KUALA LUMPUR: Seorang lagi pengguna laman sosial Facebook dikesan menghina Islam selain membuat penghinaan melampau terhadap junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.
Perbuatan biadab oleh pengguna Facebook berkenaan yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani didedahkan sebuah blog di dalam satu entrinya bertarikh 5 Jun lalu.
Blog Just Read ketika mendedahkan Facebook berkenaan hanya menulis Another one! See for yourself!(Seorang lagi! Lihat sendiri!)
Sementara itu, pengikut-pengikut blog berkenaan mengecam serta mengutuk keras tindakan individu terbabit ekoran penghinaan melampau dilakukan terhadap Islam dan Rasulullah SAW.
Antaranya, seorang pengikut yang menamakan dirinya sebagai Dayak Laut berkata: "Apa yang perlu ditunggu lagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Tangkap lelaki ini dan fail kes terhadap beliau. Saya mahu melihat dia pergi ke mahkamah dan dihantar ke penjara!"
Alam Maya pula berkata: "Kenapakah makin meningkat penghinaan terhadap Islam oleh golongan pemuda keturunan Cina di Malaysia ini? Tidakkah mereka sedar bahawa negara ini dihuni oleh pelbagai kaum dan agama?
"Tidakkah mereka terfikir bahawa perbuatan mereka mudah dikesan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang?
Dalam pada itu, pengikut blog Just Read yang dikenali sebagai Panas Baran menyebut: "Ini paling biadab! Patut dikenakan hukuman penjara. Dia lebih selamat di dalam daripada di luar ini."
Pendapat sama dinyatakan oleh Penangan: "Inilah pelampau namanya. Tindakan tegas perlu diambil ke atas orang ini.
"Dalam kita menganjurkan perpaduan sesama pelbagai kaum dan agama, masih ramai yang begini. Biarlah dikenakan tindakan tegas sebagai panduan kepada yang lain."
Seorang lagi pengikut dengan tegas mahu Kementerian Dalam Negeri bertindak menangkap individu yang melakukan penghinaan tersebut.

- Utusan Malaysia
Nota : kalau baca baca benda begini memang bikin takut, ada ciri ciri dajjal. allhu'alam
tak habis2 isu macam ni.. hmm.. memang takde nak cover2 langsung dah..
ReplyDelete