Monday, February 24, 2014

Perang Dingin Jep dan Shahrol, Ajak Tak Nafikan Atau Iyakan


Jep Sepahtu, Shahrol Shiro, peperangan

Kecoh sebelum ini menerusi akhbar tempatan yang mendakwa dua orang pelawak terkenal tanah air iaitu Shahrol Shiro dan Jep Sepahtu dikatakan bergaduh dan tidak ‘sebulu’ akibat perselisihan faham yang berlaku antara mereka berdua.
 
Apa yang menjadi tanda tanya adalah kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh dua orang pelawak ini sehingga mencetuskan kekeliruan peminat-peminat mereka di mana Shahrol mengakui kecewa dengan Jep yang menunjukkan sikap dingin terhadap dirinya. 

Namun menerusi laporan media baru-baru ini, Jep pula menafikan bergaduh dengan Shahrol dan menganggap bahawa dakwaan Shahrol tidak berasas dan tidak ada apa-apa masalah dengan Shahrol.
Bercakap kepada Astro Gempak, Ajak yang juga salah seorang teman rapat Shahrol tidak menafikan atau mengiyakan kes pergaduhan yang berlaku antara Shahrol dan Jep sebelum ini.

“Sejujurnya saya  tidak mahu dan tidak berani untuk beri sebarang komen tentang perkara ini. Tetapi sekiranya, sekali lagi saya ulang sekiranya Shahrol dan Jep bergaduh diharapkan ianya tidak berpanjangan. 

“Pergaduhan antara mereka berdua  ini saya tidak mahu menafikan mahupun mengiyakan. Mungkin saya sendiri terlepas pandang tentang perkara ini. Contoh terdekat, ketika program MLM 2013 saya tidak nafikan kami para peserta sedikit tertekan kerana risau fikir pasal persiapan persembahan untuk gelanggang akhir. Mungkin dari situ muka nampak tak ceria dan buat rakan-rakan lain rasa berkecil atau terasa hati,”  jelas Ajak ketika dihubungi.

Ajak Shiro, shiro menangis
Ajak Tidak Menafikan Atau Mengiyakan Perang Dingin Shahrol dan Jep 

Tambah Ajak lagi, dia sendiri tidak mahu perkara seperti ini berpanjangan sekiranya benar ada sedikit perselisihan faham antara Shahrol dan Jep seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

“Kalau betul ada perselisihan faham antara mereka harap kedua-duanya dapat berdamai secepat mungkin sebab saya takkan perkara ini seperti menjejaskan perhubungan mereka berdua. Sebab Shahrol dan Jep sebelum ini sangat rapat dan kami mewakili pelawak kelahiran negeri Johor.

“Kami berada di bawah satu bumbung, jadi tak mahu disebabkan perkara seperti ini akan jejaskan perhubungan yang terjalin erat sejak dahulu lagi. Tapi saya percaya mereka akan berdamai dan tidak timbul isu untuk bermusuhan sampai bila-bila,” ujar Ajak mengakhiri perbualan.

NotaKaki : Sebagai Peminat yang prihatin. tolong lah wahai shahrol dan jep, untuk berbaik baik seperti sedia kala.

Cc:Astrogempak

2 comments:

Budi bahasa budaya kita. :)

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala