Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts

Wednesday, January 31, 2018

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI



CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

Assalamualaikum?

Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbih kehulur-kehilir, disini ada cara untuk kita berzikir. Tangan kita , jari jemari kita bukan sahaja digunakan untuk  makan mahupun untuk bermain mobile lagends. Ia juga berfungsi untuk kita jadikan dia sebagai pengganti tasbih. So tiada alasan untuk kita tidak berbuat sedemikian. Itu sahaja perkongsian hasil pembacaan saya di twitter hari ini. Terima kasih, selamat mencuba.

Abdullah bin 'Amr berkata:

"Saya melihat Rasullah SAW menghitung tasbih dengan melipatkan jari-jari menggunakan tangan kananya". 

-Diriwayatkan oleh Abu Daud (1/23)


Sunday, November 15, 2015

TEPI 7ELEVEN


Kita mulakan dengan HAHAHAHAHA senang buat duit, kau ingat senang mau cari kedai ber-nama-kan unik macam ni, susahh kau jah. Rasa bangga sikit jadi rakyat malaysia, sebab rakyat rakyatnya kreatif sungguh, sungguh ku tak percaya. Heeee, Berkemungkinan besar pada tahun 2020 kedai kedai seperti "Belakang 7E" , "Dihadapan 7E", "Diatas 7E" dan yang sama waktu dengannya akan wujud tidak lama lagi. Mari la sama-sama kita majukan 7Eleven untuk negara !

Sunday, November 8, 2015

KAU TAHU MALAS TU APA?


Malas? kau tahukan malas bermalasan tu bahaya, sebab malas kita jadi pemalas malas belajar, tiadalah ilmu, tiada ilmu , so tiadalah kerja, kau takada kerja macam mana mau ada duit, tiada duit kau tak dapat beli makanan, tiada makanan kau akan lapar, bila lapar, kau kan sakit, bila kau sakit berpanjangan, kau akan mati. perghh dasyat sungguh huraian malas kali ini. HAHAHAHA  kau akan tahu erti "MALAS" bila kau kenal erti dunia sebenar, macam mana keadaan alam realiti sebenar. H-m-m-m-m-m bunyinya hmmmm. Entri ni bukan mahu mengajak kau orang malas berjemaah, agak agak lah, mak aku pun marah kalau aku malas. Hehehehehe

Sahaja aku update entri sebegini, kerana aku rasa malas berpanjangan hari ini. i kennot think la. rasa malas gila buat semua benda. belajar malas, shopping malas, main game malas, mandi malas, duduk baring terlentang terdampar terkasima semua ter pun aku malas. rasa macam tiada motif pula entri ni, mohon jangan bash patik, sebab patik langsung tiada idea untuk dipaparkan. okay dah Sekian untuk entri Malas Hari ini. Malas kan, mau buat macam mana lagi? Mari lah kita tembak owner blog ini bersama-sama Heeeeeeeeeeee

Kata kata akhir entri ini. Jauhilah MALAS , ingatlah orang yang tersayang :)

Monday, November 2, 2015

MENGARUT KEMBALI

Hello gaiss, berkemungkinan besar aku akan aktif balik  mengarut dalam blog ni, aku akan jejak semula askar askar aku yang pernah tinggalkan komen dalam blog aku ni, walaupun macam tiada ja yang tinggalkan HAHAHAHA sedih. 
keatktifan aku tahun ni, kemungkinan hari jumaat , sabtu ahad saja aku ada masa untuk mengarut dalam blog ni. kalau ada masa ter;uang nnti aku jejak balik tapak kaki u gaiss. Jika sudi mohon tinggalkan jejak, tu pun kalau ada lah manusia yang masih berupaya singgah dalam blog aku ni. *lagu sedih. 
Buat yang baru terjumpa blog aku ni, selamat datang, mohon jgn termuntah dengan post post aku sebelum ni, nanti ada masa cuti aku jejak balik jejak anda hewhewhew
Sebagai student yang rajin lagi pemalas. aku akan try hard untuk aktif dan aktif semula ke alam ini. Kalau aku tidak pandai aktif-aktif mohon bagi sepakan penalti dekat aku sikit, supaya sedorr diri. Huh, okayy then, i blah dulu. jumpa jumaat depan :)

Monday, November 3, 2014

KEHILANGAN JEJAK [ CERITA BENAR ]

 
 

Di Sini aku ingin membuat pengakuan. JENG JENG JENG . . . . .

Sekian lama aku tidak berblog, aku sedih , hampa , pilu ,kecewa , merana , menangis, aku lapar , aku makan. Ehh, Semuanya disebabkan aku sudah sambung ke-study-an aku, di sebuah kolej, yang di beri nama SAITO COLLEGE , mungkin ramai yang kurang pasti di mana letaknya college ini, tidak mungkin ia berada di JEPUN, kalau yaa pun, apa salahnya. Hohohoho.

Berbalik kepada Tajuk utama kita, KEHILANGAN JEJAK . Kali ini, tajuk kita membawa maksud, kemana kah aku menghilang, walaupun banyak yang tidak ambik peduli, aku tetap juga mau cerita,, walaupun kau cakap "Aiman tak kesah" sekalipun, aku tetap mau cerita.

Sebenarnya, waktu aku di PLKN Hari yang ke 11 , aku mendapat panggilan dari Puan Mulia A.K.A Mama aku. Perbualan kami lebih kurang begini:

Mama : Hello nak,
Aku : Ya mak?
Mama : Minggu Depan kau keluar PLKN ahh, Mama sudah kasi daftar kau masuk Kolej.
Aku : Alaaaaa, kenapa awal betul, bahagia sudah aku disini .
Mama : Kau bilang , kau mau keluarkan hari tu kan?
Aku : Alaaa itu duluuu. aku yang dulu , bukan lah yang sekarang *ok, yang ini aku tambah.
Mama : Bha, apa bole buat (Mama bagi henpon dengan bapa)
Bapa : (Perbualan aku dengan bapa yang menyuruh anaknya keluar PLKN masuk ke kolej)

Pada pengakhiran perbualan anak beranak ini , aku terpaksa menyerah kalah, dan keluar PLKN, masuk college, di Selangor. Agak kecewa sedikit lah, terpaksa meninggalkan PLKN . At last, aku masuk kolej, dan di pendekan cerita , aku menjalani hari hari tanpa wifi laju di kolej, dan proses berbloging aku pun tergendala dengan tidak di sengajakan.

Kesimpulannya disini, dalam perbincangan housemate aku, kemungkinan besar, kami akan sambung wifi di hostel, dan berkemungkinan besar lagi, aku akan update blog seperti blogger yang dulu .

TRAGISKAN CERITA AKU. LAIN KALI AKU BUAT CERITA LEBIH TRAGIS LAGI OKAY, OKAY THEN, ASSALAMUALAIKUM ?  

Terima kasih buat pembaca blog aku ini, in syah allah, kalau sudah dapat berblog, akan ku jejak blog mu. Hohohohoho.


Whatever it is, Aku still happy. yahooo!

Xoxo BatuNisan :)
 
 

Tuesday, April 22, 2014

Friday, April 18, 2014

Tuesday, April 8, 2014

Bila Pelajar Berbaik Hati Dengan Cikgu



Niat bukan untuk kurang ajar, Tetapi, kami sekelas tidak sampai hati ingin melihat cikgu cikgu kami yang tercinta penat mengajar . Heee . Bukan student lah kalau takpernah buat. Lol.

Sunday, April 6, 2014

Kadang Kadang Ayat Lelaki Lebih di percayai



Kadang kadang ayat lelaki lebih kita percaya daripada perempuan, lebih lebih lagi perempuan yang mengata itu jenis yang cepat jelous, but , bila lelaki yang berkatakata dengan muka serius. ohhh ohhh ohhh . So what say you? 

AutoPublish

Sorry , I Dekat PLKN Sekarang ni.

Saturday, April 5, 2014

Sunday, March 30, 2014

Terima Kasih Wifi




Di ucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada Wifi kerana Terpotong setengah jalan. Muahahahahaha Macam tau tau ba pulak wifi nih aku mau meninggalkan dirinya ke PLKN suda. Hoho. Ada beberapa hari lagi aku akan menjejakkan kaki ke Persada PLKN. Di situ jugalah pun wifi ni dipotong, kenapa lah tidak dia potong lepas aku jalan. huahuahua. Nasib baik lah ada internet data , bole juga update blog walaupun slow gila gila.

But, Terima kasih buat para Pengunjung blog ku, sebab sudi juga singgah blog yang bakal bakal usang bulan bulan bulan depan ini. Maybe aku akan buat entri autopublish supaya tidak lah juga sunyi betul Blog nih. tidak juga usang usang betul. Nanti i try balas jejak u'olls yerr.  i love you . xoxo sasa :D

Sunday, March 23, 2014

Fynn Jamal on adoption and how Malaysia helped save her baby





Mula mula aku kenal Fynn Jamal nih , waktu dia masuk "Keynote " ka tidak silap aku. lagu dia yang aku suka,  150 Juta . And baru baru nih aku ada dengar lagu Arjuna Beta, i'm totally in love with this song, dan baru aku tahu, itu lagu dia, hahahahaha what so kuno lah aku nih, And you know what, lagu nih dia buat khas untuk anak angkat dia .
So , di sebabkan lama gila gila aku tidak men search kan nama dia di youtube, so aku search lah and ternampak lah pulak video yang ini "Fynn Jamal on adoption and how Malaysia helped save her baby " .I'm so proud of you lah Fynn Jamal Pluss Respect satuu. Jom dengar sikit video nih :)

Juna, Fynn jamal


"Who are we to blame anyone about everything? Things happened for a reason..." 
-Fynn Jamal. 

Cr: Fynn Jamal Insta :')

Saturday, March 22, 2014

Anda Faham cerita ini?



Anda Faham cerita ini?
Kisah Benar Zaman sekarang
Niat bukan untuk menyindir,
Paham paham sendiri lah. hehe .

Saturday, March 15, 2014

Petua Elakkan Hati Wanita Bersedih





Petua Petua Ustaz Azhar Idrus semuanya simple dan bernas, tapi se simple simple petua atau ayat ayat ustaz azhar ini, semuanya susah untuk di lakukan. Contohnya Petua Elakkan Hati Wanita Bersedih, jawapannya "Hanya Lelaki Sejati yang mampu menjadi penawarnya" simple tapi susah. Right? Haha. okbye.

Saturday, March 1, 2014

Keyword : Jep Sepahtu Tunang Orang

Jep Sepahtu Bertunang

Keyword Jep Sepahtu Bertunang nih semakin Femes/meningkat di carta blog aku . Pecaya atau tidak tengok gambar di bawah nih, nih aku Printscreen dari Nuffnang dengan Blog aku.

tunang Jep, Jep Sepahtu
klik untuk lebih jelas
 Keyword Blog:

jep sepahtu tunang
tunang jep sepahtu
jep sepah tunang
jep bertunang
jep sepah bertunang
jep sepahtu bertunang
gambar tunang jep
jep sepahtu dan tunang
jep sepahtu tunang ??

gambar tunang Jep, Jep sepahtu bertunang
Keyword Nuffnang :

jep bertunang
jep sepahtu bertunang
jep sepah bertunang

Mengikut analisis aku sendiri, ramai yang cemas bila keluar artikel pasal Pertunang Jep Sepahtu nih, jangan risau wahai tuan tuan dan puan puan sekalian. Jep sepahtu suda membuat pengakuan bahawa beliau melalui instagramnya yang dia belum lagi bertunang. masih belum Percaya ? Klik SINI . Di artikel tu, semua suda ada penerangan yang jelas tentang status Jep Sepah.


Kalau mau baca banyak lagi tentang Jep Sepah ini, boleh lah klik link link di bawah nih :)

Jep Sepahtu Tunang Orang ?

Perang Dingin Jep dan Shahrol, Ajak Tak Nafikan Atau Iyakan

Persamaan Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro

Jep Sepahtu Ada Kembar ?

Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak

NotaKaki :Sekali sekala promote link sendiri , tidak apa bah kan ? Heheheheh Lagi pun i peminat Jep Sepahtu dan Shahrol shiro. Hee *apakaitan. haha

Saturday, February 22, 2014

MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi


Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam,Siti Hajar Binti Ahmad Sabir
 


Assalamualaikum?



MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi.

Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayati kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama.

~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~

Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya 2 Nov 2013 di Istanbul, Turki.

Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.

Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.

Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.

Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?

Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.

Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.

Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!

"Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal

~Siti Hajar Binti Ahmad Sabir~

Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir . Allahyarhamah adalah seorang pelajar UTEM dan telah pulang ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 dalam usia 20 tahun setelah bertaruh nyawa selama 2 minggu di hospital akibat kemalangan bersama 3 orang sahabatnya . Di bawah ini kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri oleh ibunya iaitu Puan Nuraini Che Mat .

6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.

Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.

Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013 (Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14 Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013 (Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.

Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013 (Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)

Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang, ( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

*Kisah pemuda-pemudi pada jalan Illahi, sedang kita sedang melalui jalan yang bagaimana. Allah.


Cc :KakiNovel

Thursday, February 20, 2014

Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah, A Love Story

Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah , Love story

BUKAN mudah mengahwini insan ternama. Apa saja yang dilakukan pasangan, pasti tempiasnya terkena jua. Namun, bak kata orang, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Mungkin itulah pegangan bekas Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Bersuamikan orang politik, apatah pula suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memegang memegang portfolio tertinggi sebagai orang nombor satu negara, bermakna beliau perlu bersedia berkorban masa dan tenaga.
“Saya fikir, saya mampu memahami kerjaya suami sebagai ahli politik kerana kami sama-sama bermula sebagai doktor. Kerjaya ini (doktor) ada kalanya menyebabkan suami perlu balik lambat, tetapi saya memahami kerana saya juga seorang doktor. Apapun, kita harus percaya dan bertoleransi dengan suami. Jangan cemburu tanpa sebab. Apa yang penting, biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu cari masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dan anak,”katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Dalam hubungan ini, Dr Mahathir akui, meskipun isterinya reda dan tabah mengharungi pelbagai cabaran bersamanya, sebagai suami perasaan bersalah tetap ada, terutama apabila meninggalkan isteri sendirian bersama anak. Antara kenangan tidak dapat dilupakannya apabila beliau dalam dilema terpaksa memilih antara berada di sisi isterinya menyambut kelahiran anak mereka, atau menghadiri sidang Parlimen pertamanya.

“Saya masih ingat lagi satu kejadian pada 1964, ketika itu saya baru memenangi pilihan raya pertama saya. Dia (Dr Siti Hasmah) pula sedang menunggu masa melahirkan Mukhriz. Saya sedang bersiap sedia untuk menghadiri sidang Parlimen saya yang pertama, tiba-tiba air ketuban dia sudah pecah. Tetapi, dia beriya-iya suruh saya pergi juga. Bayangkan ketika itu perjalanan dari kedah ke Kuala Lumpur ambil masa yang lama dan saya hanya dapat melihat mereka (Dr Siti Hasmah dan Mukhriz) selepas dia bersalin. 
“Memang saya rasa bersalah, tetapi kami berpendapat dalam rumah tangga, suami dan isteri perlu saling memahami. Paling penting, kita tidak terlalu mendesak masa untuk bersama, tetapi tidak bermakna sampai tiada masa langsung untuk keluarga,” katanya.
Ini diakui sendiri Dr Siti Hasmah. Sebagai isteri, katanya, beliau memahami sidang berkenaan amat penting bagi suaminya, menyebabkan beliau sendiri menyuruh Dr Mahathir segera berangkat memandangkan perjalanan yang terpaksa dilalui agak jauh.
“Pada tahun pertama saya gagal, dia nak ajar saya fizik secara percuma, jadi rapatlah, ketika itulah saya mula rapat dengannya” – Tun Dr Siti Hasmah.
Beliau meluahkan perasaan beliau kepada Bonda Tun Dr Siti Hasmah dalam hujan …
Mereka pergi ke suatu tempat, kemudian Tun Mahathir menghantar Tun Siti ke stesen bas.
Disitu, Tun Mahathir nampak Tun Siti dalam hujan apabila dia sudah berlalu pergi terus kembali ke Tun Siti Hasmah.
“Why you came back? U are wet!” Tanya Tun Siti Hasmah
“I came back because I love you” balas Tun Dr Mahathir.
Bukan cinta pandang pertama 
MEREKA berkenalan ketika menuntut di Kolej Perubatan King Edward di Singapura pada 1947. DrMahathir mengakui, cinta mereka bukan cinta pandang pertama, namun menjadi rapat kerana sering belajar bersama.
SALING memahami. 
“Dia satu-satunya pelajar wanita Melayu, sebab itulah kot (jatuh hati). Ada enam pelajar lelaki lain, semuanya sentiasa bersedia hendak tolong angkat beg dia. Saya pula dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki, jadi tidak tahu bagaimana hendak ‘tegur’ perempuan. Saya tengok kawan lain tolong angkat beg dia, saya pun buat juga. Tetapi, saya selalu ajar dia (pelajaran), itu yang mungkin membuatkan hubungan kami menjadi rapat,” katanya..
Mereka mendirikan rumah tangga pada usia agak lewat bagi zaman itu, iaitu Dr Mahathir pada usia 30 tahun, manakala Dr Siti Hasmah, 29 tahun.
Dr Siti Hasmah berkata, kelewatan itu disebabkan mereka hanya berkahwin selepas menamatkan pengajian dan housemanship bagi memenuhi permintaan bapanya.
“Ayah saya tahu mengenai hubungan kami itu. Jadi, satu hari dia telefon saya dan kami berbual mengenainya. Dia minta saya berjanji supaya menamatkan pengajian dulu sebelum berkahwin. Suami saya tamat pengajian pada 1953, dan saya pula pada 1955. Setahun kemudian kami berkahwin,” katanya.
Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah
Lumrah bercinta, ada pasang surutnya. Begitu juga dengan perhubungan mereka sebelum berkahwin. Ketika ditanya mengenai cabaran itu, Dr Siti Hasmahtidak menafikan sepanjang persahabatan itu mereka berdepan pelbagai dugaan, tetapi demi janji yang dipegang sejak sekian lama, mereka berjaya melaluinya.
Malah, Dr Mahathir turut mengakui seperti pasangan lain ketiak muda dulu, cemburu tetap ada, terutama apabila melihat Dr Siti Hasmah dengan lelaki lain.
“Ada juga masa berkawan dulu, saya nampak dia berbual dengan lelaki lain, saya cemburu. Begitu juga apabila dia melihat saya bersama wanita lain. Tetapi, lama kelamaan kami faham sebenarnya tidak ada apa yang berlaku. Jadi, perhubungan itu berkekalan,” katanya.
Dr Siti Hasmah akui, sepanjang perkahwinanmereka, beliau sudah masak dengan tumpuan yang diterima suaminya khususnya daripada orang ramai. Malah, sering kali juga beliau terpaksa ke tepi bagi membolehkan orang ramai yang ingin merakam gambar kenangan bersama Dr Mahathir.
“Pernah sekali ketika kami ke Suria KLCC, ada sekumpulan wanita yang terserempak dengan kami berasak-asak hendak mengambil gambar bersama dia (Dr Mahathir) sehingga saya terpaksa bergerak jauh ke tepi. Kebetulan saya terpandang ada pasangan yang ketika itu berada pada tingkat atas melihat senario itu dan mereka ketawa melihat keadaan berkenaan, lalu menjerit ke arah saya ‘tak jealous ke Tun?’. 
“Saya juga ketawa kerana apa yang berlaku itu perkara biasa bagi saya. Tiada cemburu, kerana kami saling memahami,” katanya.
Pastikan perselisihan faham tidak berpanjangan
Melihat pasangan berkenaan yang saling usik mengusik sepanjang wawancara dilakukan, jelas sekali keserasian dan kebahagiaan antara mereka. Kini sudah lebih 50 tahun pasangan bahagia itu melayari bahtera perkahwinan bersama.
Namun, Dr Siti Hasmah akui, seperti pasangan lain, perselisihan faham tetap ada. Bak bait puitis lagu Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa. Begitu jugalah dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.
“Dia selalu komplen, saya lambat (bersiap terutama untuk menghadiri majlis). Kita ni wanita, biasalah banyak barang yang perlu seperti beg dan aksesori yang bersesuaian dengan baju. Jadi itulah yang lewat bila hendak cari yang sesuai. Suami saya pula seorang yang organize. Setiap malam, dia sudah sediakan semua keperluan seperti baju dan kasut untuk keesokan hari. 
“Selain itu, sebagai ibu, kita selalu ada benda yang hendak arah anak sebelum keluar dari rumah, terutama pada waktu malam dan saya juga ada tabiat, mesti tutup lampu bilik sebelum keluar. Jadi, selalu kena marah, masuk kereta masam muka danapabila tiba di majlis tidak bertegur sapa. Namun, akhirnya saya sedar kesilapan yang dilakukan dankami berbaik semula. Tetapi, bagi menyelesaikan masalah ‘lambat’ itu saya suruh dia (Dr Mahathir) yang tutup lampu,” katanya tersenyum memandang suaminya mengenang peristiwa lalu.
Menariknya, Dr Mahathir berkata, beliau turut mempunyai jalan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
“Sebenarnya, saya seorang yang obses dengan ketepatan masa. Susah nak faham perempuan, ginculah, beg mesti sama warna dengan kasutlah… Oleh kerana dia selalu lambat, saya akan duduk dalam dressing room dan tolong carikan apa yang dia perlukan. Kasut ke, aksesori ke, beg ke, bagi pastikan dia dapat lebih cepat (bersiap),” katanya tersenyum.
Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah
Melihat kepada senario hari ini yang mana semakin ramai pasangan baru mendirikan rumah tangga sudah bercerai, Dr Mahathir mengakui sedih dengan keadaan itu. Baginya, perceraian akan meruntuhkan keharmonian keluarga dan mendatangkan lebih banyak masalah khususnya trauma kepada anak-anak.
Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini mungkin disebabkan perubahan nilai budaya. Jika dulu, kebanyakan pasangan muda baru berkahwin mendapat perhatian daripada keluarga masing-masing, tetapi hari ini yang mana kebanyakan generasi baru sudah berhijrah ke kota menyebabkan tiada yang memerhati dan memberi nasihat.
“Orang dulu anggap perceraian itu sesuatu yang teruk sekali, tetapi hari ia seperti perkara biasa. Sebaiknya, apabila kita sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, kita perlu memikirkan bahawa kita sudah mempunyai tanggungjawab. Jika kita ada rasa tanggungjawab itu, kita akan fikir caranya untuk berbaik semula apabila bergaduh, bukan terus bercerai. 
“Sedih mengenangkan ramai wanita yang menjadi ibu tunggal. Saya berasal daripada keluarga yang konservatif. Bagi kami, kita hanya ada seorang isteri saja. Bapa saya berkahwin dua, tetapi dia berkahwin dengan isteri keduanya selepas emak, isteri pertamanya meninggal dunia. Paling penting, kita perlu saling bertoleransi dan jangan berharap supaya pasangan anda menjadi seperti apa yang anda mahukan. Dia ada personaliti sendiri, jadi anda perlu bersedia menerima kekurangan masing-masing,” katanya.
Paling penting, kata Dr Siti Hasmah, perlu saling memahami dan bertoleransi. Jangan hanya kerana perkara remeh membawa kepada perceraian kerana kesannya ialah anak yang kehilangan kasih sayang ibu dan bapa.
Translations:
They met when they were studying in King Edward Medical College in Singapore  1947. Dr Mahathir admits that their love is not love at first sight, but they became close when they studied together.
Understands each other
“She was the only Malay women there, maybe thats why I fell in love with her. There were six other guys, all of them were willing to help her carry her bag. I was brought up in a family where there are many brothers, so I don’t know how to approach women. When I saw my friends help her carry the bag, I did the same. But I always help to teach her some subjects, perhaps thats what brought us closer” said Tun.
“In my first year, he wants to teach me physic for free, so we became close, that’s when it all began.” said Tun Dr Siti Hasmah
He confessed his feelings to her in the rain. They went to a place to send off Tun Siti Hasmah to the bus station. There, Tun Mahathir saw her in the rain, and he quickly go back to her.
“Why did you came back? You are wet!” said Tun Siti Hasmah
“I came back because I love you” said Tun Dr Mahathir
They got married at a late age during that time, whereby Dr Mahathir was 30 and Dr Siti Hasmah,  was 29 years old.
Dr Siti Hasmah said, they only got married after she finish her studies, and housemanship to fulfil her father’s wish.
“My father knew about our relationship. So, one day, he called me and we had a long talk about that. He ask me to promise that I finish my studies first before getting married. My husband finish his studies in 1953, and I finished mine in 1955. One year later, we got married.”  , she added.
Seeing the sweet couple poking fun at each other through out the interview, reflects their happiness even after 50 years of marriage.
However,  Dr Siti Hasmah admits that  just like other couples, misunderstanding cannot be avoided. Same goes with them,
“He always complains that I get ready late, (especially when we attend any events). For us, women, its normal that we have a lot of stuff to do like our bag & acessories have to match with our dress. So thats why it takes some time to find the right match. My husband is an organized person, every night he have make sure his clothes and shoes are ready for the next day.
Other than that , as a mother, we have things to ask our children to do before we leave the house, especially at night and I have the habit to switch off our room’s light before we go out. So, I always gets a scold from him, and went into the car grumpy at him and when we reach the event, we don’t talk to each other. But when I realize my mistakes, all is well again.
But to solve the ‘late’ problem, I will ask my husband to switch off the lights” said Tun Dr Siti Hasmah smiling.
Interestingly,  Dr Mahathir said, he also have his own way to solve the problem.
“Actually, I am very obsessed with punctuality. Its hard to understand women, with lipsticks, bag must match with their shoes, and all that. Because of her, I always run late, so I will sit at the dressing room and help her find the things she needs like shoes, accessories or handbag, to make sure she can get ready early” he smiled.
Looking at today’s scenario whereby there is a lot of couples who newly got married and now have divorced, Dr Mahathir admits , it saddens him. To him, divorce will break the family institution and will bring more problem especially a trauma towards the children.
He said, what is happening today may be because of the changes in culture values. Back then, newly married couple gets a lot of attention from their family, but now,whereby the new generation have moved to the city, make them less being observed and advised by the elders.
“The older generation back then sees divorce as the worst thing possible could happen, but today it is seen as something ‘normal’. It is good that when we get married and have children, we think of the responsibility that we now carry on our family. If there is a sense of responsibility , we will think of ways to make up than break up, and not simply get a divorce as an easy way out.
It is sad that a lot of women become widows. I came from a conservative family. To us, we only have one wife. My father married, twice, but he only remarries after  my mom, the first wife, passed away.
What is important is that, we have to tolerate with each other and don’t just hope that our spouse be what we want them to be. They also have their own personality, so we have to be prepared to accept each other’s imperfections” says Tun Dr Mahathir.
UPDATED: Modified & translated from peribadidrmahathir & ohcikgu
Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah, love story

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala