Showing posts with label Jep Sepahtu. Show all posts
Showing posts with label Jep Sepahtu. Show all posts

Saturday, March 1, 2014

Keyword : Jep Sepahtu Tunang Orang

Jep Sepahtu Bertunang

Keyword Jep Sepahtu Bertunang nih semakin Femes/meningkat di carta blog aku . Pecaya atau tidak tengok gambar di bawah nih, nih aku Printscreen dari Nuffnang dengan Blog aku.

tunang Jep, Jep Sepahtu
klik untuk lebih jelas
 Keyword Blog:

jep sepahtu tunang
tunang jep sepahtu
jep sepah tunang
jep bertunang
jep sepah bertunang
jep sepahtu bertunang
gambar tunang jep
jep sepahtu dan tunang
jep sepahtu tunang ??

gambar tunang Jep, Jep sepahtu bertunang
Keyword Nuffnang :

jep bertunang
jep sepahtu bertunang
jep sepah bertunang

Mengikut analisis aku sendiri, ramai yang cemas bila keluar artikel pasal Pertunang Jep Sepahtu nih, jangan risau wahai tuan tuan dan puan puan sekalian. Jep sepahtu suda membuat pengakuan bahawa beliau melalui instagramnya yang dia belum lagi bertunang. masih belum Percaya ? Klik SINI . Di artikel tu, semua suda ada penerangan yang jelas tentang status Jep Sepah.


Kalau mau baca banyak lagi tentang Jep Sepah ini, boleh lah klik link link di bawah nih :)

Jep Sepahtu Tunang Orang ?

Perang Dingin Jep dan Shahrol, Ajak Tak Nafikan Atau Iyakan

Persamaan Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro

Jep Sepahtu Ada Kembar ?

Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak

NotaKaki :Sekali sekala promote link sendiri , tidak apa bah kan ? Heheheheh Lagi pun i peminat Jep Sepahtu dan Shahrol shiro. Hee *apakaitan. haha

Tuesday, February 25, 2014

Jep Sepahtu Tunang Orang ?

Assalamualaikum?

Tadi awal pagi lagi aku jalan jalan di facebook meronda ronda cerita baru, tup tup nampak Gambar Artikel berkenaan "Jep Tunang Orang" Terkejut beruk , singa, harimau segala aku. Cuba tengok gambar bawah nih.


Dengan tidak semana mana aku terus ke instagram Jep Sepahtu, kuusss semangat, rupanya berita atau gossip ini adalah penipuan semata mata. jom baca komen abang Jep kitew nih. hehehehehe

PART 1

"Kusssssss semangat!! petang2 hari dpt msg dari abg "sejak bila pulak kau bertunang tak bgtau aku?"..alaaaaa klu betul kan bagus..saya pun dah mula tengok "kalendar2"lama dah ni...haha alaaa mati la nak..#metroahadesok..#abangakukerjasana"
 PART 2

"Test 123..volume mic naik kan sikit..test test..ok just nk bgtau pasal artikel "jep tunang orang" tu tak benar..hanya gosip semata..jadi yg msg n call tanya saya direct, itu lah jwpn nya..(tak nak lah jadi tanggang 'bertunang' pun mak ayah tak tau)..sekiannn..off mic plss..lampu padam 😁"

NotaKaki: Kepada si pembuat gosip, sila bertanya kepada tuan badan dahulu sebelum membuat artikel sebegini, aku bagi kaki kang. Hah'



Monday, February 24, 2014

Perang Dingin Jep dan Shahrol, Ajak Tak Nafikan Atau Iyakan


Jep Sepahtu, Shahrol Shiro, peperangan

Kecoh sebelum ini menerusi akhbar tempatan yang mendakwa dua orang pelawak terkenal tanah air iaitu Shahrol Shiro dan Jep Sepahtu dikatakan bergaduh dan tidak ‘sebulu’ akibat perselisihan faham yang berlaku antara mereka berdua.
 
Apa yang menjadi tanda tanya adalah kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh dua orang pelawak ini sehingga mencetuskan kekeliruan peminat-peminat mereka di mana Shahrol mengakui kecewa dengan Jep yang menunjukkan sikap dingin terhadap dirinya. 

Namun menerusi laporan media baru-baru ini, Jep pula menafikan bergaduh dengan Shahrol dan menganggap bahawa dakwaan Shahrol tidak berasas dan tidak ada apa-apa masalah dengan Shahrol.
Bercakap kepada Astro Gempak, Ajak yang juga salah seorang teman rapat Shahrol tidak menafikan atau mengiyakan kes pergaduhan yang berlaku antara Shahrol dan Jep sebelum ini.

“Sejujurnya saya  tidak mahu dan tidak berani untuk beri sebarang komen tentang perkara ini. Tetapi sekiranya, sekali lagi saya ulang sekiranya Shahrol dan Jep bergaduh diharapkan ianya tidak berpanjangan. 

“Pergaduhan antara mereka berdua  ini saya tidak mahu menafikan mahupun mengiyakan. Mungkin saya sendiri terlepas pandang tentang perkara ini. Contoh terdekat, ketika program MLM 2013 saya tidak nafikan kami para peserta sedikit tertekan kerana risau fikir pasal persiapan persembahan untuk gelanggang akhir. Mungkin dari situ muka nampak tak ceria dan buat rakan-rakan lain rasa berkecil atau terasa hati,”  jelas Ajak ketika dihubungi.

Ajak Shiro, shiro menangis
Ajak Tidak Menafikan Atau Mengiyakan Perang Dingin Shahrol dan Jep 

Tambah Ajak lagi, dia sendiri tidak mahu perkara seperti ini berpanjangan sekiranya benar ada sedikit perselisihan faham antara Shahrol dan Jep seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

“Kalau betul ada perselisihan faham antara mereka harap kedua-duanya dapat berdamai secepat mungkin sebab saya takkan perkara ini seperti menjejaskan perhubungan mereka berdua. Sebab Shahrol dan Jep sebelum ini sangat rapat dan kami mewakili pelawak kelahiran negeri Johor.

“Kami berada di bawah satu bumbung, jadi tak mahu disebabkan perkara seperti ini akan jejaskan perhubungan yang terjalin erat sejak dahulu lagi. Tapi saya percaya mereka akan berdamai dan tidak timbul isu untuk bermusuhan sampai bila-bila,” ujar Ajak mengakhiri perbualan.

NotaKaki : Sebagai Peminat yang prihatin. tolong lah wahai shahrol dan jep, untuk berbaik baik seperti sedia kala.

Cc:Astrogempak

Sunday, February 9, 2014

Zizan Razak Dan Hafiz Suip Kaut Hadiah #AnugerahMeleTOPEra [13 GAMBAR]

  #AnugerahMeleTOPEra
Anugerah MeleTOP ERA adalah anugerah terbaru yang memberikan kuasa kepada orang ramai untuk menentukan siapakah pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Anugerah Top Top Lelaki #MeleTOP: Zizan Razak (TOP)

Anugerah Top Top Wanita #MeleTOP: Zara Zya(TOP)
 



Zizan Razak
 Tahniah Zizan razak sebab kaut banyak anugerah dekat  #AnugerahMeleTOPEra ini.
Ketegori Anugerah yang di menangi oleh Zizan Razak

Anugerah Fesyen #MeleTOP: Zizan Razak
Anugerah Bintang Siber #MeleTOP: Zizan Razak
Anugerah WeChat #Meletop: Zizan Razak
Anugerah Top Top Lelaki #MeleTOP: Zizan Razak (TOP)

Hafiz juga antara artis yang banyak menerima anugerah pada malam ini.

Anugerah Group/ Duo #MeleTOP: Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza
Anugerah Penyanyi #MeleTOP: Hafiz Suip
Anugerah Lagu #MeleTOP: Bahagiamu Deritaku - Hafiz Suip 

 
Tahniah juga buat cik Zara zya kita. yang memegang watak zara dalam "I Love You MR Arrogant", telah memenangi anugerah

Anugerah Artis Baru #MeleTOP: Zara Zya
Anugerah Top Top Wanita #MeleTOP: Zara Zya(TOP)

Tidak lupa juga tahniah buat semua pemenang pemenang #AnugerahMeleTOPEra Malam ini.

Anugerah Bintang TV #MeleTOP: Jep Sepahtu #AnugerahMeleTopERA

Anugerah Filem #MeleTOP: KL Gangster 2 


Anugerah Artis Serantau #MeleTOP: SleeQ

Anugerah Bintang Filem #MeleTOP: Aaron Aziz


Anugerah Program TV #MeleTOP: Maharaja Lawak Mega 2012


Anugerah Couple #MeleTOP: Nabil Ahmad & Nazirah
Anugerah Penyampai Baru Radio #MeleTOP: Nabil ERA fm

 
Dan yang Lastly, Radio Mak Jemaah

Anugerah Program Radio #MeleTOP: #JoHaRa Pagi ERA 



Cr Gambar : Page ERAFM

Saturday, February 8, 2014

MISI PENAMAT : Maharaja Lawak Mega 2013

Assalamualaikum?

Persembahan pembukaan Maharaja Lawak Mega dengan berbekalkan Zombie Kampung Kangkung Dengan di iringi lagu Havoc dari Altimet (@altimet), Joe Flizzow (@flizzow) dan SonaOne (@ItsSonaOne). #Havoc yooo ~. Boleh tahan leww.


Di ikuti Dengan juri juri Maharajalawak Mega 2013 . Yusof haslam, Luna Maya, Sheikh Haikal, Nora Denis.

    First of all, malam final Maharaja Lawak Mega cukup gempak dengan rekaan stadium dan sound sound dan semangat penyokong Penyokong MLM13, Di ucapkan tahniah kepada Para para  Disebalik tabir yang telah menjayakan Persembahan Maharaja Lawak Mega 2013 ini. uoll's doing great job guys. #Respect
    For me , walaupun aku minat Shiro tapi aku respect dengan kumpulan Bocey, even dorang masih baru dalam dunia lawak nih, tapi setiap persembahan yang dorang buat, still fresh and white woo. tapi kalau sudah bukan rezeki apa boleh buat. and For Sepahtu , Tahniah , kamu pun memang layak dapat gelaran juara. No worries.
   Jambu , you memang jambu lahh, takpa jambu tempat keempat pun, empat lah. janji duit masyuukk. Lagu ragge akan sentiasa di ingatan. For Nabil, you know what, ramai respect dengan kau, kau solo , idea memang susah mau dapat, tapi kau sudah buat yang terbaik tadi. No hal lah, ohh lupa lagu kau tadi buat hati ini sebak seketika.
      Shiro, walaupun kamu tidak dapat mengelarkan diri menjadi juara, tidak apa "I will still love you guys" hihi. Ohh Shahrol, Kalau mau ambil lesson ikat kain , sila sila PM saya okay. hewhew x) .Okay jom cuci mata dengan gambar yang aku seludup dari page Maharaja Lawak nih.


Nabil malam nih aku rasa okay seja. Lawak pasal makbapa dia and so on. and yang musical komedi tu yang buat waa sebak, Tersurat dan tersirat betul makna lagu yang nabil bawa malam nih. #Respect

 Ohh mai Shiro, Saya Mujibbur dari Bangladesh akan sentiasa di ingatan. Ingat yerr Sharull kalau berminat mau belajar ikat kain jangan malu malu jumpa saya. hihihi

Boceyy, Lawak Fresh and White uoll's  buat menghiburkan hati Ramai peminat. saya bagi lima bintang + Respect

Jambu, you uoll's did great job even ada kurengs sedikit. tapi takpa muka legend hati tetap cute. your Ragge tidak akan dilupakan.

 Sepahtu, Tahniah sebab berjaya merampas gelaran juara. Ohh lagi satu, suara Shuib memang menabat hati gua yang lara nih. heww x)

 Result Malam ini :

1.Sepahtu
2.Shiro
3.Bocey
4.Jambu
5.Nabil

Aku tidak pandai mengomen lebih lebih . entri ini hanya untuk menyokong industri tanah air, #EhBetulka? hihi. Yang Penting SHIRO tetap menjadi Pojaan hatiku. 

Ohh sebelum terlupa.Tulang belakang Maharajalawakmega Dato AC Mizal Peace Yaww .

Cr: page maharaja lawak

Thursday, February 6, 2014

Persamaan Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro

Assalamualaikum?


Instagram Shahrol_shiro update:

"Aku dah ckp dah kalau hp tinggi sikit mesti kita nampak comel jep.."

Intagram Jep sepahtu Update:

"Yes!! Dah nmpk perbezaan..bibir aku lagi beso dr kau rol @shahrol_shiro




Suara dorang pun hampir sama bah. hihi

Sumber : instagram abang Sarul and Jep . hewhew

Friday, January 31, 2014

Jep Sepahtu Ada Kembar ?

Assalamualaikum?


Betul Ke Bohong ?

Kalau salah anda kena karannnn

Jangan kemana mana , Wa  kenal mak lu 

Betul Ke Bohong?

Sila baca dan lihat kesahihannya dibawah.

      Sabar sabar bawak bertenang. hehehe . Sebenarnya Disebabkan artikel Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak nih mendapat sambutan yang hangat , aku pun geledah rumah abang Jep di instagramnya.  Sewaktu aku sibuk berjalan jalan untuk men- Stalk Instagram Abang Jep Sepahtu nih . Aku nampaklah lah Abang Jep kita ni Upload Gambar kembar dia. Cer tengok. Hehehe Jangan marah, Jangan marah. benda boleh boleh bincang. Dengan Tercetusnya gambar nih . Dapatlah idea aku untuk Update  Blog.

Sama idok? Hahahaa

          Ayat abang Jep yang x Boleh blah. ''Alaaaa mati la nak bibir sama..hahaha!!"

Walau banyak mana gossip yang melanda abang Jep nih. Kami tetap sokong abang Jep. Fighting!


Nota : Lebih sopan panggil JepSepahtu dengan gelaran abang, daripada pakcik Jep. hewhew :3

Thursday, January 30, 2014

Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak

Assalamualaikum?




       Hari nih aku cerita sikit pasal Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak . Okay, sejalan jalannya aku ke cik google untuk google kisah Hidup Jep Sepahtu . aku terjumalah artikel mengenai Jep Sepahtu ini atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin


Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak |  Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.
Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.









“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat. * you desrve my respect

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.



Sumber : Kezoom . Gambar : Google.

Wednesday, January 15, 2014

Jep Sepahtu Dilamar Peminat?

PETALING JAYA: Pelawak Jepp daripada kumpulan Sepahtu menceritakan pengalaman dia pernah dilamar peminat untuk dijadikan suami.



Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, kebanyakan mereka melamarnya menerusi laman sosial Twitter dan aplikasi Wechat tetapi dia tidak membalas permintaan itu semata-mata mahu menjaga hati mereka.

"Kalau saya cakap, orang kata syok sendiri pula. Tetapi ada la beberapa peminat yang nak jadikan saya sebagai suami mereka.

"Terkejut juga, tetapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri tidak membalas mesej mereka supaya tiada sesiapa yang berkecil hati. Kalau boleh, saya harap sangat agar tidak melukakan hati sesiapa pun," katanya kepada mStar Online.


Bagaimanapun, dalam menjaga perasaan orang sekeliling, Jepp turut meluahkan rasa kesal apabila membaca satu laporan akhbar menerusi ruangan pojok yang melaporkan dia mula bangga diri dengan kejayaannya dan sering melukakan hati ahli-ahli kumpulannya iaitu Shuib dan Rahman.
Kata Jepp, laporan itu benar-benar mengaibkan dirinya kerana dia bukanlah jenis lelaki yang suka melukakan hati rakan-rakan.

"Saya agak terkejut dan terkilan apabila keluar pula gosip yang mengatakan saya sudah mula bangga diri dan pada masa sama memperkecilkan hati ahli-ahli kumpulan saya.

"Tanyalah mereka, adakah saya seorang yang begitu seperti digambarkan dalam oleh ruangan pojok berkenaan? "Kalau saya bagi penjelasan, ia dilihat seperti saya sengaja ingin kaburkan mata orang ramai dengan mempertahankan diri saya. Apa-apa pun ia satu fitnah terhadap saya kerana saya bukan jenis lelaki sebegitu. Ya, memang saya suka bergurau kasar, tetapi hanya dengan teman-teman rapat sahaja," tegasnya.
Sementara itu, Jepp bersama Sepahtu sedang giat membuat persiapan menerusi program Maharaja Lawak Mega 2014 bagi episod minggu ke sepuluh Jumaat ini.

Ia akan bersiaran langsung menerusi saluran Astro Warna pada pukul 10 malam
-mstar

Hope Sepahtu ada harapan Jadi juara Maharaja Lawak Mega 2014 :)

Cc : http://ping.busuk.org/v/470873/jep-sepahtu-dilamar-peminat.html
Cc: http://hanyadiajepsepahtu.blogspot.com/ (gambar)