Tuesday, May 21, 2013

Eina Nak Saman Ibu Kekasihnya, Dakwa Wanita Itu Kurang Siuman!





SUSULAN kontroversi tiga penjuru yang menimpa pelakon, Eina Azman dengan ibu kepada pelakon, Afiq Muiz dan pelakon lelaki terbabit, Eina hari ini menegaskan untuk menyaman Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Minggu lalu, Eina memberikan tempoh selama tujuh hari kepada ibu Afiq untuk meminta maaf kepadanya secara terbuka selepas didakwa menyebarkan fitnah ke atas dirinya.
Ketika ditanya soal penerimaan Afiq terhadap hasratnya untuk menyaman Hasliza, pelakon Mimpi Cinderella itu mengakui tidak mendapat tentangan dari Afiq.
“Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh.
“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut…sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini,
Menegaskan mempunyai bukti terhadap ‘serangan’ dari pihak Hasliza, Eina tetap meneruskan hasrat untuk menyaman wanita berusia 48 tahun itu.
“Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah,” katanya.
Eina yang dikaitkan dengan kisah Hasliza yang mendakwa Afiq Muiz sebagai anak derhaka, menyifatkan kontroversi tersebut sebagai murahan.
“Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina?
“Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah kontroversi murahan yang meminta simpati,” katanya. – Sinar Harian Online

Nota kaki : nih artis mau makan kaki kah betis ?
Sumber : SINI


Terima keputusan.

Assalamualaikum?

       Hari ini, aku dengan secara tiba tiba rajin mendatangkan diri ke sekolah dengan alasan aku mau tau berapa markah exam aku yang hari tuh seja, pasal aku tau mesti cikgu datang kelas x mengajar punya. Aku target sekarang nih, mesti lulus BM dengan Sejarah lah. sebab , kalau lulus semua pun kalau sejarah atau Bahasa melayu tu gagal , sama juga cerita dia, gagal is gagal. So , Setibanya cikgu cikgu aku yang berhati suci lagi murni itu ke kelas, kami pun mengekori beliau dari belakang. *okay ini tipu .
     Dengan muka yang tidak tahu malunya tambah tambah dengan ekisted gilak, kami pun tanya apa keputusan yang kami dapat, tengok punya tengok punya tengok lagi. sila tunggu selepas cuti, nescaya keputusan akan berada di tangan kamu. T______T . Hati hancur berderai. The End.


ahhh, Apa? tunggu lepas sikula. cilaka.


Nota kaki : Sebenarnya, cerita di atas adalah rekaan semata mata untuk megisi blog yang cantik lagi bersih ini. :D

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala