Tuesday, January 28, 2014

When I Miss Someone


Hai Hai Hai Hai .



Bila aku rindu dengan kawan aku , eh kawan , eh kawan. aku akan rindu laaa, apa lagi.

Aku Tengok gambar dorang satu satu, aku ingat balik apa jenayah dorang buat dengan aku, aku ingat balik apa jenayah aku buat dengan dorang, baru aku ketawa sendiri.

Aku buka facebook, tengok apa status dorang, aku tengok wechat dorang , aku tengok twitter dorang . ohhh syukur, masih hidup lagi pula penjenayah nih. baru aku terasa rindu balik.

Aku tengok segala video penjenayah ni rakam dulu. ohh rupanya banyak kenangan kami berbuat jenayah dulu. baru aku rasa mau buat jenayah balik.





Our Relationship , it's like
"Cubit Peha kanan Peha kiri terasa sakit, cubit pipi buaya pipi naga pun terasa "

Hope uolls jadi penjenaya yang berjaya. :')


Monday, January 27, 2014

Bangun Pagi

Assalamualaikum?


        Aku bangun pagi . Tengok cermin . Rupa macam Mak Jemah pun ada. Aku angkat kaki dan bangun menuju ke tandas. buat hal sendiri. Aku keluar dari tandas. Aku cuci muka . Mama Bapa panggil, suru urus pakaian adik . Pakaikan baju sekolah dia. Sesudah halau adik ke sekolah . Aku masuk rumah. Tengok kiri kanan, dan tengok ke kiri kanan balik. Setelah 'Line Clear' . aku On suis . Aku on Internet alias Wifi . Aku buka Laptop . Aku buka Google Chrome . Typing..... Facebook . click game Tertris. Click New Tab. Typing... Blogger.com . Look Post. Dan Publish Entri yang di buat semalam . Akhirnya aku pun Berblog walking.

Inilah rutin harian budak penganggur seperti aku. anda pula bagaimana? Hihi

#AJL28 [TWITTER VERSION]

Assalamualaikum?


Tahniah Hafiz Suip!

Jom terjah , apa kata Pak Din dan Mak Jemah dekat twitter.








ZahidAF & mustapha


twitter dato siti nurhaliza & Nur fazura


Twitter Pak Nil yang tak boleh blah. hahahahaha.  Baru aku perasaan . sama lah. hahahaha Ahmad Kassan + Uncle Hyper Act.


Keputusan penuh:

1. Juara - Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
2. Naib Juara – Hanya Aku (Hyper Act)
3. Tempat Ketiga - Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
4. Vokal Terbaik – Jacyln Victor (Ikut Rentakku)
5. Persembahan Terbaik – Hafiz (Bahagiamu Deritaku)

For those yang menang AJL28 malam nih , setinggi tinggi tahniah di ucap kan.

Sunday, January 26, 2014

Petua Isteri Sentiasa Cantik

Assalamualaikum?

Oppss, sorry para penonton . Aku belum kahwin lagi. masih berdarah muda lagi. Di sini aku kongsikan apa yang aku terbaca waktu berjalan jalan pusing ulang alik ke facebook tadi. apa salahnya kongsi benda yang kita baca kan kan .

PETUA ISTERI SENTIASA CANTIK:

klik untuk tumbesaran.

Ini petua bukan untuk golongan isteri sahaja. boleh juga di amalkan oleh kaum kaum hawa di luar sana.Belum cuba belum tahu. oleh itu, selamat mencuba. hehe :)


Sharing is caring. Aku caring orangnya. hihihihi :)

Saturday, January 25, 2014

Wanita Perlu Lebih Masa Tidur

Assalamualaikum?

Okeyy. jalan jalan ke kedai Pak Din tadi, terbaca pulak akhbar yang bertajuk "Wanita Perlu Lebih Tidur". Jom kita baca dulu yerr


Otak Lakukan Banyak Tuga Pada Siang Hari Ambil Masa Pulih. Ohh itu sebabnya. teruk juga risiko kalau lambat tidur nih. oleh itu para wanita di luar sana lebih lebih yang berkerja siang malam, baiklah kita tidur awal untuk pulihkan balik otak kita yang penat nih, agar tidak lah kita dapat serangan jantung. sekian dari kak ton.

Sharing si caring. Saya caring orangnya. muahahaha 

Sunday, January 19, 2014

BLOGWALKING TIME

Assalamualaikum?

Cr : TianChad

           Okeyy. Adakah anda nampak bayangan Lee Kwang Soo sedang ber Blogwalking disana. Ohh Right , abaikan.malam nih , esok ,esok, esok, esok dan esok ini aku akan berblogwalking mencari dan mengomen di blog blog yang aku jumpa sebanyak mungkin. maybe . hewhew :) and For those yang ber ke baruan masuk di blog aku. di ucap kan selamat datang. hehe . kalau satu orang pun tiada balas. apa kan daya. suda nasib badan. hihihihi

Noted : mana tau jumpa orang kampung di blog. hohoho

Thursday, January 16, 2014

Wednesday, January 15, 2014

Jep Sepahtu Dilamar Peminat?

PETALING JAYA: Pelawak Jepp daripada kumpulan Sepahtu menceritakan pengalaman dia pernah dilamar peminat untuk dijadikan suami.



Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, kebanyakan mereka melamarnya menerusi laman sosial Twitter dan aplikasi Wechat tetapi dia tidak membalas permintaan itu semata-mata mahu menjaga hati mereka.

"Kalau saya cakap, orang kata syok sendiri pula. Tetapi ada la beberapa peminat yang nak jadikan saya sebagai suami mereka.

"Terkejut juga, tetapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri tidak membalas mesej mereka supaya tiada sesiapa yang berkecil hati. Kalau boleh, saya harap sangat agar tidak melukakan hati sesiapa pun," katanya kepada mStar Online.


Bagaimanapun, dalam menjaga perasaan orang sekeliling, Jepp turut meluahkan rasa kesal apabila membaca satu laporan akhbar menerusi ruangan pojok yang melaporkan dia mula bangga diri dengan kejayaannya dan sering melukakan hati ahli-ahli kumpulannya iaitu Shuib dan Rahman.
Kata Jepp, laporan itu benar-benar mengaibkan dirinya kerana dia bukanlah jenis lelaki yang suka melukakan hati rakan-rakan.

"Saya agak terkejut dan terkilan apabila keluar pula gosip yang mengatakan saya sudah mula bangga diri dan pada masa sama memperkecilkan hati ahli-ahli kumpulan saya.

"Tanyalah mereka, adakah saya seorang yang begitu seperti digambarkan dalam oleh ruangan pojok berkenaan? "Kalau saya bagi penjelasan, ia dilihat seperti saya sengaja ingin kaburkan mata orang ramai dengan mempertahankan diri saya. Apa-apa pun ia satu fitnah terhadap saya kerana saya bukan jenis lelaki sebegitu. Ya, memang saya suka bergurau kasar, tetapi hanya dengan teman-teman rapat sahaja," tegasnya.
Sementara itu, Jepp bersama Sepahtu sedang giat membuat persiapan menerusi program Maharaja Lawak Mega 2014 bagi episod minggu ke sepuluh Jumaat ini.

Ia akan bersiaran langsung menerusi saluran Astro Warna pada pukul 10 malam
-mstar

Hope Sepahtu ada harapan Jadi juara Maharaja Lawak Mega 2014 :)

Cc : http://ping.busuk.org/v/470873/jep-sepahtu-dilamar-peminat.html
Cc: http://hanyadiajepsepahtu.blogspot.com/ (gambar)

WW : True Story




HEWHEW

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul // Mari Hidupkan Sunnah

Assalamualaikum?

Sempena Maulidur Rasul 

Jom kita perbanyak kan berselawat ke atas Nabi kita ya teman.teman Islam ku √ اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد. ツ


gambar Cr: Page  ERA FM & ERA TV
Marilah kita bersama sama menghidupkan sunnah Rasul.

EMPAT HAL SEBELUM TIDUR Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah : “Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“ Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrohmaan irrohiim, ‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahussomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “ 

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “ “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa Muhammad wa’alaa aaliihi Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau “ Astaghfirullaahal aziim allazii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar" ( 3x )

PENTING! Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Sedekah Jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.... آمِيّنْ...:


##

serba sedikit kongsian tentang pergorbanan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W

~tahukah anda, Rasulullah S.A.W pernah dicaci dihina ketika menyebarkan islam di bumi Makkah
~ketika anda sedang lena tidur ingatkah kamu bahawa, Rasulullah pernah tidur di luar rumah ketika berdakwah sehingga lewat malam
~ingatkah lagi bahawa Rasulullah memohon kepada Allah supaya ditangguhkan azab buat umatnya tidak seperti kaum nabi-nabi sebelumnya yang Allah binasakan.
~hujung nyawa baginda, ketika sakratul maut pun, Rasulullah S.A.W ingat umatnya.

sejahteralah nabi Muhammad S.A.W 

selawatlah ke atas nabi 


##


Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :

"Barangsiapa berselawat kepadaku disisi kuburku maka aku mendengarnya,
barangsiapa berselawat kepadaku darijauh, maka selawat itu diserahkan oleh
seorang malaikat yang menyampaikankepadaku dan ia dicukupi urusan
keduniaan dan keakhiratan dan akusebagai saksi dan pembela
baginya." (Hadis Riwayat Al Baihaqidan Al Khatib)



ASAL USUL SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (KLIK)

CR : FacebookUser :)

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala