Showing posts with label Maharaja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Maharaja Lawak. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

MLM 2013: Kami Tampil Dengan Lawak Yang Berkualiti – Shiro




Tahniah buat kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Ajak dan Shahrol selepas mereka diumum sebagai kumpulan yang mendapat tempat kedua di MLM 2013 dan membawa pulang wang tunai RM250,000. Penglibatan Shiro menerusi program Maharaja Lawak Mega sememangnya mendapat perhatian para peminat kerana persembahan mereka yang cukup konsisten sepanjang 13 minggu bersiaran.

Menurut Shahrol, mereka sangat berpuas hati dengan keputusan gelanggang akhir MLM 2013 kerana fokus utama mereka adalah untuk menghiburkan para peminat dan barisan juri dengan lawak yang berkualiti tanpa memikirkan sebarang kemenangan.

“Kami berdua sudah cukup berpuas hati dengan pencapaian kumpulan Shiro di MLM 2013. Peminat adalah keutamaan kami kerana tanpa mereka tidak mungkin kami dapat gelaran naib juara. Sejujurnya kami tidak memikirkan sebarang kemenangan ketika berada di MLM tahun ini. Apa yang menjadi fokus utama adalah lawak yang berkualiti.

“Penglibatan kami dalam program MLM 2013 adalah satu batu loncatan kepada kumpulan Shiro untuk meningkatkan mutu lawak selain dapat menghiburkan para penonton. Terima kasih tidak terhingga buat para peminat dan penonton MLM 2013. Tanpa anda tidak mungkin kami berada di tahap begini,” jelas Shahrol kepada Astro Gempak.

Gelanggang akhir MLM 2013 yang berlangsung pada 7 Februari yang lalu menyaksikan Sepahtu dinobatkan sebagai juara MLM 2013 sekaligus membawa pulang hadiah lumayan RM500,000 serta trofi sumbangan dari pihak Astro sementara Shiro ditempat kedua dan kumpulan Bocey di tempat ketiga.

Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 yang berlangsung pada haru Jumaat minggu lalu, memerlukan setiap peserta tampil dengan dua persembahan dengan tema bebas dan muzikal.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada peringkat akhir MLM 2013 itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan  Nora Danish.

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info terkini gelanggang akhir MLM 2013!

Saturday, February 8, 2014

MISI PENAMAT : Maharaja Lawak Mega 2013

Assalamualaikum?

Persembahan pembukaan Maharaja Lawak Mega dengan berbekalkan Zombie Kampung Kangkung Dengan di iringi lagu Havoc dari Altimet (@altimet), Joe Flizzow (@flizzow) dan SonaOne (@ItsSonaOne). #Havoc yooo ~. Boleh tahan leww.


Di ikuti Dengan juri juri Maharajalawak Mega 2013 . Yusof haslam, Luna Maya, Sheikh Haikal, Nora Denis.

    First of all, malam final Maharaja Lawak Mega cukup gempak dengan rekaan stadium dan sound sound dan semangat penyokong Penyokong MLM13, Di ucapkan tahniah kepada Para para  Disebalik tabir yang telah menjayakan Persembahan Maharaja Lawak Mega 2013 ini. uoll's doing great job guys. #Respect
    For me , walaupun aku minat Shiro tapi aku respect dengan kumpulan Bocey, even dorang masih baru dalam dunia lawak nih, tapi setiap persembahan yang dorang buat, still fresh and white woo. tapi kalau sudah bukan rezeki apa boleh buat. and For Sepahtu , Tahniah , kamu pun memang layak dapat gelaran juara. No worries.
   Jambu , you memang jambu lahh, takpa jambu tempat keempat pun, empat lah. janji duit masyuukk. Lagu ragge akan sentiasa di ingatan. For Nabil, you know what, ramai respect dengan kau, kau solo , idea memang susah mau dapat, tapi kau sudah buat yang terbaik tadi. No hal lah, ohh lupa lagu kau tadi buat hati ini sebak seketika.
      Shiro, walaupun kamu tidak dapat mengelarkan diri menjadi juara, tidak apa "I will still love you guys" hihi. Ohh Shahrol, Kalau mau ambil lesson ikat kain , sila sila PM saya okay. hewhew x) .Okay jom cuci mata dengan gambar yang aku seludup dari page Maharaja Lawak nih.


Nabil malam nih aku rasa okay seja. Lawak pasal makbapa dia and so on. and yang musical komedi tu yang buat waa sebak, Tersurat dan tersirat betul makna lagu yang nabil bawa malam nih. #Respect

 Ohh mai Shiro, Saya Mujibbur dari Bangladesh akan sentiasa di ingatan. Ingat yerr Sharull kalau berminat mau belajar ikat kain jangan malu malu jumpa saya. hihihi

Boceyy, Lawak Fresh and White uoll's  buat menghiburkan hati Ramai peminat. saya bagi lima bintang + Respect

Jambu, you uoll's did great job even ada kurengs sedikit. tapi takpa muka legend hati tetap cute. your Ragge tidak akan dilupakan.

 Sepahtu, Tahniah sebab berjaya merampas gelaran juara. Ohh lagi satu, suara Shuib memang menabat hati gua yang lara nih. heww x)

 Result Malam ini :

1.Sepahtu
2.Shiro
3.Bocey
4.Jambu
5.Nabil

Aku tidak pandai mengomen lebih lebih . entri ini hanya untuk menyokong industri tanah air, #EhBetulka? hihi. Yang Penting SHIRO tetap menjadi Pojaan hatiku. 

Ohh sebelum terlupa.Tulang belakang Maharajalawakmega Dato AC Mizal Peace Yaww .

Cr: page maharaja lawak

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala