Sunday, November 15, 2015

TEPI 7ELEVEN


Kita mulakan dengan HAHAHAHAHA senang buat duit, kau ingat senang mau cari kedai ber-nama-kan unik macam ni, susahh kau jah. Rasa bangga sikit jadi rakyat malaysia, sebab rakyat rakyatnya kreatif sungguh, sungguh ku tak percaya. Heeee, Berkemungkinan besar pada tahun 2020 kedai kedai seperti "Belakang 7E" , "Dihadapan 7E", "Diatas 7E" dan yang sama waktu dengannya akan wujud tidak lama lagi. Mari la sama-sama kita majukan 7Eleven untuk negara !

Sunday, November 8, 2015

KAU TAHU MALAS TU APA?


Malas? kau tahukan malas bermalasan tu bahaya, sebab malas kita jadi pemalas malas belajar, tiadalah ilmu, tiada ilmu , so tiadalah kerja, kau takada kerja macam mana mau ada duit, tiada duit kau tak dapat beli makanan, tiada makanan kau akan lapar, bila lapar, kau kan sakit, bila kau sakit berpanjangan, kau akan mati. perghh dasyat sungguh huraian malas kali ini. HAHAHAHA  kau akan tahu erti "MALAS" bila kau kenal erti dunia sebenar, macam mana keadaan alam realiti sebenar. H-m-m-m-m-m bunyinya hmmmm. Entri ni bukan mahu mengajak kau orang malas berjemaah, agak agak lah, mak aku pun marah kalau aku malas. Hehehehehe

Sahaja aku update entri sebegini, kerana aku rasa malas berpanjangan hari ini. i kennot think la. rasa malas gila buat semua benda. belajar malas, shopping malas, main game malas, mandi malas, duduk baring terlentang terdampar terkasima semua ter pun aku malas. rasa macam tiada motif pula entri ni, mohon jangan bash patik, sebab patik langsung tiada idea untuk dipaparkan. okay dah Sekian untuk entri Malas Hari ini. Malas kan, mau buat macam mana lagi? Mari lah kita tembak owner blog ini bersama-sama Heeeeeeeeeeee

Kata kata akhir entri ini. Jauhilah MALAS , ingatlah orang yang tersayang :)

Monday, November 2, 2015

MENGARUT KEMBALI

Hello gaiss, berkemungkinan besar aku akan aktif balik  mengarut dalam blog ni, aku akan jejak semula askar askar aku yang pernah tinggalkan komen dalam blog aku ni, walaupun macam tiada ja yang tinggalkan HAHAHAHA sedih. 
keatktifan aku tahun ni, kemungkinan hari jumaat , sabtu ahad saja aku ada masa untuk mengarut dalam blog ni. kalau ada masa ter;uang nnti aku jejak balik tapak kaki u gaiss. Jika sudi mohon tinggalkan jejak, tu pun kalau ada lah manusia yang masih berupaya singgah dalam blog aku ni. *lagu sedih. 
Buat yang baru terjumpa blog aku ni, selamat datang, mohon jgn termuntah dengan post post aku sebelum ni, nanti ada masa cuti aku jejak balik jejak anda hewhewhew
Sebagai student yang rajin lagi pemalas. aku akan try hard untuk aktif dan aktif semula ke alam ini. Kalau aku tidak pandai aktif-aktif mohon bagi sepakan penalti dekat aku sikit, supaya sedorr diri. Huh, okayy then, i blah dulu. jumpa jumaat depan :)

Saturday, October 17, 2015

HATI . SUDAH AKU CAMPAK DI KINABALU.


''Aku tanya kau, kunci hati kau di mana?''

''Aku dah buang, atas Gunung Kinabalu.''

''Macam mana aku mau dapatkan balik?''

''Cari. Daki''

''Kau nih, cuba cakap betul-betul sikit''

''Kau mau hati aku kan? cuba cari sendiri. Usaha, lepas doa, kemudian serahkan kepada Tuhan. Dia lebih tahu apa yang terbaik, tulang kau bergetar seribu pun, kalau bukan jodoh takjadi juga. Aku bukan senang mau suka orang, kau ingat ada ka manusia main suka-suka macam tu ja, Kalau ada, tu lah yang dipanggil Nafsu.''

-Dialog yang telah diubahsuai, kredit kepada penulis sebenar.

Wednesday, May 27, 2015

SEMESTER 4 TANPA KAU

Kalau itu memang sudah kejadian yang ditentukan, apa yang boleh kami buat, redho. Aku harap apa apa yang jadi, jasad kau dijumpai lah wahai kawan.

Pagi pagi masuk class, suram. Teringat dengan kau yang selalu minta orang ambikkan gambar depan pintu class, x pun dekat depan papan putih. Dah x da orang poyoo dekat class macam kau dah. Orang hensem dekat class pun dah xda. Bunyi ringtone Coc whatsapp kau yang balik balik bunyi tu pun x mewarnai class dah. Suara kau yang selalu menyanyi dalam class pun xda. Huwaaaaaa *sigh

Banyak benda lagi yang buat kami ingatkan kau pek. Satu satu blah dari class, dari sem 1 sampailah sem 4 . life must go on kann, Alfatihah.

Friday, May 8, 2015

TIADA KHABAR :'(

Mau dekat seminggu suda kawan, masih tiada khabar yang menggembirakan.
Jangan hilang lama betul bha, kesian kami disini, ngekkk. Ada lebih kurang 2 minggu lagi cuti sem mau habis, sigh*
Harap harap, sebelum naik sem, ada khabar dari kau di sana kawan. Buruk atau baik, yang penting kami tahu keadaan kau macam mana
Come back home

Monday, May 4, 2015

MANA PENOLONG KETUA CLASS KAMI!

Mana kau topek? Mau dekat 3 hari sudah kau menghilang, Harian metro pun dah cerita pasal kau , sedihnya kami dengar berita kau hilang disungai , ingatkan main main  rupanya huaaa

Kau janganlah hilang lama lama, tiada nanti yang mengacau dalam group class dekat whatsapp, come back home pek, we still waiting for you dear friend :'(

Wednesday, April 15, 2015

PERJALANAN

Lamanya rasa duduk di negeri orang. Dulu, waktu masih hingusan lagi, tidak sabar sabar mau jejak kaki ke keyel . Tapi sekarang, alahaii. Baru aku tahu erti hidup sebenar di perantauan, Hahahaha *ayatpasrah.

Aku juga adalah salah seorang pembaca tegar novel novel melayu , bukan lah semua novel cinta, aku minat baca novel FIXI u'olls. Dalam novel ni semua bentuk kehidupan dia ceritakan, kehidupan orang berada, orang miskin, orang mental, orang bertukar jantina, orang itu, orang ini, orang begitu, orang begini  kira semua tentang kehidupan yang sebenarlah dia ceritakan.

Kadang yang di ceritakan di dalam buku susah untuk kau percaya orang kita zaman sekarang, tapi itulah hakikatnya. Dulu aku tidak percaya tentang orang yang suka sama sejenis, tapi bila aku masuk alam kolej ni, berbagai ragam aku jumpa, termasuklah kawan yang berbual dengan aku setiap hari. Tapi bila kita tengok dari fizikal dorang, mustahil untuk dorang lakukan benda benda songsang ni, tapi itulahhhh, mau buat benda yang kita inginkan, jangan tengok pada fizikal, tengok pada kemampuan kita. *merapukejap

Haii lah dunia, aku ingat hanya dua jantina ja yang hidup di muka bumi ini. Rupanya, ada lagi yang tersembunyi, kadang aku takut berkawan dengan dorang, tapi bila kau tahu kenapa dorang buat benda ni, mungkin kau akan terima guna logik akal, atau mungkin tidak sama sekali. Itulah dunia yang aku berpijak sekarang, aku mesti hadapi walaupun susah untuk kau terima. Tapi tidak sangka aku boleh jalani hidup sekarang dengan kaki sendiri.

Monday, January 26, 2015

MOOD STUDY



Berkurun lamanya tidak berblogging. Apa sudah jadi ? 

Huwaaaa

susahnya jadi pelajar tanpa wifi.

itulah jawapannya.

student + no wifi = no blogging

no wifi + no blogging = im a dead meal

MOOD STUDY. ON!

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala