Friday, December 14, 2012

Terima kasih Nuffnang

Assalamualaikum?


   Cerita pasal semalam aku masi tidak puas hati dengan ketidak adilan si pengadil kpop tu. Bikin panas kalau kamu tengok balik cara dia bagi kad merah dengan fadhli
   Lepas tengok bola semalam, aku terus on laptop buat entri bla bla bla pasal bola rujuk SINI . lepas sudah siap buat semua tuh, tiba tiba rasa mahu buka nuffnang, buka seja nuffnang , sejuk terus hati nampak cpuv baru. ahaks. tengok nih tengok nih


Nampak kan kan? sejuk terus kawasan mata aku disini. ada dua lagi cpuv on going , kalau sudi tekan tekan , klik klik ,  lah ya. kalau mahu dibalas , tinggalkan saja nota cinta anda di komen :) disini ada tips cara mendapatkan BE . tekan SINI

macam nih rupa tuh maxis hotlink SOS Top Up. details dia semua ada dalam iklan tuh.



Nota mak jemah : "Inilah tanah tumpahnya darahku. Negara pasukan biarlah hanya satu. Harimau kami berlari laju. Belang nak tertanggal dari baju"

Thursday, December 13, 2012

Tahniah Harimau Malaya, Kalah Bermaruah.

Haippp,


    Walaupun harimau malaya kalah dengan gajah hari ini, tidak menjadi masalah untuuk kita semua, sebab malaysia kalah bermaruah.sudah namanya diaorang berat sebelah, apa boleh buat. Walaupun kamu kalah , harimau malaya tetap dihati . Nampaknya banyak   pengulas bola  di facebook hari ini. Jom tengok :

“Thailand kalau tolak tak kena card , malaysia cuit bahu sikit.. Kad merah ! Dasar Pengadil KPOP !”

 “Kalau tak mampu menyokong ketika kalah , jangan bersorak ketika menang !”

“Gua syak Rajagobal dah boleh amik skim pencen saraan awal... btw terima kasih raja walaupun kalah , anda memang kenal pemain anda ! anda memang kenal amar rohidan !”

“Refree senang hati THAILAND menang terus menari GANGNAM STYLE !!”

“gua harap penyokong Malaysia , setia macam Liverpool ! Walaupun kejuaraan hanya sejarah !”


“Farizal Marlias ! Anda terbaik malam ni !”


“ADMIN TAK MARAH PEMAIN THAILAND,YANG BANGANG TU REFF..NAMPAK SANGAT BIAS..BILA MALAYSIA DA KENA 2-0 BARULA NAK BAGI ADVANTAGE KAT MALAYSIA..KONON NAK AMBEK HATILA TU..PUIHH LA!!!”


“Salah satu tajuk akhbar esok pgi, 'HARIMAU TUMPAS DI KAKI GAJAH' tpi, tu pun ada BERUK dari korea yg tolong GAJAH. Hahah lucu”

“Tu diaa mat yoo bersilat ! *kunyah kuaci*”



  Itu dia, pengulas pengulas terhebat Kita . Nampaknya ramai yang berpotensi jadi pengulas bola nih, apa tunggu lagi , isi lah borang. Ni lagi satu, kalau mahu tahu apa faktor faktor kekalahan harimau malaya hari ini, sila tekan SINI .




Nah nih boipreng kamu. in open relationship nih. siapa cepat dia kena kad merah.



Bikin panas pula kalau tengok balik,si Fadhli  dapat kad merah.  cilaka punya pengadil.



Nota kaki : pengadil tuh memang mahu makan kaki gajah nih.







Tuesday, December 11, 2012

Bahaya Sarung Bantal Kotor.

Haipp,


   Hai. Sebenarnya hari ini aku kekurangan idea untuk update di encik blog. Jadi aku dengan rajinnya membaca majalah, buku buku dan buku -__- . Then tadi pagi aku baca majalah Remix itu sekali lagi. yang first aku post yang aku dapat dekat majalah remis ada di SINI kalau rajin baca lah. 
    Then  aku pun dapat lah sikit idea untuk tulis hari ini. Hari ini berkaitan dengan sarung bantal kotor, Aku dengan baik hatinya ingin memberi tahu bahawasanya bahaya sarung bantal kotor ni. Jadi peringatan kepada para para remaja yang malas mahu tukar tukar sarung bantal  atau yang ada pelihara bantul busuk itu, sila sila lah insaf sebab bahaya, sekurang kurangnya tiga kali seminggu, sebenarnya aku pun pemalas haji bakil . hihi.
    Sebab sebabnya kena tukar sarung bantal adalah disebabkan bakal mendedahkan kamu kepada jerawat , hah' para wanita sila ambil perhatian sikit. Kalau memang ada penyakit muka tersendiri lagi lagi lah bahaya . Kalau mau tahu , muka kita akan mengeluarkan lebih banyak minyak waktu kita tidur, jadi bila bantal kotor digunakan , bermakna kamu membiarkan wajah mengumpulkan ekstra kotoran sepanjang malam yang dapat meyumbat pori pori. oleh itu Jom ramai ramai tukar sarung bantal. 


Nota nota : insaflah kepada yang masi menyimpan bantal busuk itu. 

Monday, December 10, 2012

Lemah Matematik ? Makanlah Coklat.

Assalamualaikum?

gambar dirompak dari encik google.

  Tiba tiba hari ini mood baca majalah Remix . Skodeng punya skodeng, ternampaklah satu tajuk yang membuatkan diri ini begitu gembira, iaitu "Lemah Matematik ? Makanlah Coklat" . Ayat dalam majalah pun ringkas dan padat, jadi rajinlah aku baca semua. 
   Bagi yang kurang dalam pelajaran kira mengira ini. mohon cuba tips ini , in syah allah berkesan. Dalam Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari universiti Northumbria mendapati bahawasanya mereka yang memakan coklat mempunyai kemampuan otak yang lebih cekap dalam menjalanankan pengiraan.
    Kajian yang diketuai oleh Prof. David Kennedy itu melibatkan 30 orang responden . mereka diminta menyelesaikan tugasan tapi sebelum tu mereka diberikan menuman coklat panas. Hasilnya , responden berjaya menyelesaikan tugasan dengan cepat dan tepat . Ini adalah salah satu bukti yang menyatakan coklat dapat mengatasi masalah lemah dapat pelajaran kira kira.


Nota kaki : ini hanya untuk yang lemah matematik, jadi kepada yang malas itu , kamu makan banyak banyak pun tidak ada kejadian di situ. yang penting rajin dan ada minat.

Sunday, December 9, 2012

Update Keputusan : Malaysia vs Thailand Separuh Akhir Piala AFF Suzuki

Assalamualaikum?

Gambar dirompak di SINI.

   Dengan ini di maklumkan bahawasanya Harimau malaya akan berlawan dengan Sang Gajah pada Jam 8 malam hari ini, hanya ada tinggal beberapa minit lagi pertandingan akan di mulakan. Oleh itu Mari lah kita ramai ramai memberi sokongan yang baik baik untuk pemain Harimau malaya. Tolong jangan ada yang jatuhkan semangat juang encik Harimau. Kalah menang adat permainan . jadi di minta semua rakyat malaysia menyokong harimau malay , tidak kita tua , muda, janda, duda, bujang, single, couple dan yang sama waktu dengannya.
    Bagi sesiapa yang sudi letakkan banner harimau malaya di blog anda sila terjah Blog Denaihati . jom Bagi semangat semangat semangat. 

Pusingan Pertama

Philippines vs Singapore : 0 – 0

Malaysia vs Thailand pada 9/12/12 jam 8.00 pm waktu Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Harga tiket RM40.

Pusingan Kedua

Singapore vs Philippines pada 12/12/12 jam 7.30 pm waktu Singapore di Stadium Jalan Besar.

Thailand vs Malaysia pada 13/12/12 jam 8.20 waktu Malaysia di Stadium Supachalasai.




Maaf Khairul Fahmi, wa sudah jatuh hati dengan Farizal Marlias. ahaks. 


Nota kaki : Maaf . Berblogwalking tergendal buat seketika. bagi laluan kepada bola dulu.


UPDATE !

Keputusan Penuh Malaysia vs Thailand Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 

Malaysia 1-1 Thailand

Jaringan goal malaysia Norsyahrul Idhan/Mat Yo.


Ayoyoyoyoy . Harimau Boleh !


Saturday, December 8, 2012

Menunggu Matahari Terbit Di Bukit senawan

Assalamualaikum ?


Gunung Kinabalu.

  Tadi pagi aku langsung tidak jenguk/update blog. salah satunya sebab, laptop tiada di rumah ,jadi terpaksalah tunggu sehinggah ke hari petang. Dan time ada sudah laptop rasa di hati ingin berblogwalking dan mengemaskan blog yang seperti kandang kambing makcik jiran sebelah rumah seja. Oleh itu ditengah malam ini baru rasa rajin update entri baru.
   Tadi kami jogging pergi bukit senawan buat kali keduanya, pada jogging yang hari pertama tuh kami cuma empat orang perempuan sahaja kan. sila rujuk cerita sebenar di SINI. Then pagi tadi kami jadi juga berjoging  dalam jam 6 pagi dengan anggota seramai 9 orang , nasib baik dorang bangun.Kalau tidak satu satu kena siram air baldi di muka.
  Then kami pun jogging dengan mata ngantuk. Waktu sampai di bukit senawan tu, aku dengan keterujaan di hati ini keluarkan encik samsung untuk tangkap/rompak gambar pemandangan disana,  dan aku firstime nampak matahari terbit depan mata. ahaks . Jadi tanpa melengah lengahkan masa lagi, jom kita layan gambar matahari yang terbit dan gambor pemandangan. Teruja blog aku ada gambar santik .


Duduk menunggu matahari terbit.Dan ini gerangan yang tidak hadir berjogging hari tu.

Jom tengok dari gambar pertama hinggah akhir. klik untuk tumbesaran.

Sebelum masuk tuju ke bukit. ada kabus dihadapan.

Gambar kabus yang menyerupai sungai. Tangkap gambar ni dari atas bukit.

Tangkap gambar dalam masa perjalan ke bukit.

Sebelum pulang rumah. sempat lagi buat arca tersendiri.

Entah apa benda dorang buat nih. legoland kampung kali. haha -__-

Aku pun tidak ketinggalan buat kerja sendiri.

  Selesai cuci mata, sakitkan kaki sendiri dan rompak gambar gambar ini. aku pun pulang ke rumah dengan harpan update dalam blog. Sekali cek laptop si encik kaka bawa, akhirnya terbantutlah hati ini untuk update blog di awal pagi. Entri ini sekadar bacaan umum sematamata, tiada kena mengena dengan dengan yang pengsan atau yang koma. 


Nota kaki : Dalam proses membalas komen yang kunjung mengunjung ke blog ini .




Maharajalawak Mega 2012. Musim penyingkiran.

Haipppp,
gambar, kredit dekat tukang twitter. 



  Ya betul minggu penyingkiran pada malam ini. Bagi yang minat meminati kepada warga warga maharajalawak mega 2012 ini mesti mewajibkan diri itu duduk depan tibi sambil makan keropok ikan kan .Tapi yang pastinya aku menunggu nunggu adeyyy Jozan satu *geleng geleng kepala*.
    Dengan suka suka hatinya aku memberitahu bahawasanya JOZAN tidak mengecewakan pada malam ini adey adey adey, tea ice soneyy satu. haha. 
    Holamak zizan pakai baju sekolah lah, ini membuktikan dia telah mencairkan hati para para wanita yang meminatinya di seluruh stadium itu dan jugak para para pondan yang meminatinya tidak lupa juga kepada makcik makcik di luar sana . termasuklah diri ini. okay sudah sudah dengan boipreng i zizan tuh.


    Dan dukacitanya di maklumkan Pmai, Dadidu dan Balas terkeluar pada malam ini. sungguh . tidak aku duga , kenapa mesti balas terkeluar. dorang lawak apa? mau buat macam mana ,undian buat balas dan otai otai kita nampaknya tidak menyebelahi mereka malam ini.
     Okay okay jangan sedih sedih, jom tengok gambar para para peserta maharajalawak mega yang sempat aku curi rompak dekat page maharalawakmega. yang best ada disini :)

lama tidak dengar cerita Yb kita, hidup Yb !

Ohmaigad. zizan please, jangan rompak hati aku. haha -__-

ini pun best, cerita pasal bola. yang penting dorang sukung Harimau malaya

ini pun best bro. nasib tidak tersingkir .

  Kesimpulannya , kenapa harus ada tiga penyingkiran? kenapa tidak lima sekaligus. ehe. jangan bash aku. -___-. yang penting malam ini JOZAN MelatoP  ! Zizan zizan. Bgai yang tidak berpeluang tengok tadi , cuba klik SINI. carik sendiri ya, scroll jika rajin. :)

Nota kaki : aku pilih Jozan, anda bagaimana ?






Friday, December 7, 2012

Bila awan merah.

Assalamualaikum?

gambar gambar semua ini tanpa edit okay.

    Bila awan jadi merah. kemarin petang awan berubah kan diri menjadi merah, dan secara tiba tiba aku jadi eksited mau tangkap, rompak , curi gambar nih. biasalah bukannya selalu dapat tengtok awan tiba tiba jadi senja nan merah. dengan keterujaaan hati ini jom tengok gambar awan merah

Snap dari jendela bilik.

eh eh, ada atap -___-


usha usha awan merah,

Nota : ciptaan allah, tiada siapa boleh tandingin .entri ringkas untuk hari ini. akhirientri ini dengan senyuman. :)

Thursday, December 6, 2012

Selami Jiwa bersama Jozan , Bahana Laman Sosial

Assalamualaikum ?



  Hari aku cerita, selami Jiwa Bersama JOZAN, Walaupun sudah lama cerita ini,  ada aku kesoh tapi masih panas lagi ba belum lagi basi kan . Aku cerita nih pun sebab aku minat dato Fadzilah kamsah dan Jozan, kalau boleh semua pasal dorang aku mahu tulis, Kau ada. Lagipun idea kurengs hari ini.
   Aku cerita nih pun sebab, begini al kisah nya. sewaktu malam yang sunyi di iringi dengan bunyi cengkerik aku merentasi dapur untuk mengambil sedikit makanan untuk di letakan di tepi laptop yang menayangkan website youtube, sedang aku mencari tibatiba aku teringat tentang jozan , dan aku mulai lari dengan pantas dan menconteng nama jozan di youtube , dan terpampang lah tajuk "Selami Jiwa Bersama JOZAN".


   Dan sebenarnya rancangan ini sudah aku tonton , tapi tidak tengok sehinggah habis rancangan jadi aku set dalam hati ingin menontong rancangan ini sehingga habis . dan hanya ada satu ayat untuk aku berikan untuk mereka "Ohsem, gandingan yang meletop" . Hah' gitu. Yang belum tengok tuh jom tengok di SINI.


JOM LAYAN .

   Yang best dekat sini, kta boleh nampak Johan sendiri berfalsafah, mana kau cari , ingat pelawak tidak pandai berfalsafah kah. Tapi syabas juga  kepada Jozan sebab pandai jaga adab dekat sini . aku salute you Bro .
     Jadi, selami jiwa bersama dato' Fadzilah kamsah ini , bagus untuk tontonan semua orang , sebab tajuk dia sudah berkaitan dengan laman sosial, jadi lagi jom ambil pengajaran dalam rancangan nih. Gandingan Johan dan Zizan menarik minat ramai penonton, siap mat rempit pun tengok rancangan nih.




Nota kaki : Jom selami jiwa , rawat rohani, perkasa peribadi. Jangan menilai buku dari kulitnya. kalau lu tengok cerita nih, kompom jadi rancangan peberet. 



  

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala