Tuesday, February 11, 2014

Digilai Dua Wanita, Amir Raja Lawak Dalam Dilema




“Saya mengaku ada dua wanita yang ‘gilakan’ saya sekarang dan mereka berasal dari Kuala Lumpur. Kami kenal melalui WeChat, saya sukakan kedua-dua mereka.

“Tetapi di antara mereka berdua, saya akan pilih yang terbaik…Kedua-dua mereka baik, tetapi saya mahu pilih yang faham kerjaya saya dan tidak cepat merajuk. 

"Mereka cukup istimewa kerana seorang tu kurus dan seorang lagi agak comel. Buat masa ini hati saya lebih terbuka kepada yang comel,” kata Amir apabila diminta mengulas soal jodoh.

Amir mendedahkan kepada Mstar Online, dia telah menemui cinta hati selepas kecewa dengan lima wanita yang cuba mengambil kesempatan dan mempermainkan perasaannya sebelum ini.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 25, berkata, dia digilai oleh dua orang wanita yang tinggal di Kuala Lumpur selepas mereka berkenalan melalui aplikasi sosial WeChat iaitu ‘people nearby’ dan ‘shake’.
Pemuda yang berasal dari Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan ini juga berkata, perkenalannya dengan dua wanita berkenaan yang masing-masing berumur 20 dan 23 tahun, masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing sebelum dia memilih calon terbaik untuk dijadikan teman istimewa.

1 comment:

Budi bahasa budaya kita. :)

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala