Showing posts with label #PrayForMH370. Show all posts
Showing posts with label #PrayForMH370. Show all posts

Monday, March 17, 2014

Lagu Khas Buat Student SPM Batch96



Do you know this song? let's sing with me till the sun rise . Lalalalalalalalalalalalalalala ~ debaran debaran menjelma lagi di pagi hari yang sungguh indah ini, berduduknya aku di depan laptop ini adalah keranaa, result spm is coming. 20/3 for sure.


Dear pembaca blog sekalian, mohon doa dari anda anda semua. :')

Thursday, March 13, 2014

Ajak Shiro Kena Denggi

 
Ajak shiro, shiro, demam denggi


Oleh Izzat Ismail. Kredit foto peribadi @ajakshiro di Instragam

Sejak kebelakangan ini, golongan artis turut tidak ketinggalan menjadi mangsa denggi yang semakin berleluasa. Selepas Shamsul Yusof, terbaru dikatakan Ajak dari kumpulan Shiro turut telah ditahan di hospital akibat terkena penyakit yang sama. Ajak telah dimasukkan ke Hospital Pakar Kluang Utama, Johor selama beberapa hari.

Walau bagaimanapun, anak jati Johor ini mengakui kurang selesa untuk tinggal di wad tersebut. Bukan kerana faktor sekeliling, Ajak berasa lebih selesa untuk berehat dirumah serta berjanji untuk mengikut segala arahan yang telah diberitahu oleh doktor. Oleh sebab itu, dia mengambil inisiatif untuk minum banyak air dan platlet darahnya naik dan telah diberi kebenaran untuk pulang ke rumah atas jaminan sendiri.

Sebelum itu, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak sempat melawat seorang kanak-kanak yang menghidap sakit teruk di Negeri Sembilan. Dia turut telah dimaklumkan oleh rakan baiknya yang peminat cilik itu merupakan peminat tegar yang tidak putus putus memberikan sokongan sejak dari kumpulan Shiro beraksi di Raja Lawak.

Atas dasar kemanusiaan dan keperihatinan, pemuda berusia 28 tahun ini mengambil inisiatif untuk menziarahi peminat tersebut dan telah berjaya membawa sinar keceriaan walaupun hanya seketika. Buat masa kini, Ajak akan berehat di rumah dan akan mula menyambung aktiviti seni sejurus sembuh seperti sediakala.

Here , instagram Ajak Shiro, walaupun pun dia tengah kena demam denggi, sempat lagi buat ucapan singkat untuk MH370. Semoga Ajak Shiro Cepat Sembuh.


Cc: EraFM

Pelakon lagak ngeri antara penumpang MH370



"Fearless", "The Expendables" dan "The Forbidden Kingdom", #MalaysiaAirlines, #MH370, #PrayForMalaysianairlines, #PrayForMH370, Pesawat, Let's Pray, Malaysia, Artis,

Hari ini , sudah  masuk hari ke enam kehilangan pesawat MH370 . Doa + usaha = masih ada harapan lagi. Jangan berhenti untuk berdoa. In Syah Allah ada jalan. Kalau sudi bagi kata kata semangat untuk ahli keluarga mangsa kehilangan pesawat MH370 . boleh lah buat insta video di intagram dengan hashtag " #Kami Menantimu MH370" ,Lebih lanjut sila ke SINI.
Sebenarnya dalam pesawat MH370 ada seorang Pelakon Lagak ngeri  yang turut menggunakan penerbangan MH370 ini.
AstroAwani
"Syarikat perfileman Netflix dan The Weinstein Company mengumumkan pakar seni mempertahan diri Ju Kun, adalah antara penumpang MH370. Beliau pernah membawakan watak yang dibawa Jet Li untuk filem "Fearless", "The Expendables" dan "The Forbidden Kingdom"

Lebih lanjut , boleh la klik SINI .

let's keep on praying for them & hoping for miracles to happen.
#MH370

Tuesday, March 11, 2014

Video Instagram khas Kami Menanti Mu MH370





Hari ini sudah masuk hari ke-4  bagi misi mencari pesawat MH370. Kehilangan Pesawat MH370 ini mendapat perhatian ramai dari kalangan artis dan dari orang luar negara. 

Dengan kehilanganya pesawat MH370 , Sebuah akaun Instagram dibuat khas bagi menyampaikan mesej mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu. Antara yang memulakan ucapan ini adalah penyanyi, Nurheliza Helmi. Mari kita saksikan antara video ucapan dari Instagram KAMI MENANTI MU MH370. 

Bagi sesiapa yang rasa ingin membuat ucapan semangat terhadap ahli keluarga mangsa kehilangan pesawat MH370 ini, boleh lah membuat video di instagram sendiri, tanda sokongan kita terhadap mereka , berilah kata kata semangat dan jangan lupa untuk terus mendoakan Pesawat MH370.

Bagi sesiapa yang mau tengok instagram mereka , bolehlah melawat website astro awani di SINI .#KeepPraying #PrayForMH370 


KAMI MENANTI MU MH370

Sunday, March 9, 2014

#PrayForMH370 : Jangan Berlagak Pakar

Assalamualaikum?

 #PrayForMH370 #PrayForMalaysianairlines #MalaysiaAirlines
Hari ini aku buka twitter, buka, facebook, buka website berkenaan MH370 ini. Banyak yang aku baca menyampaikan berita berita palsu. Tolonglah wahai rakyat rakyat yang prihatin, jangan sebarkan berita palsu, cuba fikir sikit perasaan orang lain. Dan wahai rakyat prihatin, janganlah marah dengan kelambatan update isu isu macam ini. sila baca di bawah nih

I'm totally agree with this . Read .


Saturday, March 8, 2014

Ahli keluarga tahu berita pesawat MAS hilang menerusi Facebook

Assalamualaikum?
Marilah kita sama sama mendoakan mereka yang berada di pesawat #MH370. Banyak berita yang kebenarannya belum di kenalpasti lagi. oleh itu , doa sahaja yang dapat membantu meraka. di bawah  nih adalah doa untuk orang yang ditimpa masalah. mari berdoa buat mereka. 

#MH370, #PrayForMH370
Disini ada cerita berkenaan " ahli keluarga yang tahu berita pesawat MAS hilang menerusi Facebook. " cerita nih aku copypaste dari yahoonews :)
 

Anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini mendapat berita mengenainya melalui Facebook.
Adik kepada seorang daripada penumpang pesawat itu Mohd Lokman Hamid, 31, berkata kakaknya Norli Akmar Hamid, 33, dan pasangannya, Mohd Razahan Zamani, 23, merancang untuk ke Beijing sejak awal tahun ini dan dia hanya mengetahui pasangan itu berlepas ke sana melalui status Facebook kakaknya tengah malam tadi.

"Kakak dan abang ipar saya dah lama rancang nak pergi bercuti ke Beijing," kata kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Kokitab, Gong Badak di Kuala Terengganu hari ini.

Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi ini.

Katanya dia mengetahui berita itu juga melalui status yang dimuat naik seorang daripada rakannya di Facebook awal pagi ini sebelum memutuskan untuk menghubungi MAS untuk perkembangan lanjut.

"Masa saya mula-mula telefon MAS belum dapat sahkan status tersebut (kehilangan pesawat MH370) tapi dia (MAS) cakap akan telefon semula untuk pengesahan dan bila dah terima pengesahan hati saya rasa tak menentu dan saya cuba telefon mak dan adik-beradik lain yang menetap di Kuala Lumpur.

"Macam-macam spekulasi saya tengok berkaitan kehilangan pesawat itu. Ada yang kata dah mendarat kat Nanning (China), ada kata sebab masalah GPS (sistem penentu kedudukan global) dan macam-macam lagi kini saya cuma doakan mereka berdua serta penumpang-penumpang lain berada dalam keadaan selamat," katanya.

Sementara itu, Mohd Lokman berkata percutian kakaknya itu boleh diibaratkan sebagai bulan madu mereka yang dirancang selepas kakak saya mengalami keguguran sebelum ini," katanya yang juga anak kedua daripada empat beradik itu.

Pasangan berkenaan merupakan sebahagian daripada 227 penumpang termasuk dua bayi serta 12 anak kapal dalam pesawat itu. – Bernama, 8 Mac, 2014.


Oleh itu, kita sebagai rakyat malaysia, kita janganlah buat permainan kes kes macam nih, adalah lebih baik kita berdoa buat mereka . Dalam kes sebegini tiada yang bersalah, bukan salah MAS, bukan salah PILOT, bukan salah sesiapun,  kerana apabila allah berkata 

" Kun Faya Kun " Maka dengan sekelip mata benda itu terjadi"

Then let's just pray for MH370 :')

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala