyak
3) Kulit Biasa
4) Kulit Kombinasi berminyak dan kering.
1) KULIT KERING
Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, mereka akan mendapati permukaan kulit adalah kurang berminyak akibat dari aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang kurang.
Pada kebiasaannya, kulit berasa seperti tegang apabila di cuci dengan air. Kadang kala kulit akan terasa perit/sakit.
Ciri-ciri fizikal kulit kering adalah:-
a) Kulit tidak berkilat
b) Pori-pori yang tidak begitu kelihatan
c) Tompok-tompok kulit yang kasar
Mekap yang di gunakan pada muka boleh bertahan dengan agak lama.
2) KULIT BERMINYAK
Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, mereka akan mendapati permukaan kulit yang sentiasa berminyak akibat dari aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang tinggi.
Pada kebiasaannya, kulit tidak berasa tegang dan memerlukan pencucian yang kerap untuk terasa bersih.
Ciri-ciri fizikal kulit kering adalah:-
a) Kulit berkilat.
b) Pori-pori yang terbuka.
c) Terdapat banyak 'black head'
d) Kulit tebal
Mekap yang di gunakan pada muka yang memiliki kulit berminyak pada kebiasaannya tidak boleh bertahan lama dan memerlukan penggunaan yang kerap.
3) KULIT BIASA
Kulit biasa pada kebiasaannya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak kerana aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang seimbang di seluruh permukaan kulit.
Bagi mereka yang mempunyai kulit biasa, kebiasaannya tiada menghadapi sebarang masalah penjagaan. Kadang kala kulit muka akan terasa tegang ketika cuaca sejuk.
Ciri-ciri fizikal kulit biasa adalah:-
1) Pori-pori akan kelihatan di ZON-T
2) Bahagian tepi muka mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat
Mekap yang di gunakan pada muka bertahan agak lama. Kadang kala perlu di gunakan semula.
4) KULIT KOMBINASI BERMINYAK & KERING
Kulit jenis kombinasi ini akan mengalami keadaan yang tidak sekata iaitu terdapat kawasan yang kering dan juga berminyak di permukaan kulit.
Secara amnya, jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi ini akan merasai sebahagian dari kulit terasa tegang, tetapi sebahagian yang lainnya tidak.
Ciri-ciri fizikal kulit kombinasi ini adalah seperti berikut:-
1) Sebahagian daripada kawasan kulit kelihatan amat berkilat
2) Kulit kasar di kawasan yang lain
3) Pori-pori terbuka di sesetengah kawasan, sementara di kawasan yang lainnya pori-pori tertutup.
Mekap yang di gunakan pada muka tidak boleh bertahan lama. Memerlukan penggunaan semula yang kerap. Mekap kelihatan bertompok-tompok.
Sila kenal pasti jenis kulit anda terlebih dahulu dan dapatkan set penjagaan kulit yang bersesuaian sebelum membuat pemilihan sebarang produk skincare atau kosmetik.
Sumber : SINI