Saturday, December 8, 2012

Maharajalawak Mega 2012. Musim penyingkiran.

Haipppp,
gambar, kredit dekat tukang twitter. 



  Ya betul minggu penyingkiran pada malam ini. Bagi yang minat meminati kepada warga warga maharajalawak mega 2012 ini mesti mewajibkan diri itu duduk depan tibi sambil makan keropok ikan kan .Tapi yang pastinya aku menunggu nunggu adeyyy Jozan satu *geleng geleng kepala*.
    Dengan suka suka hatinya aku memberitahu bahawasanya JOZAN tidak mengecewakan pada malam ini adey adey adey, tea ice soneyy satu. haha. 
    Holamak zizan pakai baju sekolah lah, ini membuktikan dia telah mencairkan hati para para wanita yang meminatinya di seluruh stadium itu dan jugak para para pondan yang meminatinya tidak lupa juga kepada makcik makcik di luar sana . termasuklah diri ini. okay sudah sudah dengan boipreng i zizan tuh.


    Dan dukacitanya di maklumkan Pmai, Dadidu dan Balas terkeluar pada malam ini. sungguh . tidak aku duga , kenapa mesti balas terkeluar. dorang lawak apa? mau buat macam mana ,undian buat balas dan otai otai kita nampaknya tidak menyebelahi mereka malam ini.
     Okay okay jangan sedih sedih, jom tengok gambar para para peserta maharajalawak mega yang sempat aku curi rompak dekat page maharalawakmega. yang best ada disini :)

lama tidak dengar cerita Yb kita, hidup Yb !

Ohmaigad. zizan please, jangan rompak hati aku. haha -__-

ini pun best, cerita pasal bola. yang penting dorang sukung Harimau malaya

ini pun best bro. nasib tidak tersingkir .

  Kesimpulannya , kenapa harus ada tiga penyingkiran? kenapa tidak lima sekaligus. ehe. jangan bash aku. -___-. yang penting malam ini JOZAN MelatoP  ! Zizan zizan. Bgai yang tidak berpeluang tengok tadi , cuba klik SINI. carik sendiri ya, scroll jika rajin. :)

Nota kaki : aku pilih Jozan, anda bagaimana ?






Friday, December 7, 2012

Bila awan merah.

Assalamualaikum?

gambar gambar semua ini tanpa edit okay.

    Bila awan jadi merah. kemarin petang awan berubah kan diri menjadi merah, dan secara tiba tiba aku jadi eksited mau tangkap, rompak , curi gambar nih. biasalah bukannya selalu dapat tengtok awan tiba tiba jadi senja nan merah. dengan keterujaaan hati ini jom tengok gambar awan merah

Snap dari jendela bilik.

eh eh, ada atap -___-


usha usha awan merah,

Nota : ciptaan allah, tiada siapa boleh tandingin .entri ringkas untuk hari ini. akhirientri ini dengan senyuman. :)

Thursday, December 6, 2012

Selami Jiwa bersama Jozan , Bahana Laman Sosial

Assalamualaikum ?



  Hari aku cerita, selami Jiwa Bersama JOZAN, Walaupun sudah lama cerita ini,  ada aku kesoh tapi masih panas lagi ba belum lagi basi kan . Aku cerita nih pun sebab aku minat dato Fadzilah kamsah dan Jozan, kalau boleh semua pasal dorang aku mahu tulis, Kau ada. Lagipun idea kurengs hari ini.
   Aku cerita nih pun sebab, begini al kisah nya. sewaktu malam yang sunyi di iringi dengan bunyi cengkerik aku merentasi dapur untuk mengambil sedikit makanan untuk di letakan di tepi laptop yang menayangkan website youtube, sedang aku mencari tibatiba aku teringat tentang jozan , dan aku mulai lari dengan pantas dan menconteng nama jozan di youtube , dan terpampang lah tajuk "Selami Jiwa Bersama JOZAN".


   Dan sebenarnya rancangan ini sudah aku tonton , tapi tidak tengok sehinggah habis rancangan jadi aku set dalam hati ingin menontong rancangan ini sehingga habis . dan hanya ada satu ayat untuk aku berikan untuk mereka "Ohsem, gandingan yang meletop" . Hah' gitu. Yang belum tengok tuh jom tengok di SINI.


JOM LAYAN .

   Yang best dekat sini, kta boleh nampak Johan sendiri berfalsafah, mana kau cari , ingat pelawak tidak pandai berfalsafah kah. Tapi syabas juga  kepada Jozan sebab pandai jaga adab dekat sini . aku salute you Bro .
     Jadi, selami jiwa bersama dato' Fadzilah kamsah ini , bagus untuk tontonan semua orang , sebab tajuk dia sudah berkaitan dengan laman sosial, jadi lagi jom ambil pengajaran dalam rancangan nih. Gandingan Johan dan Zizan menarik minat ramai penonton, siap mat rempit pun tengok rancangan nih.




Nota kaki : Jom selami jiwa , rawat rohani, perkasa peribadi. Jangan menilai buku dari kulitnya. kalau lu tengok cerita nih, kompom jadi rancangan peberet. 



  

Thursday, November 29, 2012

Twitter : Janji potong ehem ehem dan Bogel depan Pavillion

Hi semua Harimau malaya ?

  Semalam, Selepas aku membuat entri tentang kemenangan harimau malaya menentang laos aku pun menjengah jengah facebook dan twitter , nampaknya ada orang masih mencari cari panas atau dalam nama pemes *Bajet hot* di twitter .
    Janji bagai , ada yang janji kalau harimau malaya menang, dia mahu potong ehem ehemnya, kalau mahu jadik pondan tuh terus terang saja lah , tidak payah pakat janjii manis lepas kemenangan harimau malaya tu.


*nampak macam macho, tapi hati hati maknyah juga

    Hah' ini lagi satu , Promise promise bagai, mahu bogel depan Pavillion kalau Harimau Malaya menang, Ya Allah , apo Kono ae jang ?  Kenapa mesti Depan Pavillion, kenapa tidak depan Padang Bola terus , kan senang .Haiya , menjatuhkan maruah kaum Hawa saja. Ini mesti Kes tidak pernah pergi Pavillion, tuh pasal mahu bogel depan pavillion.

* Muka lawa, nampak tweet sudah macam hantu

  Mesti Rajagopal dan pemain pemain Harimau Malaya ada terbaca tweet ganas mereka nih, itu pasal lah Harimau Malaya menang, sebab nak suruh dorang  tepati Janji . Nanti Waktu Indon  vs malaysia nanti. buat lagi tweet tweet memberangsangkan okaii. :3

Nota Kaki : Apa mahu jadi dengan dunia twitter ini, Bolehkah, kita bersihkan nama Twitter Malaysia dari orang orang sebegini rupa, setahun pun jadi lah. Taubat lah nak.

Sumber : SINI , SINI , Facebook , Twitter

Wednesday, November 28, 2012

Kemenangan : Piala AFF Suzuki 2012: FT, Malaysia 4-1 Laos

Assalamualakum,



     Akhirnya ,harimau malaya berlari dengan sekuat hati sambil mengaum sekuat kuat alam, akibat dendam dari kekalahan sewaktu bertentang dengan singapura, dengan tanpa berlengah lengah , bola dihadapan ,terus di tanduk dan akhirnya keputusan . GoooLLLLLLLLL! Harimau dengan kepantasan mereka telah mencetus malaysia 4-1 Loas . Cantekk.
    Begitu lah kata kata manis dari aku untuk harimau malaya, tidak sia sia mereka di maki hamun oleh rakyat jelata di dalam facebook , twitter , dan laman sosial yang lain , kemakian itu telah menaikan lagi semangat juang mereka. akhirnya mereka mencetus kemenangan yang begitu ummmhh !
  
Mereka yang telah membuat jaringan gol :

SafeeSali (2 gol)
khyrill muhaymenn 
Wan Zack Haikal 


    Pada mulanya Loas yakin harimau malaya tertekan dengan kekalahan mereka tempoh hari, tetapi semangat juang mereka yang membawa harapan kita, mereka telah membuktikan , harimau tidak menguap , cuma terlelap sekejap.

 

Kan wa sudah cakap, selamanya Harimau Mengaum :3

nantikan :

Malaysia vs Indonesia
Sabtu, 1 Disember 2012
8.45 malam
Stadium Nasional Bukit Jalil



WORDLESS WEDNESDAY

Say something ?


kredit : sumber

Rahsia disebalik bersin

Assalamualaikum ?


Aaaachouu !

     Malam kemarin buat pertama kali aku bersin malam *nampak pembohongan disitu*, jadi aku pun dapat idea dari situ, dan tang an ini pun mula mengodek godek google akan tahu rahsia disebalik encik bersin.
     Bersin adalah keluarnya udara semi otonom yang terjadi dengan keras lewat hidung dan mulut. Udara ini dapat mencapai kecepatan 70 m/detik (250 km/jam). Bersin dapat menyebarkan penyakit lewat butir-butir air yang terinfeksi yang diameternya antara 0,5 hingga 5 Âµm. Sekitar 40.000 butir air seperti itu dapat dihasilkan dalam satu kali bersin.[1] (Sumber)
    
Dan rahsia disebalik bersin mengikut jam adalah, 

Bersin antara jam 06-07
Bermakna ada ajakkan untuk makan makan

Bersin antara jam 07-08
Bermakna  Akan ada keuntungan yang tidak terduga

Bersin 08-09
Bermakna akan ada orang yang menhina anda

Bersin 09-10
Beermakna akan ada hasil urusan yang anad usahakan

Bersin10-11
Bermakna anda akan menjadi orang yang banyak cakap

Bersin 11-12
Bermakna aku malas sudah menulis nih, jadi mahu tahu lebih lanjut tekan SINI hihi :3



Dalam budaya Islam yang didasarkan pada berbagai hadis dan ajaran Muhammad . Sebuah contoh dari hal ini adalah hadis riwayat Al-Bukhari dari Abu Hurairah bahwa Nabi Muhammad pernah berkata:
"Ketika salah satu dari kita bersin, biarkan dia berkata, "Al-hamdu-Lillah" (Segala puji bagi Allah ) , dan membiarkan saudaranya atau pendamping berkata kepadanya, "Yarhamuk Allah" (Semoga Allah merahmati anda) . Jika ia berkata, "Yarhamuk-Allah", kemudian biarkan [hidung itu] berkata, "Allah wa Yahdeekum yuslihu baalakum" (Semoga Allah membimbing Anda dan memperbaiki kondisi Anda)."


Nota kaki : Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita ada hikmah disebaliknya,oleh itu janganlah kita marah , merungut , merengek , mecerci jika diberi kita bersin berkali kali , kalau buat juga ,bersyukurlah anak , nanti gua bagi kaki kang ==,



Tuesday, November 27, 2012

Rajin Vs Malas

Hiappp,

Troll Face

   Sebenarnaya semalam aku rajin join segmen saja. semalam aku rajin tengok facebook, semalam aku rajin tengok twitter,semalam aku rajin tengok google, semalam aku rajin tengok nuffnang, semalam aku rajin tekan iklan , semalam dan selamanya aku rajin jenguk blog. Dan semua berkaitan dengan semalam.
    Keesokan harinya , aku jadi malas , malas bangun awal , malas berjalan, malas buat kerja di rumah, malas , malas mandi, malas tukar baju , malas on blog, malas main game , malas angkat telpon, dan semuaanya berkaitan dengan malas.
     Kalau sudah jadinya kejadian malas dan rajin , itu sudah menjadi lumrah manusia seperti aku, aku dilahirkan seperti ini kerana sedikit kesalahpahaman yang mendalam, bagai ular dicekik harimau. Aku rasa diri ini akan berdaya jika ada sedikit semangat yang mendorongan aku untuk hidup. Aku bukannya ingin simpati tetapi ingin satu dorongan seseorang, inilah aku, sentiasa diselubungin mimpi.
  
Hai aku Troll Face

   Dan percayalah bahawasanya kenyataan di atas adalah penipuan semata mata , dan kenyataan di atas tiada kaitan dengan hidup, pengsan , koma ,makcik jiran sebelah, pakcik tengah minum kopi, makcik tengok main bola sepak, pakcik tengah main masak masak dan yang sama waktu dengannya. Dan aku bangga, aku tipu satu blog. HOHO.

akulah si pakcik minum kopi. ==,




Nota kaki : maaf kekurangan idea, nak kaki boleh ? -___-






Respon pengguna twitter

Assalamualaikum?


      Hari ini aku sign in Twitter, ok lama sudah diri ini tidak on  twitter kerana hajat ingin main tweet tweet aku pun on.Tiba tiba, full dekat Home cerita pasal minah dari planet matokilah, minah mahu bapak matilah , minah tak ada dara. wow, adakah diri ini sudah ketinggalan zaman. atau baru baru sahaja benda alah ini berlaku. banyak tanda tanya di situ.
       Dengan sepantas kilat tangan ini search dekat bahagian google. nampaknya cerita cerita sebegini rupa still hangat menyengat . berbalik kepada tajuk , jom tengok respon para pengguna twitter, ada yang memaki hamun dan ada juga yang bagi nasihat , sudah boleh jadik pengritik dia orang ini. syabas syabas. jom nengok. sebenarnya banyak lagi komen komen diaorang ni, tapi aku ambil sikit saja, mahu tahu lebih lanjut sila buat twitter sendiri.

"Ayuni dari planet Matoki.Lyana evans dari planet Makaroni.Baby diana dari planet dara dah tak ada.Haziq bana dari planet Sarkas. -.-"

"Twitter dulu best je. Tak ada pun yang maki bapaknya. Tak ada pun cakap tak ada daraTak ada pun apa apa. Twitter ni bukan dairi ini public"

"malam ny dekat twitter ada 3 orang perempuan yang mengaku takada dara dalam masa yang sama..adik beradik ke dorang nie?? Aneh sungguh.."

"Baby Diana perempuan , berani tweet " Aku tak ada dara " Kami yang lelaki , nak tweet " Kami sunat sakit " pun rasa malu sangat . LoL"

"Selena gomez yang dah hilang dara pun tak ada tweet "I lost my virgin"."

"Adel asha with her barbie problem , ayuni with her matoki problem , lyana evan with her dad problem , diana ali with her DARA problem . Okay"

"Pandang TL -> Ayuni dan Planet Matoki -> Lyana Evans tak habis dengan dunia BABI -> Baby Diana mintak pulang balik daranya -> *korek idong*"


Kata kata buat kamu :

Ayuni : kalau taksub betul dengan planet Matoki tuh , tidak payahlah sampai bawa nama malaysia , hah' tengok kan sudah kena bash oleh dia orang. pergi mintak maaf cepat.

Lyana Evans : Kalau mahu betuk bapak tu -.- , sila tulis di diari sahaja, jangan lah sampai tweet tweet bagai, ingat kalau tiada dia, siapalah kau tuh. pergi minta maaf dengan dia cepat.

Baby diana : nih lagi sorang, kalau tak ada dara sekali pun , jangan sesekali tweet tweetkan  diri itu,  memalukan kaum hawa lah. pergi bersihkan nama sendiri cepat.




Nota malu : Sorry diri ini bukan ingin mengaibkan orang cuma ingin menasihat dan aku bukanlah sempurna betul mau menasihat, tapi, takkan mahu tunggu semua orang sempurna baru bagi nasihat, alamat  ehem ehem lah diri itu.


Monday, November 26, 2012

Zizan 0-3 Aaron Aziz

Haippp,

    Semalam demam boleh untuk beberapa jam, Tengok tajuk tuh, eh bila masa Zizan dan Aaron Aziz main bola , eh eh eh eh 2NE1 -__- , saja saja buat kamu penik penik kejap. Sebonarnya, Zizan mewakili Malaysia, dan Aaron mewakili Singapore. Kenapa? pasal suka hati makcikk jiran sebelahlah aku lah. 
     Semalam memang banyak kaki bola update status dekat Fb , jadi aku layan lah kejap , aku layan pun bahagian page saja, Jom layan status diaorang.

"Alif Satar 0 - 2 Aliff Aziz
Apex ni terbayang leuniey ke ape ? tau le nak kahwin"

"First Half
Zed Zaidi 0 - 2 Aaron Aziz
Apex lu kalau bolos lagi tak boleh kawin dengan leuniey"

"Rileks rakyat Malaysia , ni semua eksperimen Rajagobal.. mungkin 2nd half UltraFakriMan masuk ? barangkali , Javier Hernandez pun masuk.. Hernandez power buat comeback.. ahhaa"

"Cantik je keeper singapore tutup aurat pakai seluar panjang , apex mohon contoh.. kata nak jadi suamikan ?"

"tadi ternampak betis apex , putihnya... aummmmmm , jeles leuniey.. hahaha"

"Jangan risau Malaysia ni suka buat comeback macam Man U , tapi kadang kadang suka buat silap macam Chelsea.. tapi yang penting tak macam liberpul , penuh dengan sejarah :3"

"Idola pemain singapura adalah Aaron Aziz , patutlah depa power berlakon"

"mungkin letak neelofa tepi padang mungkin Singapore tak boleh buat gol ? mungkin . ok penat.."

"Terus Tenang dan Sokong Malaysia, bangga la wei , Malaysia 100% original"

     Hah', tudiaa.  Aku rasa tidak payah lah yang lain tuh tengok bola dekat tv, Semua keputusan sudah diwajibkan keluar di status status dekat FB sana tu, siap bagi jalan cerita lagi.Tapi, walaupun malaysia kalah, tapi itu bukan untuk selamanya. Harimau malaya tetap jadi pujaan hatiku, selamanya harimau malaya. Ok , cukup sampai disini sahaja tentang bola.
      Eh , kejap . tadi aku cek balik komen komen dekat blog aku ada yang tanya macam mana mahu dapat BE and macam mana mahu ubah link blog kan ? sabar ya.

Untuk Soalan akak Hainom OKje  klik link SINI

Untuk Soalan Brader Korn sila rujuk gambar dibawah. :D


Mula mula, pergi My Blog, the tekan Setting > Basic


Sudah Tekan,
1. Pergi Publishing
2. Tekan bahagian Edit
3. Sila Ubah nama link anda.

Save && Siap !

Kredit : Kak Shida, Page FB

Nota tangan : Entri ini telah diubahsuia menjadi 3 dalam satu. 


CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala