Friday, June 14, 2013

Kerja sudah siap

Assalamualaikum?

sambut kejayaan bersama encik lee kwangsoo , haha, sukjin . 
club betrayer. atas kejayaan menyiapkan kerja kursus

       Buat kesekian kalinya aku menghilang hari itu. bukan apa, aku banyak gila gila gila kerja sekolah yang wajib diselesaikan terlebih dulu. alaaa biasalah budak spm katakan, mana mau buat kerja kursus lagi, buat latihan , ulangkaji , exam lagi , ceramah lagi  ini kisah hidup seorang pelajar bernama spm.
      Now , ada sudah sikit masa aku berblogwalking , maybe malam nih aku akan berjalan jalan mengunjung ke tempat tempat blog yang baik hati berbudiman yang rajin singggah ke blog aku selama aku menghilangkan diri. As you all know, aku busy dengan kerja kursus perakaunan aku yang hilang hari tu kan. kalau yang tidak tau tu, buat buat tau seja.
       sebenarnya disini, aku ingin mengumumkan , kerja kursus prinsip perakaunan aku sudah tersiap dengan hasil titik peluh aku dengan kawan kawan yang budiman selama seminggu . huahuahaua *aku nangis nih
       Selepas aku bersuka cita cita bergitu. lalu aku pun terfikir pasal blog aku yang semakin hari semakin ditinggalkan begitu sahaja. aku bukan mau kasi tinggal blog aku begitu seja, sorry sikit . aku ada hati lagi okayyy, nanti nangis blog aku kena kasi tinggal bersawang sawang bagai sarang laba laba yang berkeliaran dibilik ini. So , dengan mood yang ada aku pun mula menghidupkan blog aku semula dengan internet dirumah yang ada. So aku dengan ini merasmikan aku berblog semula dan semula.


Nota : semakin hari semakin berayat bunga bunga blog aku. biasalah bahasa malaysia wajib lulus buat mangsa spm.

Sunday, June 9, 2013

Akaun Facebook 'Calvin Gani' Hina Nabi




KUALA LUMPUR: Seorang lagi pengguna laman sosial Facebook dikesan menghina Islam selain membuat penghinaan melampau terhadap junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.
Perbuatan biadab oleh pengguna Facebook berkenaan yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani didedahkan sebuah blog di dalam satu entrinya bertarikh 5 Jun lalu.

Blog Just Read ketika mendedahkan Facebook berkenaan hanya menulis Another one! See for yourself!(Seorang lagi! Lihat sendiri!)

Sementara itu, pengikut-pengikut blog berkenaan mengecam serta mengutuk keras tindakan individu terbabit ekoran penghinaan melampau dilakukan terhadap Islam dan Rasulullah SAW.

Antaranya, seorang pengikut yang menamakan dirinya sebagai Dayak Laut berkata: "Apa yang perlu ditunggu lagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Tangkap lelaki ini dan fail kes terhadap beliau. Saya mahu melihat dia pergi ke mahkamah dan dihantar ke penjara!"

Alam Maya pula berkata: "Kenapakah makin meningkat penghinaan terhadap Islam oleh golongan pemuda keturunan Cina di Malaysia ini? Tidakkah mereka sedar bahawa negara ini dihuni oleh pelbagai kaum dan agama?

"Tidakkah mereka terfikir bahawa perbuatan mereka mudah dikesan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang?

Dalam pada itu, pengikut blog Just Read yang dikenali sebagai Panas Baran menyebut: "Ini paling biadab! Patut dikenakan hukuman penjara. Dia lebih selamat di dalam daripada di luar ini."

Pendapat sama dinyatakan oleh Penangan: "Inilah pelampau namanya. Tindakan tegas perlu diambil ke atas orang ini.

"Dalam kita menganjurkan perpaduan sesama pelbagai kaum dan agama, masih ramai yang begini. Biarlah dikenakan tindakan tegas sebagai panduan kepada yang lain."

Seorang lagi pengikut dengan tegas mahu Kementerian Dalam Negeri bertindak menangkap individu yang melakukan penghinaan tersebut.


- Utusan Malaysia


Nota : kalau baca baca benda begini memang bikin takut, ada ciri ciri dajjal. allhu'alam

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala