Sunday, December 9, 2012

Update Keputusan : Malaysia vs Thailand Separuh Akhir Piala AFF Suzuki

Assalamualaikum?

Gambar dirompak di SINI.

   Dengan ini di maklumkan bahawasanya Harimau malaya akan berlawan dengan Sang Gajah pada Jam 8 malam hari ini, hanya ada tinggal beberapa minit lagi pertandingan akan di mulakan. Oleh itu Mari lah kita ramai ramai memberi sokongan yang baik baik untuk pemain Harimau malaya. Tolong jangan ada yang jatuhkan semangat juang encik Harimau. Kalah menang adat permainan . jadi di minta semua rakyat malaysia menyokong harimau malay , tidak kita tua , muda, janda, duda, bujang, single, couple dan yang sama waktu dengannya.
    Bagi sesiapa yang sudi letakkan banner harimau malaya di blog anda sila terjah Blog Denaihati . jom Bagi semangat semangat semangat. 

Pusingan Pertama

Philippines vs Singapore : 0 – 0

Malaysia vs Thailand pada 9/12/12 jam 8.00 pm waktu Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Harga tiket RM40.

Pusingan Kedua

Singapore vs Philippines pada 12/12/12 jam 7.30 pm waktu Singapore di Stadium Jalan Besar.

Thailand vs Malaysia pada 13/12/12 jam 8.20 waktu Malaysia di Stadium Supachalasai.




Maaf Khairul Fahmi, wa sudah jatuh hati dengan Farizal Marlias. ahaks. 


Nota kaki : Maaf . Berblogwalking tergendal buat seketika. bagi laluan kepada bola dulu.


UPDATE !

Keputusan Penuh Malaysia vs Thailand Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 

Malaysia 1-1 Thailand

Jaringan goal malaysia Norsyahrul Idhan/Mat Yo.


Ayoyoyoyoy . Harimau Boleh !


Saturday, December 8, 2012

Menunggu Matahari Terbit Di Bukit senawan

Assalamualaikum ?


Gunung Kinabalu.

  Tadi pagi aku langsung tidak jenguk/update blog. salah satunya sebab, laptop tiada di rumah ,jadi terpaksalah tunggu sehinggah ke hari petang. Dan time ada sudah laptop rasa di hati ingin berblogwalking dan mengemaskan blog yang seperti kandang kambing makcik jiran sebelah rumah seja. Oleh itu ditengah malam ini baru rasa rajin update entri baru.
   Tadi kami jogging pergi bukit senawan buat kali keduanya, pada jogging yang hari pertama tuh kami cuma empat orang perempuan sahaja kan. sila rujuk cerita sebenar di SINI. Then pagi tadi kami jadi juga berjoging  dalam jam 6 pagi dengan anggota seramai 9 orang , nasib baik dorang bangun.Kalau tidak satu satu kena siram air baldi di muka.
  Then kami pun jogging dengan mata ngantuk. Waktu sampai di bukit senawan tu, aku dengan keterujaan di hati ini keluarkan encik samsung untuk tangkap/rompak gambar pemandangan disana,  dan aku firstime nampak matahari terbit depan mata. ahaks . Jadi tanpa melengah lengahkan masa lagi, jom kita layan gambar matahari yang terbit dan gambor pemandangan. Teruja blog aku ada gambar santik .


Duduk menunggu matahari terbit.Dan ini gerangan yang tidak hadir berjogging hari tu.

Jom tengok dari gambar pertama hinggah akhir. klik untuk tumbesaran.

Sebelum masuk tuju ke bukit. ada kabus dihadapan.

Gambar kabus yang menyerupai sungai. Tangkap gambar ni dari atas bukit.

Tangkap gambar dalam masa perjalan ke bukit.

Sebelum pulang rumah. sempat lagi buat arca tersendiri.

Entah apa benda dorang buat nih. legoland kampung kali. haha -__-

Aku pun tidak ketinggalan buat kerja sendiri.

  Selesai cuci mata, sakitkan kaki sendiri dan rompak gambar gambar ini. aku pun pulang ke rumah dengan harpan update dalam blog. Sekali cek laptop si encik kaka bawa, akhirnya terbantutlah hati ini untuk update blog di awal pagi. Entri ini sekadar bacaan umum sematamata, tiada kena mengena dengan dengan yang pengsan atau yang koma. 


Nota kaki : Dalam proses membalas komen yang kunjung mengunjung ke blog ini .




CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala