Marilah kita sama sama mendoakan mereka yang berada di pesawat #MH370. Banyak berita yang kebenarannya belum di kenalpasti lagi. oleh itu , doa sahaja yang dapat membantu meraka. di bawah nih adalah doa untuk orang yang ditimpa masalah. mari berdoa buat mereka.
Disini ada cerita berkenaan " ahli keluarga yang tahu berita pesawat MAS hilang menerusi Facebook. " cerita nih aku copypaste dari yahoonews :)
Anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor
hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari
ini mendapat berita mengenainya melalui Facebook.
Adik kepada seorang daripada penumpang pesawat itu Mohd Lokman Hamid,
31, berkata kakaknya Norli Akmar Hamid, 33, dan pasangannya, Mohd
Razahan Zamani, 23, merancang untuk ke Beijing sejak awal tahun ini dan
dia hanya mengetahui pasangan itu berlepas ke sana melalui status
Facebook kakaknya tengah malam tadi."Kakak dan abang ipar saya dah lama rancang nak pergi bercuti ke Beijing," kata kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Kokitab, Gong Badak di Kuala Terengganu hari ini.
Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi ini.
Katanya dia mengetahui berita itu juga melalui status yang dimuat naik seorang daripada rakannya di Facebook awal pagi ini sebelum memutuskan untuk menghubungi MAS untuk perkembangan lanjut.
"Masa saya mula-mula telefon MAS belum dapat sahkan status tersebut (kehilangan pesawat MH370) tapi dia (MAS) cakap akan telefon semula untuk pengesahan dan bila dah terima pengesahan hati saya rasa tak menentu dan saya cuba telefon mak dan adik-beradik lain yang menetap di Kuala Lumpur.
"Macam-macam spekulasi saya tengok berkaitan kehilangan pesawat itu. Ada yang kata dah mendarat kat Nanning (China), ada kata sebab masalah GPS (sistem penentu kedudukan global) dan macam-macam lagi kini saya cuma doakan mereka berdua serta penumpang-penumpang lain berada dalam keadaan selamat," katanya.
Sementara itu, Mohd Lokman berkata percutian kakaknya itu boleh diibaratkan sebagai bulan madu mereka yang dirancang selepas kakak saya mengalami keguguran sebelum ini," katanya yang juga anak kedua daripada empat beradik itu.
Pasangan berkenaan merupakan sebahagian daripada 227 penumpang termasuk dua bayi serta 12 anak kapal dalam pesawat itu. – Bernama, 8 Mac, 2014.
Oleh itu, kita sebagai rakyat malaysia, kita janganlah buat permainan kes kes macam nih, adalah lebih baik kita berdoa buat mereka . Dalam kes sebegini tiada yang bersalah, bukan salah MAS, bukan salah PILOT, bukan salah sesiapun, kerana apabila allah berkata
" Kun Faya Kun " Maka dengan sekelip mata benda itu terjadi"
Then let's just pray for MH370 :')
Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan... amin
ReplyDeleteAssalamualaikum sha. sedihnya. semoga Allah permudahkan urusan pencarian mh370...
ReplyDeleteBenda tak pasti, tak bolehlah nak menyalahkan sesiapa. Kasihan pada pilot yang hingga kini belum tentu apa nasibnya. Nak salahkan MAS pun cuba tengok rekod kapal terbang mereka yang terhempas - 37 tahun lalu. Nak salahkan penumpang kenapa pulak? Nak salahkan crew yang pakai skirt pendek. Alahai...kesian betul mereka nih.
ReplyDeleteTunggu ajelah kesahihan berita. Pray for MH370. Moga mereka berjaya ditemui, dan kembali ke pangkuan keluarga.