Thursday, May 30, 2013

Tips Penjagaan Kulit Muka: Cara Mengatasi Kulit Berminyak & Kulit Kering : Oat

Assalamualaikum?



Tadi aku jalan jalan dekat laman encik google, saja saja cari masalah. then aku jumpa cerita pasal oat nih, menarik . jom baca kejap. :

Ramai yang tak tau yang oat sangat bagus untuk oily skin dan dry skin. untuk entry kali nih, aku nak share cara yang aku buat untuk mengurangkan kulit berminyak. aku akan buat sehinggalah dia jadi normal skin. aku dah cuba cara nih hampir 2 minggu. kira hari nih dah masuk hari ke 10. 

keberkesanan dia? sangatlah berkesan kau. kalah semua produk yang mahal. malah cepat lagi dia punya tindak balas. 

ok lets start. pertama sekali, apa yang uolls perlu ada semestinya oat. yang aku guna nih satu sudu kecil jer. itupun kira banyak. cukup lah jugak untuk sapu dekat lengan tangan, dan leher dengan tujuan memutihkan kulit. hahaha.

*aku guna quacker oat tuh jer. lebihan mak aku punya masa dia kat hospital dulu. haha


Kemudian, lalukan air sambil kita genggam oat tuh supaya dia basah basah siket. kalau ko bukak genggaman tangan ko, maka ke lubang singki la jawabnya oat oat tuh semua. 


then, bukak genggaman titiskan air 3 4 titik air sehingga dia jadi macam nih.


lepas dah titikkan air, kita tekan2 oat tuh sampai dia keluar susu dia nih. haa, nampak tak warna putih susu tuh? jangan buang yer. perahkan susu tuh ke tapak tangan lagi sebelah, sapu kat muka. tujuan dia untuk melembutkan kulit kita.


bila dah sapukan susu kat kulit muka, titikkan air semula ke oat dan sapu ke seluruh muka oat tuh tadi. kira macam scrub lah. fungsi kita sapukan oat tuh adalah untuk meresap segala minyak muka kita. that's why oat goods for oily skin. 

untuk dry skin, you just take the milk of the oat. supaya kulit sentiasa lembab macam kulit baby. hihi. sepanjang 10 hari  aku guna oat sebagai pencuci muka, kulit muka aku dah tak berminyak sangat. selalunya kalau aku cuci pagi, jam 10 macam tuh. jam 12 dah berminyak dah. kalau guna blotter, separuh dah habis untuk serap minyak yang 2 jam tuh. cuba bayangkan kalau dah petang? haaa...

selepas mengamalkan oat sebagai cleanser, aku dapat rasakan sendiri perbezaannya. kulit muka hanya berminyak di dahi dan hidung sahaja. itupun siket. kalau guna blotter, suku je untuk satu hari. bukan 2 jam ye. malah, jerawat pasir aku pun makin hari makin surut. 


Itu lah cerita dia. Banyak yang cakap benda ni betul, jadi apa salah nya kita mencuba. jom baca kebaikan oat . Bukan itu seja lepas aku baca benda nih, dia ada bagi satu link dekat youtube, memang menarik lah  . Dia guna oat juga, jom tengok youtube di bawah nih.




Kredit : SINI

Wednesday, May 29, 2013

Tips : Penjagaan muka

Assalamualaikum?

   Hari tu kan, aku ada upate pasal "Cara Mengenal Pasti Jenis Kulit " , Jadi Hari ni aku update , Cara / Petua / Tips Penjagaan muka. Aku Buat ni pun , pasal aku sendiri tengah cari cara yang berkesan, kalau aku terjumpa yang dekat hati, ada lah lebih baik aku share dengan kamu semua.  Mari Baca apa tips yang aku jumpa.


1 - TIDAK MEMBERSIHKAN MUKA DI WAKTU PAGI


   Sometimes antara kita rasa kulit dah cukup bersih bila bangun tidur. Why? sebab before tidur dah cuci. But uolls silap. Tanggapan uolls memang salah sama sekali. Tahukah uolls... kita disarankan tidur selama 8 jam supaya kulit ada masa yang cukup untuk menjalankan proses pembaharuan. Sebab itulah orang kata tidur yang cukup ialah petua wajah cantik! So, all the way the proses happend at night tu, pelbagai jenis toksin dan produk metabolik dibuang dari kulit. So jangan terlalu yakin muka uolls tak perlu dicuci setelah bangun tidur.

PENYELESAIAN : Jangan lupa cuci muka di waktu pagi! Guna air suam sahaja pun boleh, then bilas dengan air bersih. Tak perlu pun facial foam yang brand mahal-mahal, baru uolls nak cuci muka.



2 - TIDAK MEMBERSIHKAN MUKA SEBELUM TIDUR 

    This the most kesalahan yang sering kita lakukan. Lagi-lagi time kita penat. Actually make up yang dipakai seharian adalah sudah “rosak” coz telah exposed pada udara tidak bersih dan sinaran UV. So once kita tidur tanpa membersihkan make up di muka ia akan mengganggu proses kritikal kulit yang berlaku semasa kita tidur.

PENYELESAIAN : Readykan wet tisue ataupun make up remover di dalam bentuk wipe tissue beside your bed. Penat lagu mana pun, uolls kesatlah muka tu sampai bersih dulu ye... :)



3 – MENCUCI MUKA DENGAN MENGGUNAKAN SABUN BERDEODORAN

    Nanti dulu!!!! Jangan uolss terfikir deodoran yang untuk ketiak tu pula ye. Sabun berdeodoran ini bermaksud sabun yang ada pewangi. Make it simple sabun mandi. Wangi kan? Ada yang pakai sabun mandi bau busuk? takda kan.. hehe. Ramai antara kita yang menyangka ia mungkin tidak merbahaya pada kulit, tapi.. Tahukah uolls sekiranya kita menggunakan sabun badan untuk muka akan mengganggu lapisan lipid halus pada kulit wajah. Kesannya?? Akan menyebabkan kulit kita menjadi kering, iritasi atau kedua-duanya sekali. Erghhh tak mau.....!!!!

PENYELESAIANNYA : Gunalah HANYA pencuci muka yang khas untuk wajah. Jangan guna sabun basuh pula.



4 – MENCUCI MUKA SECARA BERLEBIHAN

   Haha mentang-mentang Lyea remind untuk rajin basuh muka, uolls sental muka sehabis-habisnya! Patut 1 botol untuk sebulan uolls pakai untuk seminggu. So maksud mencuci muka secara berlebihan adalah uolls menggunakan terlalu banyak sabun, menggosok atau menyental muka dengan kasar. Perbuatan yang kasar pada kulit wajah akan menyebabkan kemerahan pada kulit, iritasi dan juga masalah kekeringan. Kulit boleh mengelupas dan sangat-sangat pedih. Euww. 


PENYELESAIAN : Urut wajah dengan lembut menggunakan jari, atau guna scrublet yang diperbuat dari getah dan tekstur lembut.



5 – MEMILIH PENCUCI MUKA YANG TAK SESUAI DENGAN JENIS KULIT ANDA 

    Jangan disangka rakan anda pakai produk berjenama A kulit jadi cantik, uolls pun nak cuba jenama yangsama dengan harapan nak hasil yang sama. Sebagai peringatan, tidak semestinya apa yang sesuai atau menjadi pada orang lain akan menjadi pada kita. Kesilapan dalam memilih set penjagaan muka bukan sahaja kita tidak mendapatkan kesan seperti yang diinginkan malah boleh mendatangkan kemudaratkan pada kulit. Itu lagi masalah dan mungkin sukar untuk diatasi kemudian. 

PENYELESAIANNYA : Dapatkan nasihat dari pakar bagi mengenalpasti jenis & keadaan kulit uolls dan minta recommended skincare set untuk wajah uolls ok!



6 – TIDAK MEMBERSIHKAN MEKAP SEMASA BERSENAM

    Nak cantik punya pasal, tak cukup dengan muka body pun nak tip top juga. Itulah perempuan. Tapi takkanlah pergi gym atau sekadar bersenam di rumah pun nak bermake up pula kan. Ini peringatan pada uolls yang suka bermake up ketika berriadah.Bila kulit berpeluh dan bercampur dengan mekap, ia hanya akan membuatkan kulit kita lebih cenderung untuk berjerawat dan menghadapi masalah kulit. So uolls nak ke? Badan nak mantap tiba-tiba muka pula penuh jerawat.


PENYELESAIANNYA : Luangkan beberapa minit untuk mencuci muka sebelum memulakan senaman dan segerakan bersihkan badan bagi menghalang pembiakan bakteria kerana belakang badan juga cenderung untuk berjerawat.


Kredit : Iylia Hani



Monday, May 27, 2013

Cara Mudah Kenalpasti Jenis Kulit

Assalamualaikum?


    Tiada angin tiada ribut, tiba tiba aku cerita pasal "Cara Mudah kenalpasti Jenis Kulit" . Okay maybe sebab aku perempuan , memang setiap wanita akan ada satu folder dalam otak mereka cerita tentang kecantikan. Sila mengaku cepat. hihi . walaupun ucapan pembukaan entri aku hari ni macam kehausan idea , sila abaikan kemerepekan di atas . Jom baca pendahuluan yang betul., ohmybahasamelayu juga pun ni.

   Tahukan anda?, pemilihan jenis kosmetik, penggunaan skincare serta rawatan kulit yang berkesan adalah sangat bergantung kepada jenis  kulit yang anda miliki. Apabila anda tersalah di dalam membuat pemilihan produk skincare atau kosmetik yang tidak bersesuaian dengan jenis kulit, ianya samada akan mengundang lebih banyak masalah atau produk yang digunakan tidak dapat memberi kesan yang sebaiknya.

Secara ringkasnya, ada terdapat 4 jenis kulit yang biasa ditemui, jenis-jenis kulit ini adalah seperti berikut:-

1) Kulit Kering
2) Kulit Berminyak
3) Kulit Biasa
4) Kulit Kombinasi berminyak dan kering.

1) KULIT KERING

Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, mereka akan mendapati permukaan kulit adalah kurang berminyak akibat dari aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang kurang.
Pada kebiasaannya, kulit berasa seperti tegang apabila di cuci dengan air. Kadang kala kulit akan terasa perit/sakit.

Ciri-ciri fizikal kulit kering adalah:-
a) Kulit tidak berkilat
b) Pori-pori yang tidak begitu kelihatan
c) Tompok-tompok kulit yang kasar

Mekap yang di gunakan pada muka boleh bertahan dengan agak lama.

2) KULIT BERMINYAK

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, mereka akan mendapati permukaan kulit yang sentiasa berminyak akibat dari aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang tinggi.
Pada kebiasaannya, kulit tidak berasa tegang dan memerlukan pencucian yang kerap untuk terasa bersih.

Ciri-ciri fizikal kulit kering adalah:-
a) Kulit berkilat.
b) Pori-pori yang terbuka.
c) Terdapat banyak 'black head'
d) Kulit tebal

Mekap yang di gunakan pada muka yang memiliki kulit berminyak pada kebiasaannya tidak boleh bertahan lama dan memerlukan penggunaan yang kerap.

3) KULIT BIASA

Kulit biasa pada kebiasaannya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak kerana aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang seimbang di seluruh permukaan kulit.
Bagi mereka yang mempunyai kulit biasa, kebiasaannya tiada menghadapi sebarang masalah penjagaan. Kadang kala kulit muka akan terasa tegang ketika cuaca sejuk.

Ciri-ciri fizikal kulit biasa adalah:-
1) Pori-pori akan kelihatan di ZON-T
2) Bahagian tepi muka mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat

Mekap yang di gunakan pada muka bertahan agak lama. Kadang kala perlu di gunakan semula.

4) KULIT KOMBINASI BERMINYAK & KERING

Kulit jenis kombinasi ini akan mengalami keadaan yang tidak sekata iaitu terdapat kawasan yang kering dan juga berminyak di permukaan kulit.
Secara amnya, jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi ini akan merasai sebahagian dari kulit terasa tegang, tetapi sebahagian yang lainnya tidak.

Ciri-ciri fizikal kulit kombinasi ini adalah seperti berikut:-
1) Sebahagian daripada kawasan kulit kelihatan amat berkilat
2) Kulit kasar di kawasan yang lain
3) Pori-pori terbuka di sesetengah kawasan, sementara di kawasan yang lainnya pori-pori tertutup.

Mekap yang di gunakan pada muka tidak boleh bertahan lama. Memerlukan penggunaan semula yang kerap. Mekap kelihatan bertompok-tompok.


Sila kenal pasti jenis kulit anda terlebih dahulu dan dapatkan set penjagaan kulit yang bersesuaian sebelum membuat pemilihan sebarang produk skincare atau kosmetik.

Sumber : SINI

Saturday, May 25, 2013

Apa Running man ? Kenapa aku suka RM ?

Hai and Hai ?

  
    Hah' , hari ini , di mana yang aku cakap dekat entri aku sebelum ni, aku akan cakap cakap popek popek pasal Running Man kan, dan AMARAN bagi yang anti dengan kpop kpop nih, please sedia sedia plastik sampah, kalau tidak cukup sila bawah sekali dengan tong tong sampah yang berdekatan dengan anda, senang untuk memuntahkan diri. hihi *Maaf atas sindiran tahad dewa.

    Mengikut kamus wikipedia/ google , running man is :

"Running Man (Korean런닝맨) is a South Korean variety show; a part of SBS's Good Sunday lineup, along with Barefooted Friends. It was first aired on July 11, 2010. This show is classified as an "urban action variety"; a never-before-seen new genre of variety shows.[1] The MCs and guests complete missions in a landmark to win the race.[2] It has garnered attention as being the come-back program for Yu Jae-suk, the main MC of the program, after leaving Good Sunday'Family Outing in February 2010.[3] Airing at the 5 pm KST time slot for most of its run, Running Man switched to the second part of Good Sunday (which happened May 22 and May 29, 2011 with Kim Yu-na's Kiss and Cry but was quickly switched back due to low ratings) beginning May 6, 2012, airing after Kim Byung-man's Law of the Jungle 2 at 6:10 pm and airing against KBS2 Happy Sunday's 1 Night 2 Days Season 2 and MBC Sunday Night's I Am a Singer 2.[4] " Sumber : wikipedia

   Kalau mengikut kamus brain/kepala akal aku, running man ni, tempat kalau aku mau menangis aku terus tengok benda nih, memang kalau kamu faham , betul aku cakap ketawa tahap orang beranak lah engkau. wak cakap lu . And one more thing, running man bukan lah ke kpop pan betul, okay aku soal kau satu soalan . kau takrifkan Kpop nih macam mana sebenarnya? kpop = plastik ? control macho? trip cute? or what? . okay itu istilah yang terlintas dekat kepala aku lah. Tapi kalau kamu tengok Running man nih, aku rasa hilang semua benda tekrifan tu. sebab, 100% gaya artis korea dekat kaca tv kamu VS gaya dorang dekat running man berubah beb . 100% tulus mulus. aku rasa teruk lagi gaya dorang dari kita. tapi , natural lah kan, x lah juga control bagai. serius dorang buat show nih, tanpa skrip, ulang suara tanpa skrip. And lagi satu, running man punya GAME semua best best + kretif + new one = make me laugh 
    Okay aku mau bongkar satu rahsia , memang bukan rahsia sudah nih, dulu hihihihihi, aku memang peng ANTI KPOP, apa sahaja yang berkaitan dengan korea , aku hate hate gila. tapi lepas aku join abang aku tengok running man nih. hah' ambik kau. lima hari lima malam tanpa henti aku tengok benda alah nih seja. aku rasa orang yang tengok running man ni pun  rasa benda yang aku rasa, baik mengaku. Kan sudah kena karmaaa, hah' karmaaa . haha. Sekarang memang lah kamu cakap :

"apa lah kau tergila dengan RM tu "  

"RM RM Ringgit malaysia erk ? " 

"orang gila seja tengok running man tu " 

" aku tak minta korea , sorry " 

"tak masuk akal langsung"

" aku tak paham apa dia cakap, anyosayor, kamsamnida, apa kebende? "

      Tapi lepas kamu tengok, and Faham yerr, baru kamu tau macam mana best nya running man ni, memang lah kamu tidak paham apa dia cakap, Kan sub tittle English kan ada, kalau tidak paham pun Bahasa Melayu pun ada, pilih saja, kalau BM pun x pass, aku sarankan pi masuk tadika balik. Haha, Jom tengok antara gambar gambar running man.

kwang soo and ji suk jin 
easy brother.



ji suk jin.

baru bangun, mana kau cari artis baru bangun berus gigi pun belum.

they don even care about their image


satu satunya perempuan dalam running man, song ji hyo

cute jihyo

monday couple . gary and ji hyo

family running man.

Song Jihyo, sleeping beuty


she never care about her image, this why i like he


pernah nampak model tidur, hah' ini dia.



Lee Kwang Soo
 he is kind of annoying but it wouldn't be runningman without him 


     Okay ini antara gambar yang aku seludup dari mr google, I love running man, mereka Ohsem . no control control maa. And next entri aku akan bagi nampak terang terang identiti dorang masing masing, mula mula aku pun tidak pecaya, ada diantara dorang ni model , sebab tengok dari gaya dorang dekat sini, memang tiada contro montrol, luah habis reaksi muka dorang. kau ambil gambar dorang masa tidur kah , tiada lah dorang kesah sana tuh. that why i'm falling in love with them.

Nota kaki : Kan aku sudah cakap bawa lah sedia sedia tong sampah. kan sudah termuntah tuh, mop balik ar, kotor sudah blog aku.  Lepas nih , kalau singgah blog aku jangan lupa bwa plastik ar. hahaahaha . panjangkan entri aku. 

Pembunuh Datuk Sosilawati Di Hukum Gantung Sampai Mati



Pembunuh Datuk Sosilawati Di Hukum Gantung Sampai Mati ! | Setelah hampir tiga tahun menunggu, menanti dan mengikuti berita serta perbicaraan pembunuhan kejam terhadap Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 rakannya yang lain, akhirnya keputusan perbicaraan kes pembunuhan juta
wan kosmetik tersebut telahpun dijatuhkan.

datuk-sosilawati-lawiya-hilang-mati-dibunuh
Keratan akhbar

YangDibunuhKesSosilawati+(1)


Tertuduh, peguam, N.Pathmanabhan dan tiga bekas pekerja ladang dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin.

Mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan bermula pada 4 Julai 2011.

Pihak pendakwaan katanya, berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui keraguan munasabah.

DihukumGantungKes+Sosilawati
Gambar Pesalah Yang Ke Tali Gantung
TIGA tertuduh kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, R Matan (kiri), T Thilaiyalagan (dua kiri) dan bekas peguam N Pathmanabhan (kanan) diiringi anggota polis selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pathmanabhan, T.Thilaiyagan, R. Matan, dan R. Khatavarayan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh Sosilawati, pegawai bank, Noorhisham Mohamad, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin,

Kesalahan dilakukan di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.


Read more: http://www.aynoranur.com/ http://www.aynoranur.com/2013/05/pembunuh-datuk-sosilawati-di-hukum.html#ixzz2UGKqM8b2


Friday, May 24, 2013

HOT : Budak 2 Tahun Mengaji Al-Quran

Assalamualaikum?

Pagi pagi nih aku ada buka youtube, and sorry lupa salam jumaat. aku ingatkan hari sabtu hari ni, biasalah budak rajin pergi sekolah, mana lah mauingat cuti cuti  ni.  haha. okay, straight to the point , aku mau tunjuk dekat kamu kamu kamu youtube budak yang 2 tahun yang pandai ngaji Al-Quran . comel.



Jom Ngenda youtube.


Ngenda = Tengok . Bahasa bajau ba nih. haha

Thursday, May 23, 2013

Tentang Blog Aku Dulu, Kini dan Akan Datang.

Assalamualaikum?

Peta minda dari cik googelesss

KENAPA BLOG AKU "ROJAK CAMPUR" ?

    Aku Dapat ilham buat nama blog nih sebab, waktu firstime aku buat Blog , aku Tengah Makan Rojak Campur, dalam Rojak tuh kan banyak bahan bahan ramuan yang di campur . Dalam masa yang sama aku pun tengah terfikir , APA ? Apa yang patut aku update , publish dalam blog aku. 
     Okay to be honest , banyak yang melayan layang dalam fikiran aku time tuh, buat cerita sendirilah, buat cerita artis, buat cerita pemandangan lah,buat cerita TvShow lah, Buat perniagaan lah ,  buat itu lah ini lah. Jadi aku pun bingung sendiri.
     Memandangkan banyak cerita cerita yang berlainan topik yang aku mahu publish, jadi dengan tidak semana-mananya aku pun meletakkan mengaitkan benda yang aku buat makan dan sebagainya. memandangakan aku tengah makan rojak sambil dengar lagu dulu dulu najwa latif, sambil tengok cerita Detektif conan, Aku pun memilih nama blog dengan beberapa cadangan hasil perbincangan dari  Mrs Otak dan Mr Brain aku, aku pun mengambil nama . "Blogger Rojak Campur" . sebenarnya aku mau letak "blog rojak campur" baru sesuai, tapi sudah terlanjur tulis, aku pun dengan malasnya mengabaikan perkara tersebut.
      Oleh yang demikian, jangan lah hairan kalau aku post benda benda yang tiba tiba tiada kaitan langsung dengan tema blog aku. 

MASA AKAN DATANG ? HARI INI ?

Masa akan datang atau mula hari ini aku mau tulis apa yang aku suka, maybe kamu pun suka.Aku cuba try test ujian exam untuk menggunakan kaedah SEO . harap dapat lah aku mengembangkan trafik dalam blog aku. contohnya aku  update atau publish , tips tips kecantikan kah even muka aku KO , atau Tips exam walaupun aku punya markah nyawa nyawa ikan , atau aku post pasal Artis Artis Artis yang tengah berkontroversi dan semestinya dan wajib aku post pasal RUNNING MAN, hewhew . #pergi ambil baldi muntah kejap. Aku tergila kejap Dengan Running man, lepas aku cakap cakap itu ini sila lah jangan berhenti untuk kunjung ke blog aku.



Nota kaki : Hari ni aku mau edit serba serbi blog aku kejap, baru aku buat blogwalking king king.

Wednesday, May 22, 2013

3rd Annivesary GA Blog by Emas Putih

As-Salam


22 MAY 2013 - 05 MAY 2013



   Hari ini aku Join Giveaway dari Kak Uzu, yang lebih dikenali dengan nama blog beliau Emas putih. jadi yang rasa diri dia pemalas dan perajin sila join ga nih. hoho hope ada luck :) Para para sponser, dalam proses  melaksanakan tanggungjawab :)

Tuesday, May 21, 2013

Eina Nak Saman Ibu Kekasihnya, Dakwa Wanita Itu Kurang Siuman!





SUSULAN kontroversi tiga penjuru yang menimpa pelakon, Eina Azman dengan ibu kepada pelakon, Afiq Muiz dan pelakon lelaki terbabit, Eina hari ini menegaskan untuk menyaman Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Minggu lalu, Eina memberikan tempoh selama tujuh hari kepada ibu Afiq untuk meminta maaf kepadanya secara terbuka selepas didakwa menyebarkan fitnah ke atas dirinya.
Ketika ditanya soal penerimaan Afiq terhadap hasratnya untuk menyaman Hasliza, pelakon Mimpi Cinderella itu mengakui tidak mendapat tentangan dari Afiq.
“Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh.
“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut…sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini,
Menegaskan mempunyai bukti terhadap ‘serangan’ dari pihak Hasliza, Eina tetap meneruskan hasrat untuk menyaman wanita berusia 48 tahun itu.
“Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah,” katanya.
Eina yang dikaitkan dengan kisah Hasliza yang mendakwa Afiq Muiz sebagai anak derhaka, menyifatkan kontroversi tersebut sebagai murahan.
“Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina?
“Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah kontroversi murahan yang meminta simpati,” katanya. – Sinar Harian Online

Nota kaki : nih artis mau makan kaki kah betis ?
Sumber : SINI


Terima keputusan.

Assalamualaikum?

       Hari ini, aku dengan secara tiba tiba rajin mendatangkan diri ke sekolah dengan alasan aku mau tau berapa markah exam aku yang hari tuh seja, pasal aku tau mesti cikgu datang kelas x mengajar punya. Aku target sekarang nih, mesti lulus BM dengan Sejarah lah. sebab , kalau lulus semua pun kalau sejarah atau Bahasa melayu tu gagal , sama juga cerita dia, gagal is gagal. So , Setibanya cikgu cikgu aku yang berhati suci lagi murni itu ke kelas, kami pun mengekori beliau dari belakang. *okay ini tipu .
     Dengan muka yang tidak tahu malunya tambah tambah dengan ekisted gilak, kami pun tanya apa keputusan yang kami dapat, tengok punya tengok punya tengok lagi. sila tunggu selepas cuti, nescaya keputusan akan berada di tangan kamu. T______T . Hati hancur berderai. The End.


ahhh, Apa? tunggu lepas sikula. cilaka.


Nota kaki : Sebenarnya, cerita di atas adalah rekaan semata mata untuk megisi blog yang cantik lagi bersih ini. :D

Monday, May 20, 2013

Tidak sekolah ada sebab.

Assalamualaikum?

let's begin.

    Hari nih aku bukan malas sekolah, alaa banyak juga pun orang macam aku tidak sekolah lepas exam semester habis. Tapi aku lain, aku budak baik .Hari ni aku buat cuti sendiri , memandangkan Kerja Kursus Perakaunan aku belum siap ditaip, dengan langkah yang bijak aku pun tidak menyekolahkan diri ini. Aku harap tiadalah halangan untuk aku menempuhi dugaan menaip ini. *ayat minta kena tumbuk.
    Sebagai seorang budak dan murid yang baik hati lagi suci dan murni, aku mau kasi habis semua kerja kursus hari ini, lepas tu , besok boleh lah i dancing dancing youu. Lepas habis kerja , hehehehehe blogberjalan lah jawabnya.


Nota kaki : ampun cikgu. selamat hari guru.

Saturday, May 18, 2013

Bangun semula.

Assalamualaikum?


*credit to mr google

       Sekian lama aku tidurkan blog ini, dengan meninggalkan entri entri lama, sekarang aku bangun semula dari tidur yang panjang. hujan rintik rintik,ombak bergelora, mendung mendatang semacam, hamboii, ayat aku pun jadi lain macam. okay stop being like this @!$#$%$.
       Aku rasa macam mau mula berbloging macam dululah, kalau aku tidak sebusy bak pedana menteri, okay lah . cantek, jalannn. Entri iini aku buat, pasal aku mau kasi tahu yang aku ada buat satu blog yang khas untuk bloglist sahaja, siapa rasa mau kena bw, atau mau exchange bole seja pegi ke blog tu. Aku buat tu pun, sebab senang aku mau bw, tidak juga aku juling juling mata mau cari nama kamu untuk bw, teheee.
     Aku dengan rasminnya , ingin merasmikan blog yang khas untuk bloglist aku, BLOGLIST SHASHAYACOB . klik jangan tidak klik. aku sudah buat pembahagian peringkat. cewahh. sila lihat tengok dan see more. :)


CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala