Wednesday, February 19, 2014

Zizan Razak Rancang Nikah Emma Maembong Tahun Ini

zizan Razak, emma maembong, Pernikahan 

Banyak betul gosip sana , gosip sini  pasal pasangan sejoli Zizan Razak dan emma maembong nih. Tapi dengar cerita dari media Zizan rancang untuk untuk nikah pada tahun ini. Harap cepat lah jodoh dorang.

Namun apabila ditanya bilakah akan mengahwini Emma, Zizan berkata menerusi Berita Harian:-
"Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahun ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini."

Noted : Ingat yaa apa Zizan cakap,  dia cuma merancang. kalau ada jodoh takkan kemana. so para peminat Zizan Razak, tolong jangan banyak soal tentang pernikahan dorang bila. kita hanya mampu merancang sahaja. yang ikhlas peminat Jozan. hihi

Tuesday, February 18, 2014

Budak 4 Tahun Di Jumpai bersendirian merentasi padang pasir

Assalamualaikum?

Syria, little boy, 4 year



Seorang budak lelaki berusia 4 tahun ditemui para sukarelawan UN berjalan berseorangan melintasi padang pasir. Dia dipercayai terpisah daripada keluarganya sewaktu cuba keluar dari Syria menuju ke Jordan untuk meneruskan hidup sambil membawa bungkusan yang tingginya hampir separuh badannya. 

Alhamdulillah, dia kini telah selamat berada di sisi keluarganya. Cuba bayangkan perasaannya terpisah daripada keluarganya, dan bergelut dengan kehausan, kelaparan, dan ketakutan berseorangan.





Teringat sejenak kisah Nabi Yusuf AS yang terkenal dengan kisah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, yang akhirnya, ditakdirnya Allah menjadi kepala bendahara negara Mesir. 

Sungguh, ujian itu terjadi untuk membentuk kita mempunyai jati diri yang kuat!

Cr: Blog

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala