Sunday, November 18, 2012

Kempen : Pray For GAZA

Assalamualaikum sidang pembaca sekalian mahluk.

Jom lah join kempen ni. :) #PrayForGaza
 

Tekan banner untuk terbang ke sana.
Read this, help them.





     Kejadian ini suda beberapa hari terjadi, baru tergerak jari ini menulis tentang kehidupan orang di Gaza.Disini aku tunjukkan serbah sedikit berita berkenaan kehidupan di Gaza sekarang, mari lah kita sama sama berdoa buat mereka.Walaupun anda bukan beragama islam sekalipun, gunakanlah sedikit Rasa keperimanusian untuk mengetahui info terbaru tentang kehidupan yang penuh dengan seksa ini.
     Berita Ketua Hamas antara yang Syahid semasa serangan Tentera Zionis Laknatullah . Allahurabbi ,mereka diuji sewaktu Tahun Baru Hijrah. Gaza terus diasak tanpa belas kasihan oleh Rejim Zionis. Ramai yang Syahid antaranya Panglima sayap Al-Qassem. Allahuarabbi,hancurkanlah rejim Zionis.

 Live:Penduduk Gaza sedang berarak di Jalan Raya sambil membawa para pejuang yang telah syahid.


   Mesir telah menghantar tentera divisyen 2 ke Sempadan Mesir-Tanah Jajahan untuk persediaan menghadapi Zionis disamping membantu tentera Palestin

     Seorang Mujahidin dari Briged Al-Qassam memegang erat tangan isterinya sebelum turun berjuang menentang Zionis. Ini baru betul,  bukannya pegang tangan Gelpren sebelum merempit der.


   Live dari Gaza: pesawat tempur Zionis berjaya ditembak jatuh oleh Kataib Syahid Izzudin Al-Qassam,Hamas.Kelihatan payung terjun kecemasan juruterbang Zionis.Apa agaknya nasib juruterbang itu.

 
  Zionis semakin menggila menyerang Gaza


   Live dari Gaza(tenang tapi berjaga-jaga): Zionis setuju hantar 75,000 tenteranya untuk menyerang Gaza dan menjangka serangan itu selama 7minggu .Mesir telah menyiapkan tenteranya bagi membantu Palestin sekiranya Zionis berdegil mahu meneruskan serangan. dilaporkan juga Turki bakal mengikut jejak Mesir.Allahuakhbar !
   
Doa buat kamu disana :

"Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestin, syria, dan di mana sahaja umat Islam ditindas .dan hancurkanlah tentera Zionis laknatullah !" 

#lets PRAY for them at GAZA !


Video secara live boleh lihat di SINI 

Kredit kepada semua warga facebook. 

Nota hati :  Lupakan filem Istanbul Aku Datang , sekarang fikir macamana nak realitikan "Palestin Aku Datang"


We Pray For Gaza.
Jom jadi Blogger yang prihatin sepeti mereka.



Saturday, November 10, 2012

Zizan buat lawak ada makna

Assalamualaikum ? 

  Tadi aku tengok anugerah skrin dekat tv3 tadi,yang bertemakan sinta sintun , kali. Tapi point sebenarnya dalam entri hari ini adalah berkenaan dengan lawak zizan,

Zizan :

  1. "Makluk apa ini cantik tapi tiada kemaluan "  di tujukan kepada si ikan duyung.
  2.  Saya tidak boleh pikul ada air sembahyang" ditujukan kepada si badang yang mengangkat si duyung.
  3.  "Badan besar,miang rupanya." Ditujukan kepada si badang

  Setiap kata kata zizan malam tadi memang lawak, and kalau di perdengarkan balik ada banyak makna tu, Ada juga yang kata kata sedikit/banyak yang menyindir tentang agama islam, tapi aku tidak mahu kasi buruk di blog aku, nanti dikata halim lah sangat.Tapi yang penting zizan the best tadi, walaupun sekejap saja dia di situ.

Hidup zizangg ! :3

 

nota tangan: idea entri ini aku dapat sumber dari page ustaz azhar idrus



Tuesday, October 30, 2012

Merentas Desa

Assalamualaikum?

     Hi, aku masih di sini. tidak bosan menghadap laptop 24 jam. sebenarnya hari ini di sekolah kami ada larian merentas desa, ok aku malas datang sekolah pasal benda itu saja. suda 3 tahun aku ikut , tidak jugak pandai menang.
    Walaupun tahun ni , kena bagi ganjaran, dapat hadiah walaupun tidak menang, ganjaran itu tidak dapat menambat hati aku yang lara ini. *hambuii. Aku rasa kamu pun tidak mahu ikut benda ni, jom tengok peta merentas desa ni.


    Jauhkan perjalanan merentas pantai desa ini. Rumah yang diconteng merah tu, rumah aku, disebabkan jarak yang kami wajib lalui itu terlampau jauh , aku dengan bangganya mengundur diri , daripada mengikuti akitiviti itu dan hanya mampu melambai tangan kepada para peserta. walaupun cikgu kata itu untuk kesihatan badan. tapi badan aku macam tenggorak hidup sudah . *perasan. Haha.
    Oleh yang demikian, aku di rumah hanya mampu, tidur online, online , makan, tidur , online makan, anka dara jenis apa lah. dengan ini, ini sahaja yang mampu aku tulis dan mererpek di blog, jom berblogwalking. cekidauttt, :D
     


 

Saturday, October 27, 2012

First BE .

Hiapp,

Dengan bangganya , aku tunjukkan yang aku dapat first BE dari encik nuffnang Hoho. Walaupun orang orang yang lain sudah dapat ber puluh puluh BE, aku pun mau kasi tau yang aku  dapat BE, Hihi, walaupun 1 seja.

Hoho Itu dia, Rajin aku menconteng.  Entri aku tersangatlah ringkas,  sekian.

Thursday, October 18, 2012

Pantang Exam

Assalamualikum ?

    Makcik dan pakcik sihat ? Hamboii. Mari sini dengar, Kalau kita menempuhi Exam mesti ada saja pantang dia kan, patang bagaikan ibu mengandung 3 bulan tu. Siapa tidak tahu pantang exam ni, mesti tidak pernah dengar ceramah ibu mithali kan? haiyayyai. Marilah aku , dengan senang hati ingin mengemukakan serba sedikit pantang exam ni:
  • Tidak boleh makan mangga
  • Tidak boleh makan meggi
  • Tidak boleh makan kepala ikan
  • Tidak boleh makan lada *Gilo ke nak makan lada =='
  • Tidur Awal
  • Jarang jarangkan online
  • Tidak boleh baca novel cinta
  • Tidak boleh minum Kopi malam malam
   Dengan bangganya aku mengishtiharkan, bahawasanya aku telah melanggar kesemua pantang ibunda yang dicintai, HAHAHAHA *evil laugh.  Bukan aku saja yang melanggarnya, mungkin anda juga ? tipu lah kalau kamu tidak buat semua ni time peperangan exam, betuii dok ? hihi
    YES ! akhirnya Jumaat ni last paper iaitu Musuh ketat mama aku punya anak  prinsip perakaunan, wish me luck dear kawan . 

  
Sebenarnya aku malas nak menaip sekarang, tapi kalau sudah jadi hobi, tulis novel dalam tempoh sehari pun layan habis . gud babaiii :D


Nota terpijak : Aku akan sedaya upaya membalas kunjungan anda.tengah berblogwalking diwaktu malam



Wednesday, October 10, 2012

Cara Daftar Says.com

Dear blog,

       Kemarin punya, punya kemarin,punya kemarin *hamboi ==' . Aku setad guna Says.com . dengan bangganya aku pun mula aktif dalam bidang tersebut, cehwaa. Dan entri ini di tujukan kepada Si Monster Marikh . Says.com ini free ok, Tidak perlu bayar untuk daftar. Daftar adalah percuma . So, jom skodeng cara daftar dan cara penggunaannya MR. Says.com

Syarat-syaratnya adalah, jeng jeng jeng :

1.Mula mula  Daftar lah dulu. Tekan --> SINI
  Then sign up.

Klik untuk tumbesaran.

2. Suda daftar tu, kena lah VERIFIED  dulu, lepas tu cek email, ala macam biasa kamu buat tu. sesudah anda verified, sign in dengan hati yang gembira ya kawang kawang.

3.Kemaskini profile anda, alaa macam x biasa. kemaskini macam dekat FB tu. tempat dia terletak di sini, lihat gambar di bawah ni. tekan yang ada makcik anak panah merah tu.

Klik untuk tumbesaran.



 Cara Cara mengiklan benda ala ini :

1. Seperti biasa Sign in terlebih dahulu.

2. Tekan  SPECIALS , kalau tidak tahu di mana keberadaaan encik specials, sila rujuk rujuk gambar di bawah, tekan anak panah merah yang somel tu . 

Klik untuk tumbesaran.


3. lepas suda tekan, nampak tidak betapa banyak iklan di bawah itu, sila ambil yang ada "RM" sahaja, yang tiada RM tu abaikan, tapi kalau rajin jugak pandai kamu lah.

yang harus di share :
Klik untuk tumbesaran
 Yang tidak wajib di share :

Klik untuk tumbesaran. hamboi lawanya contengan di atas =..='
4. Tekan mana mana iklan yang ada RM, selepas itu Tekan BROADCAST kaler Hijau tu. lepas sudah tekan akan keluar lah seperti gambar di bawah ini.


 5. Copy yang sudah di kotakkan kaler merah tu, Then share lah dekat Pesbuk or Twitter, tempat yang senang di share.

*PERINGATAN Kalau mahu suru member Klik iklan tu, suru dulu dia orang Log out from Says.com, Eh, ini peringatan untuk member yang ada daftar says.com Sahaja.


SEMOGA BERJAYA !

Mereka yang Pernah cash out money dari Says.com dan yang didik aku cara join benda ni , Jom Terjah mereka:



Jom Berbloging Sambil Buat Duit :)

Saturday, October 6, 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

yes.

   tengah tengah cuti ni, nothing to do, jadi ambil kesempatan untuk join segmen. by retis blog LYSSA FAIZUREEN .



 now soalannya ialah, jeng jeng jeng.

1. kenapa korang berblog ?
 -sebab,saya suka terjah terjah blog orang.

2. Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ?
- tiba tiba rasa mahu join, bila tengok banyak kawan  FB join blogger.

3 Apa tujuan utama/asal korang berblog ? 
- kalau dulu sekadar buang masa dan jam sahaja. tapi sekarang berblogging sambil kutip duit dari langit. hoho o.O

4.  Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ?
- tidak lah meanrik sangat, sekadar merepek, merapu dan yang sam waktu denganya.

5. siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging ?

-
inspirasi saya ialah, mak saya punya anak sulung. hoho, my sista omaigosta. *merepek lagi =='


typewritter ==',
Shasha yacob.

Wednesday, September 12, 2012

Sabah part II (Ini Kali Lah)

Assalamualaikum, wahai manusia sekalian.

semenjak dua menjak ini, ramai yang mangata negeri sabah. hello negeri yang kamu kutuk ni negeri aku okay . tidak lupa juga dengan negeri sarawak, kebanyakkan nya datang dari FB and Twitter, kalau blogger buat masa ni belum lagi,  that why saya suka orang blogger. entri ni, aku dapat ilham dari blogger akak  Etong's.  contoh yang pemes sekarang ni :

1.

2.

3.

4.

 5.





Dan banyak lagi boaaa. sebelum kamu tengok keindahan sabah,lebih baik kamu tengok dulu peta sabah ni. kang x pasal-pasal kamu tanya lagi sabah wujud ka tidak. naa:


okay okay, daripada kamu semua mau kutuk kutuk sabah,lebih baik kamu cuci mata tengok ni keindahan sabah. yang semakin maju.

1. Kalau kamu mau sembayang, di kiki kena sedia masjid untuk solat juga ar.


Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas.
  
2. kalau kamu mau beshopping sini lah tempatnya. dekat sini ada jual baldi juga ar.




3. untuk pengetahuan EDEN FIRDAUS dekat sabah ada McD juga ok, jangan kata mcd , pizza , kfc kami bagi. oppss, lupa ,kamu belum pernah pergi sabah pulakan, tu la cakap dekat sabah teda mcd,


 sori la xletak tempat, kalau mau tengok, datang lah sendiri.



4. buat pengathuan puan lisa_rosli93 orang sabah tidak tinggal dekat atas pokok ar, kami ada tempat sendiri yang lebih selesa lagi.

 dekat sabah pun ada hotel bertaraf 5 star lagi ok. look


dan tidak lupa dekat sini pun ada karoke jugak cik emaliza.

opsss lupa, dekat sabah ada rumah terbalik juga, khas untuk u all.

 Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah.


5. Dekat sabah ada pulau yang terbersih juga berhh. antaranya.

Pulau Sipadan, Sabah
.(cik emaliza dekat sabah bersih ok, negeri kami bukan negeri sampah)


Pulau Kapalai, Sabah.



6.Tarikan lain dekat sabah :

 Simpang Mengayau (The Tip of Borneo), Kudat, Sabah.

 Kiansom Waterfalls, Inanam,Sabah.
(ini aku respect la, palingg manang,)

 Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia. 

 

Desa Dairy Farm, Mensilau Kundasang, Sabah.


 Ada new zealand dekat sabah. x pecaya baca blog ni Pelangi senja 


Gunung Kinabalu, the Highest Mountain in Southeast Asia

Dekat sabah ada ikan geli geli lagi ok.

Dan tidak lupa juga orang orang dekat sabah tidak lah miskin betul mau pakai cawat seja.



  



 

buat para pembaca ini buka cawat ar, ini baju tradisi sabah.


kesimpulanya, dekat sabah tidak la buruk betul, hello kira setaraf suda dengan disana. then jangan risau dekat sabah ada Karoke, ada juga jual baldi. dan tidak ketinggal , kami masih tinggal dekat dalam ruma not pokok. kalau mau singgah tempat-tempat yang menarik pun ada. okay laa, hanya ini yang termampu saya postkan . Jadi, jom lah jelajah satu sabah. :)

credit to semua pemilik gambar, to kak Etong's and blogger pelangi senja, dan yang sama waktu dengannya. :)


NOTA KAKI : kalau kau maki lagi, tunggu kau sana, ini kali lah.

Friday, August 31, 2012

En. google delete spam link.

salam merdeka .

saya mau kongsi satu info dekat blogger yang budiman lagi budimen. di musim merdeka ini, lebih baik kita berkongsi info info yang bermanafaat, cewaaah. ok let start.

di waktu petang yang terang, saya telah menterjah satu blog yang di beri nama Cik kay jue. dari sana , saya dapat info terbaru, dunno lah kalau kamu sudah tahu, tapi post ni just FYI.

sebenarnya,
 cik kay jue kita ni suda kena bagi amaran daripada En.google, di sebab kan SPAM LINK or LINK WARNA BIRU.


 "apa itu LINK WARNA BIRU? Link biru tu maksudnya SPAM LINKSPAM LINK mengandungi http:// atau www.Dah faham? Kenapa dengan SPAM LINK atau LINK WARNA BIRU ni? FYI, google akan delete blog yang mengandungi SPAM LINK ni .Google akan detect melalui SPAM LINK yang ditinggalkan.
So, untuk kebaikan bersama, adalah lebih baik kalau korang nak tinggalkan link korang JANGAN LETAK http:// atau www di kotak komen. Letakkan saja macam ni azhafizah.com atau azhafizah.blogspot.com.Kalau korang letak macam ni www.azhafizah.com atau http://azhafizah.com dia akan automatic jadi LINK WARNA BIRU."

info tangan dari: Cik kay jue

oleh yang demikian, kalau mau tingggalkan link jangan letak http:// or www. just letak supermanpunya.com  atau  supermanpunya.blogspot.com  .  kalau letak juga, berdepan lah dengan En.google. 


credit to : Blog kay jue

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala