Monday, May 27, 2013

Cara Mudah Kenalpasti Jenis Kulit

Assalamualaikum?


    Tiada angin tiada ribut, tiba tiba aku cerita pasal "Cara Mudah kenalpasti Jenis Kulit" . Okay maybe sebab aku perempuan , memang setiap wanita akan ada satu folder dalam otak mereka cerita tentang kecantikan. Sila mengaku cepat. hihi . walaupun ucapan pembukaan entri aku hari ni macam kehausan idea , sila abaikan kemerepekan di atas . Jom baca pendahuluan yang betul., ohmybahasamelayu juga pun ni.

   Tahukan anda?, pemilihan jenis kosmetik, penggunaan skincare serta rawatan kulit yang berkesan adalah sangat bergantung kepada jenis  kulit yang anda miliki. Apabila anda tersalah di dalam membuat pemilihan produk skincare atau kosmetik yang tidak bersesuaian dengan jenis kulit, ianya samada akan mengundang lebih banyak masalah atau produk yang digunakan tidak dapat memberi kesan yang sebaiknya.

Secara ringkasnya, ada terdapat 4 jenis kulit yang biasa ditemui, jenis-jenis kulit ini adalah seperti berikut:-

1) Kulit Kering
2) Kulit Berminyak
3) Kulit Biasa
4) Kulit Kombinasi berminyak dan kering.

1) KULIT KERING

Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, mereka akan mendapati permukaan kulit adalah kurang berminyak akibat dari aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang kurang.
Pada kebiasaannya, kulit berasa seperti tegang apabila di cuci dengan air. Kadang kala kulit akan terasa perit/sakit.

Ciri-ciri fizikal kulit kering adalah:-
a) Kulit tidak berkilat
b) Pori-pori yang tidak begitu kelihatan
c) Tompok-tompok kulit yang kasar

Mekap yang di gunakan pada muka boleh bertahan dengan agak lama.

2) KULIT BERMINYAK

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, mereka akan mendapati permukaan kulit yang sentiasa berminyak akibat dari aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang tinggi.
Pada kebiasaannya, kulit tidak berasa tegang dan memerlukan pencucian yang kerap untuk terasa bersih.

Ciri-ciri fizikal kulit kering adalah:-
a) Kulit berkilat.
b) Pori-pori yang terbuka.
c) Terdapat banyak 'black head'
d) Kulit tebal

Mekap yang di gunakan pada muka yang memiliki kulit berminyak pada kebiasaannya tidak boleh bertahan lama dan memerlukan penggunaan yang kerap.

3) KULIT BIASA

Kulit biasa pada kebiasaannya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak kerana aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang seimbang di seluruh permukaan kulit.
Bagi mereka yang mempunyai kulit biasa, kebiasaannya tiada menghadapi sebarang masalah penjagaan. Kadang kala kulit muka akan terasa tegang ketika cuaca sejuk.

Ciri-ciri fizikal kulit biasa adalah:-
1) Pori-pori akan kelihatan di ZON-T
2) Bahagian tepi muka mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat

Mekap yang di gunakan pada muka bertahan agak lama. Kadang kala perlu di gunakan semula.

4) KULIT KOMBINASI BERMINYAK & KERING

Kulit jenis kombinasi ini akan mengalami keadaan yang tidak sekata iaitu terdapat kawasan yang kering dan juga berminyak di permukaan kulit.
Secara amnya, jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi ini akan merasai sebahagian dari kulit terasa tegang, tetapi sebahagian yang lainnya tidak.

Ciri-ciri fizikal kulit kombinasi ini adalah seperti berikut:-
1) Sebahagian daripada kawasan kulit kelihatan amat berkilat
2) Kulit kasar di kawasan yang lain
3) Pori-pori terbuka di sesetengah kawasan, sementara di kawasan yang lainnya pori-pori tertutup.

Mekap yang di gunakan pada muka tidak boleh bertahan lama. Memerlukan penggunaan semula yang kerap. Mekap kelihatan bertompok-tompok.


Sila kenal pasti jenis kulit anda terlebih dahulu dan dapatkan set penjagaan kulit yang bersesuaian sebelum membuat pemilihan sebarang produk skincare atau kosmetik.

Sumber : SINI

Saturday, May 25, 2013

Apa Running man ? Kenapa aku suka RM ?

Hai and Hai ?

  
    Hah' , hari ini , di mana yang aku cakap dekat entri aku sebelum ni, aku akan cakap cakap popek popek pasal Running Man kan, dan AMARAN bagi yang anti dengan kpop kpop nih, please sedia sedia plastik sampah, kalau tidak cukup sila bawah sekali dengan tong tong sampah yang berdekatan dengan anda, senang untuk memuntahkan diri. hihi *Maaf atas sindiran tahad dewa.

    Mengikut kamus wikipedia/ google , running man is :

"Running Man (Korean런닝맨) is a South Korean variety show; a part of SBS's Good Sunday lineup, along with Barefooted Friends. It was first aired on July 11, 2010. This show is classified as an "urban action variety"; a never-before-seen new genre of variety shows.[1] The MCs and guests complete missions in a landmark to win the race.[2] It has garnered attention as being the come-back program for Yu Jae-suk, the main MC of the program, after leaving Good Sunday'Family Outing in February 2010.[3] Airing at the 5 pm KST time slot for most of its run, Running Man switched to the second part of Good Sunday (which happened May 22 and May 29, 2011 with Kim Yu-na's Kiss and Cry but was quickly switched back due to low ratings) beginning May 6, 2012, airing after Kim Byung-man's Law of the Jungle 2 at 6:10 pm and airing against KBS2 Happy Sunday's 1 Night 2 Days Season 2 and MBC Sunday Night's I Am a Singer 2.[4] " Sumber : wikipedia

   Kalau mengikut kamus brain/kepala akal aku, running man ni, tempat kalau aku mau menangis aku terus tengok benda nih, memang kalau kamu faham , betul aku cakap ketawa tahap orang beranak lah engkau. wak cakap lu . And one more thing, running man bukan lah ke kpop pan betul, okay aku soal kau satu soalan . kau takrifkan Kpop nih macam mana sebenarnya? kpop = plastik ? control macho? trip cute? or what? . okay itu istilah yang terlintas dekat kepala aku lah. Tapi kalau kamu tengok Running man nih, aku rasa hilang semua benda tekrifan tu. sebab, 100% gaya artis korea dekat kaca tv kamu VS gaya dorang dekat running man berubah beb . 100% tulus mulus. aku rasa teruk lagi gaya dorang dari kita. tapi , natural lah kan, x lah juga control bagai. serius dorang buat show nih, tanpa skrip, ulang suara tanpa skrip. And lagi satu, running man punya GAME semua best best + kretif + new one = make me laugh 
    Okay aku mau bongkar satu rahsia , memang bukan rahsia sudah nih, dulu hihihihihi, aku memang peng ANTI KPOP, apa sahaja yang berkaitan dengan korea , aku hate hate gila. tapi lepas aku join abang aku tengok running man nih. hah' ambik kau. lima hari lima malam tanpa henti aku tengok benda alah nih seja. aku rasa orang yang tengok running man ni pun  rasa benda yang aku rasa, baik mengaku. Kan sudah kena karmaaa, hah' karmaaa . haha. Sekarang memang lah kamu cakap :

"apa lah kau tergila dengan RM tu "  

"RM RM Ringgit malaysia erk ? " 

"orang gila seja tengok running man tu " 

" aku tak minta korea , sorry " 

"tak masuk akal langsung"

" aku tak paham apa dia cakap, anyosayor, kamsamnida, apa kebende? "

      Tapi lepas kamu tengok, and Faham yerr, baru kamu tau macam mana best nya running man ni, memang lah kamu tidak paham apa dia cakap, Kan sub tittle English kan ada, kalau tidak paham pun Bahasa Melayu pun ada, pilih saja, kalau BM pun x pass, aku sarankan pi masuk tadika balik. Haha, Jom tengok antara gambar gambar running man.

kwang soo and ji suk jin 
easy brother.



ji suk jin.

baru bangun, mana kau cari artis baru bangun berus gigi pun belum.

they don even care about their image


satu satunya perempuan dalam running man, song ji hyo

cute jihyo

monday couple . gary and ji hyo

family running man.

Song Jihyo, sleeping beuty


she never care about her image, this why i like he


pernah nampak model tidur, hah' ini dia.



Lee Kwang Soo
 he is kind of annoying but it wouldn't be runningman without him 


     Okay ini antara gambar yang aku seludup dari mr google, I love running man, mereka Ohsem . no control control maa. And next entri aku akan bagi nampak terang terang identiti dorang masing masing, mula mula aku pun tidak pecaya, ada diantara dorang ni model , sebab tengok dari gaya dorang dekat sini, memang tiada contro montrol, luah habis reaksi muka dorang. kau ambil gambar dorang masa tidur kah , tiada lah dorang kesah sana tuh. that why i'm falling in love with them.

Nota kaki : Kan aku sudah cakap bawa lah sedia sedia tong sampah. kan sudah termuntah tuh, mop balik ar, kotor sudah blog aku.  Lepas nih , kalau singgah blog aku jangan lupa bwa plastik ar. hahaahaha . panjangkan entri aku. 

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala