Tuesday, March 26, 2013

Review Time : Pemenang 1st Giveaway Honey Yeo

Assalamualaikum?


      Dua Bulan Giveaway Honey Yeo tertammat , Baru Hari ini aku ada ruang untuk buat review bagi pemenang GA dia , sangat tidak Pos Laju. Mohon maaf kalau terasa lama menunggu hamba bertapa di gua yang nun jauh di sana. Daripada hamba membuat ayat bunga bunga, adalah lebih baik hamba bertulis sekarang. :D

     Mangsa review Hari ini ada empat orang rakan blogger, antaranya CIK SYAKIRAH . Ayat ayat yang  dapat diputik dalam Blog beliau :
Serba sedikit pasal Ira tadi. Ira dilahirkan di Selangor dan menetap di Kuala Lumpur. Merupakan calon terakhir PMR dan calon Jenazah Panggilan Ira sebenarnya digunakan bila bersama family. Dengan kawan-kawan diaorang panggil Syakirah. Tetapi tidak menjadi masalah kan sekiranya korang pon nak panggil Ira.
     Aku belum berapa kenal cik Syakirah nih, jadi susah sikit mau buat penilaian, Hoho . Kalau tengok dari segi Blog dia Maybe dia simple punya orang, sebab tengok dia punya tajuk Blog pun Simple Typo Girl, oh lagi satu dia mesti seorang yang Hari hari tertypo . Hehe jangan mara adek manis. Kalau tengok dari gambar dia pula nampak macam tegas , baju Polis gitu segan siot. hihi, kadet polis erk?  . Nampaknya dia lebih muda dari aku, baru perasan aku semakin menganjak ke hari tua. Ini Gambar empunya badan , pinjam gambar kejap ya syakirah . Sebelum aku mulai nyanyuk, dia adalah Mangsa PMR tahun ini, Jadi Do The Best ya adik manis. Klik gambar dia untuk mengenali dia lebih lanjut :)
Nampak kematangan anda dalam gambar ini :)

      Second,Drum please dum dum dum dum tam tam tam Cik Scha Mymy. Blogger nih pun aku belum berapa kenal betul, pestime menjenguk ke blog dia, Blog dia pun simple , and pink juga sama dengan cik syakirah tadi. Nampaknya kami seumur 17, tapi aku lagi tua kalau ikut bulan , dia lahir bulan 08.10.1996 dan anda dikehendaki memberi dia segulung hadiah. eh. hehehe . Harap maaf kepada jejak diluar sana dia sudah dimiliki. hihihi. Ni gambar cik mek molek nih, pinjam gambar ya.Klik gambar dia untuk dikenali :)
Comel kan ? :)

   Next, Adik Qamarina, oh kenapa aku panggil dia adik sebab dia muda dari aku, wahai pemenang kenapa anda semua muda dari aku . Blogger ni pun aku baru saja kenal so nothing that i can talk talk about her. hehehe. Blogger nih umur 13 , Blog dia pun pink and ada bunga bunga  ala ala ventage gitu, simple and merujuk kepada kesah lama dia, dia baru berbloging 2012 , tahun lalu lah tu.So, untuk mengenali adik ini lebih dekat sila lah klik gambar dia. pinjam gambar kejap ya cik.
cermin mata tu yang mahala. hihi

          Selain itu, eh eh eh aku macam buat karangan Bm Plus++ Bi Plus rojak pula. Haha. Pemenang yang ke 4 ialah Asman Wan Ruzlan , Blogger lelaki , biasalah kalau lelaki macam mana blog dia orang kan. mesti simple simple kaler hitam kalau tidak hitam, biru kalau tidak biru , kelabu , putih warna warna macho lah katakan. Blogger ni pun baru saja aku visit tadi pagi , so susah untuk aku review sana review sini, aku bukan pandai review review orang ni,  Kalau mau terbang ke ke log dia sila klik pada gambar yang terpampang di muka blog I. 

Cuba teka mana dia?

    Kesimpulannya , semua blogger yang aku review hari ini , semua muka muka baru, means yang aku tidak kenal yang pestime aku jenguk blog dorang. aku bukan pandai dalam ba review nih, biasalah budak yang curious, jadi aku cubalah jadi sponser untuk review review ni semua, last last ini lh hasilnya, nampaknya hutang aku untuk review orang sudah terlunas, jadi orang tua tua cakap tidak kenal maka tak cinta, kalau mau bercinta jom terjah dia orang . Hoho


Friday, March 22, 2013

Terima kashi, watasi.

Salam,



        Terimah kasih daun keladi kepada kaka sulung yang terhormat , semoga anda lebih cantik dan comel di masa akan datang. hoho . terimah kasih sebab bayar internet yang tertunggak. Dan apa apa yang dulu tertunggak akan dilunaskan di lain hari. blogwalking akan berulang lagi.


Wednesday, January 30, 2013

Pengumuman.

salam,

emosi seketika bersama kitkat.


      Internet di rumah masih tidur mati lagi, oleh dengan itu dalam masa beberapa minggu atau bulan aku tidak dapat menjalankan tugas sebagai seorang blogger macam dulu lagi. Macam tau tau seja internet nih aku mau espiem. ini pun aku online di cyber.

     Kepada para pemenang di blog Honey Yeo yang akan direview oleh aku, harap maaf , sebab lambat sikit aku buat. kalau ada masa aku buat okengg. jangan marah marah nanti cepat tua.

     Sebenarnya banyak cerita aku mau tulis dekat blog sang pencinta ini, tapi disebabkan halangan dari orang tua encik internet aku terpaksa melewatkan penulisan tersebut.

     oleh yang demikian, aku mohan maaf kepada sesiapa yang baru kenal blog ini tapi tidak kena balas kunzungan kamu oleh aku, minta ampun betul betul .kepada yang selalu singah blog aku yang bersawang sudah nih telima kasih sayang. hoho  :D

Nota kaki : kalau ada apa apa permasalahan sila hubungi aku di pesbuk :)  shashayacob

Saturday, January 12, 2013

Internet cari gaduh.

Assalamualikum ?

UPDATE BLOG SECARA CEPAT CEPAT . =..='

   Hari ini aku dapat update blog , yes goyang inul. Sebenarnya, pada suatu hari . aku berjalan masuk kebilik sambil tengok kiri kanan pusing belakang depan atas bawah. aku meng on kan laptop terus menuju ke wifi. tiba tiba aku terkejut bahawasanya wifi di rumah tidak dapat di connect kan sudah. akhirnya aku pun menutup laptop dengan hati kecewa. sekian.


Nota muntah : Bagi yang merindui aku, nanti kalau ada sudah wifi balik ke rumah, aku akan menjejaki dunia anda balik. :D maaf buat masa ini tidak dapat bw.

Tuesday, January 1, 2013

Pelajar boleh bawa Telipon Bimbit // 2013

Assalamualaikum ?

   Ini adalah Post kedua untuk 2013,Besok bermula lah episod persekolahan aku. teringat sekolah aku teringat pulak pasal PM ada cakap hari tuh pasal telipon. Ingat kah lagi anda bahawasanya hari tu aku ada buat post pasal perbezaan akan datang 2013 . Alaa pasal undangII udang untuk pelajar 1996 Tuh . yang di bawah nih ba.


    Dibincangkan pasal undang undang nombor 5 , pelajar di benarkan bawa telipon bimbit . Apakah akan berlaku jika semua sekolah membenarkan pembawaan telipon bimbit ?Adakah semua naik muka, angkuh, pasal bawa henpon samsung, apple, durian, jangung, rambutan ? atau semua main sms sinta sinta antara wanita dan lelaki ? atau sebaliknya ?


   Nasib baik sekolah kami belum merasmikan atau mengishtiharkan pelajar boleh bawa telipon ke sekolah .Jadi secara jujurnya aku mau tahu , Apa Pendapat anda tentang ini ?

Nota kaki : Dengan ini dirasmikan BESOK sekolah. 

Sunday, December 30, 2012

[PETUA IMAM SYAFIE]

Assalamualaikum ?
Gambar sebagai hiasan . tiada kaitan.
saya pengawas sekolah . grrr

    Hari ini malam malam baru aku dapat update blog, sebab banyak benda tadi pagi sampai ke tengahari mau kena buat. selepas sudah hempas pulas tolak kepala tarik rambut hentak kaki. aku pun berhajat  buka facebook sebab kurang idea di dalam dada, jadi jumpa satu perkara yang dapat aku kongsikan dari facebook.

[PETUA IMAM SYAFIE]


Empat perkara menguatkan badan

  •  makan daging
  •  memakai haruman
  •  kerap mandi
  •  berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

  •  banyak berkelamin (bersetubuh)
  •  selalu cemas
  •  banyak minum air ketika makan
  •  banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

  •  duduk mengadap kiblat
  •  bercelak sebelum tidur
  •  memandang yang hijau
  •  berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata

  • memandang najis
  • melihat orang dibunuh
  • melihat kemaluan
  • membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran

  • tidak banyak berbual kosong
  • rajin bersugi (gosok gigi)
  • bercakap dengan orang soleh
  • bergaul dengan para ulama
Doa Zikir itulah kekuatan seorang muslim :)Kalau rajin.tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

♥sharing is caring ♥

Nota kaki : kredit tu encik Facebook 

Saturday, December 29, 2012

Gunakan Embedded untuk Kotak Komen ?

assalamualaikum?

  Dengan ini aku merasmikan , blog aku akan menggunakan Embedded untuk diruang komen.Dulu aku guna Popup Window sebab banyak yang kata senang mau komen, tapi kalau guna embedded diruang komen, kita senang mau balas komen komen kawan kawan yang komen di blog kita . ada paham ? nampak terbelitan ayat disitu haha.
  Khidmat kotak kotak komen seperti ini aku dapat ilham dari Encik H  dan Kak Jna Marcello. Like kalau kita baca pun tersusun, tidak payah scroll-scroll down lagi. Lagi satu dapat mengeratkan hubungan sesama blogger. ookay itu hanyalah pendapat aku.

Nota kaki : Apa Pendapat anda ?

25 Random Facts About Me

Assalamualaikum ? 

  Entri Hari ini ada Kaitan dengan Diri aku yang baru baru sahaja berkecimpung dalam dunia arena blog bloging blogwaking ini. Sebenarnya  25 Random Facts About Me Adalah satu sesi perkenalan anatar blogger , boleh dikatakan begitu lah. Dan Aku telah di TAg oleh Cik QasehnyaRania Makcik yang suka Lobaksusu.
  Makcik Lobaksusu Juga ada menyatakan bahwasanya sila baca bahasa mat saleh diwah nih.Oleh sebab itu aku terasa macam mau join juga 25 Random Facts About Me ini. Tanpa panjang panjang lebar intro sana sini, baik aku mulakan dengan Bismillah.


  1. Hai nama aku shasha yacob, boleh panggil apa sahaja anda suka, makcik, sasa, caca, sakinah, siti nurhaliza, diana amir, yana shamsudin, neelopa, launiey, Asal nama itu boleh aku terima aku terima.
  2. Aku adalah anak kedua bongsu dari 7 orang adik beradik.
  3. Di besarkan oleh bapa dan mama.
  4. Asku suka makan, aku suka minum , aku suka berblog.
  5. nama blog aku kamihardsman terilham dari kawan kawan sekepala dengan aku dalam kelas,waktu form 4.
  6. Tahun depan 2013 aku SPM, jadi doakan aku supaya dapat banyak A, tidak dapat 9A , dapat banyak A pun jadi lah.
  7. Suka melukis, Walaupun lukisan macam ala ala kebudak tadikaan, ada aku kesah , sudah jadi hobi apa boleh buat.
  8. Aku dilahirkan di sabah , di dalam hospital kota belud, di dalam wad perempuan dan di dilahirkan oleh seorang mama yang bernama puan mulia.
  9. Aku suka kaler Biru, bila ingin membuat template blog baru.
  10. Perempuan yang fobia masuk bilik disiplin disebabkan pada suatu hari.
  11. Suka main game dalam handpon nokia lama, yang kalau menang dapat tulis nama tu.
  12.  Kadang kadang aku pandai peramah, pandai sombong, pandai jadi pendiam, dan jadi tidak siuman. Berhati hatilah anda
  13. Aku lebih suka buat kerja lelaki, angkat barang sana sini, daripada menyapu dalam rumah, lap itu ini. tapi bab cuci pinggan memang partime kerja aku dirumalah
  14. mengidam sebuah ipod dari wakgelas . haha, eh tertypo nombor 14.
  15. Suka Baca Komik *detektif conan sudah katam* , Baca Novel sinta sikit sikit, dan novel ala seram, dan majalah yang aku nampak aku baca.
  16. Suka buat buku tebal, lepas tu suruh kawan kawan tulis, conteng lukis dalam buku tuh, dan boleh jadi kenangan. lihat buku itu tekan SINI
  17. Suka temenung dalam kelas bila tiada cigu, tengok kipas pusing pusing .
  18. Suka bercerita sama Mr Razi, tapi budak ni selalu cerita pasal perempuan , permpuan dan perempuan.
  19. Suka Masuk campur dalam buat penyelesaian addmath dalam kelas waktu cikgu mengajar.
  20. Suka conteng buku kawan , kalau kawan pergi kantin.
  21. Suka kasi tinggal buku text yang tebal tebal diruma, lepas tu pinjam buku jiran kelas sebelah.
  22. Percaya sama orang yang boleh kena percaya, walaupun kau 5 minit aku kenal, kau bagi respon yang baik, ba pecaya sudah aku.
  23. Suka pakai jam kawan, kalau tiada jam aku memang sudah dirembat jam tangan kawan kawan yang berdekatan dengan aku dala kelas sahaja.
  24. Suka tengok bola harimau malaya sahaja, yang lain tuh kurengs di lihat, tapi still penyokong bola sepak.
  25. Minat ZizanRajaLawak sejak dia masuk raja lawak musim pertamo lagi. 

Okay cukup sampai 25 itu sahaja, sory sory , i bukan artis, no photo no photo. haha

26 yang ingin dikenali atau dalam nama kata lain Mangsa Tag :


Nota Kaki : Semua yang di Tag, kalau mau buat buat lah , kalau tidak tiada paksaan. hihi. semua yang diTag adalah pakcik dan makcik yang selalu komen blog aku. terima kasi :) Siapa2 singgah blog aku, mohon intro diri please. hihi

#MaharajaLawakMega 2012 bertemakan Longhat dan Kembali ke Sekolah . Minggu Ke 7

Assalamualaikum?


   So far, para peserta maharajalawak mega 2012 ini banyak yang meningkat. Malam nih yang bertemakan Loghat dan Kembali ke sekolah.  Antara para peserta yang aku suka tengok malam nih,  Jozan kompom, Jambu , Shiro, Saywho and Boboii. Jom tengok gambar gambar peserta Maharajalawakmega 2012.

Jozan Part membetukan tudung yang paling semputt.

Boboii Part yang rambut harun tuh, baru aku perasan dia jadi safe sali . haha

Shiro , Part Si Sharul bajar sajak ka syair tuh haha

Jambu , Part Yus tuh yang lawak, Hok aloh.

Yeah , SayWho . Part perempuan yanga ku suka. comel bila jadi Dora. Hoho


  Sebenarnya semua best malam nih, tapi ada lah yng situ sini yang kurengs ya.yang part R2 best tapi bukan pilihan aku utuk malam nih. eh . hihi sebenarnya tunggu tahun depan aku mau isi borang jadi pengkritik tetap Maharajalawakmega 2013 . tunggu dan saksikan lah akan kemunculan ku disana. ahaks :D

Nampaknya betul jangkaan aku, Sabon telah terkeluar pada minggu ke 7 maharajalawakmega 2012 ini , tidak apa bah, sebab bon sudah pernah rasa jadi juara.

Nota kaki : Sana bising Situ bising. 








Friday, December 28, 2012

[Lawak] Makmum Was-Was 'Takbir Ultraman' - Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum ?

  Ceramah di pagi jumaat :) Takbir ultraman , Ini lah jadinya kalau was was dalam solat. Ustaz Azhar Idrus memang terbaik. Jom tengok dan dengar ceramah dia di youtube dia atas nih. Salam jumaat :)

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala