Monday, December 10, 2012

Lemah Matematik ? Makanlah Coklat.

Assalamualaikum?

gambar dirompak dari encik google.

  Tiba tiba hari ini mood baca majalah Remix . Skodeng punya skodeng, ternampaklah satu tajuk yang membuatkan diri ini begitu gembira, iaitu "Lemah Matematik ? Makanlah Coklat" . Ayat dalam majalah pun ringkas dan padat, jadi rajinlah aku baca semua. 
   Bagi yang kurang dalam pelajaran kira mengira ini. mohon cuba tips ini , in syah allah berkesan. Dalam Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari universiti Northumbria mendapati bahawasanya mereka yang memakan coklat mempunyai kemampuan otak yang lebih cekap dalam menjalanankan pengiraan.
    Kajian yang diketuai oleh Prof. David Kennedy itu melibatkan 30 orang responden . mereka diminta menyelesaikan tugasan tapi sebelum tu mereka diberikan menuman coklat panas. Hasilnya , responden berjaya menyelesaikan tugasan dengan cepat dan tepat . Ini adalah salah satu bukti yang menyatakan coklat dapat mengatasi masalah lemah dapat pelajaran kira kira.


Nota kaki : ini hanya untuk yang lemah matematik, jadi kepada yang malas itu , kamu makan banyak banyak pun tidak ada kejadian di situ. yang penting rajin dan ada minat.

Sunday, December 9, 2012

Update Keputusan : Malaysia vs Thailand Separuh Akhir Piala AFF Suzuki

Assalamualaikum?

Gambar dirompak di SINI.

   Dengan ini di maklumkan bahawasanya Harimau malaya akan berlawan dengan Sang Gajah pada Jam 8 malam hari ini, hanya ada tinggal beberapa minit lagi pertandingan akan di mulakan. Oleh itu Mari lah kita ramai ramai memberi sokongan yang baik baik untuk pemain Harimau malaya. Tolong jangan ada yang jatuhkan semangat juang encik Harimau. Kalah menang adat permainan . jadi di minta semua rakyat malaysia menyokong harimau malay , tidak kita tua , muda, janda, duda, bujang, single, couple dan yang sama waktu dengannya.
    Bagi sesiapa yang sudi letakkan banner harimau malaya di blog anda sila terjah Blog Denaihati . jom Bagi semangat semangat semangat. 

Pusingan Pertama

Philippines vs Singapore : 0 – 0

Malaysia vs Thailand pada 9/12/12 jam 8.00 pm waktu Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Harga tiket RM40.

Pusingan Kedua

Singapore vs Philippines pada 12/12/12 jam 7.30 pm waktu Singapore di Stadium Jalan Besar.

Thailand vs Malaysia pada 13/12/12 jam 8.20 waktu Malaysia di Stadium Supachalasai.




Maaf Khairul Fahmi, wa sudah jatuh hati dengan Farizal Marlias. ahaks. 


Nota kaki : Maaf . Berblogwalking tergendal buat seketika. bagi laluan kepada bola dulu.


UPDATE !

Keputusan Penuh Malaysia vs Thailand Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 

Malaysia 1-1 Thailand

Jaringan goal malaysia Norsyahrul Idhan/Mat Yo.


Ayoyoyoyoy . Harimau Boleh !


CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala