Thursday, December 27, 2012

Tips : Menjaga Anak

Assalamualaikum ?



Hari ini , aku rasa macam rajin pula baca baca artikel yang ada di fanpage fanpage orang orang lain, banyak yang best best, tapi yang satu nih aku mau share sebab banyak yang terlepas pandang.  

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Nota Kaki :“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


tips kredit to : SINI

23 comments:

  1. kesimpulannya , ikut lah cara Rasulullah mendidik anak anak baginda :)

    ReplyDelete
  2. orang zaman sekarang ni bukan setakat pukul, dibunuhnya anak dia, dicekik sampai mati, di buang dalam tong sampah. hm.

    ReplyDelete
  3. eeee apapun, jgn pukul anak kerana nak lepaskan amarah kita je... kalai nak mengajar xpe... serius, ena tak suka tengok org pukul budak2 ni...

    ReplyDelete
  4. bca amik ilmu mn nak tau jodoh tiba2 dtg leh khwin..haha

    ReplyDelete
  5. Amboih sudah ada sikap keibuan lu ni, kihkih xD

    ReplyDelete
  6. betul... kadg2 sound effect je.. hehe.. apepun. sayangi anak anda.. hehe =)

    ReplyDelete
  7. ada share juga benda ni kat fb hu hu..

    ReplyDelete
  8. nanti ade anak memang nak buat gini sebab mase kecik2 tak dapat sangat *cedih

    ReplyDelete
  9. haa yg no 5 tu sgt bgus.. sok ade ank hari2 nk peluk..biaq IQ dia bijak hihi

    ReplyDelete
  10. bila bace ni, baru tau susah betul nak jage anak ni ye.. banyak bende kne amek berat siap tempat nak pukul pun kne amek tau.. hmm.. ape pun, thanks share ye =)

    ReplyDelete
  11. kalau anak aku degil nanti, aku tumbuk perut dia..grrrrr

    ReplyDelete
  12. amboi tips, bagus sgt hehehe

    ReplyDelete
  13. Wahh,anda ibu mithali kpd anak2 anda Erk,dh ade anak ke? *muke tak taw malu :P Nice entri.

    ReplyDelete
  14. kena didik sebaiknya dgn cara yg betul kan

    ReplyDelete
  15. trima ksih krana brkongsi , insyaALLAH kalo pyka dah ade ank nnt , pyka akn ikot tip2 nie . haha :p

    ReplyDelete
  16. Sha...dah boleh kawen ni!he..he..

    ReplyDelete
  17. orang sekarang banyak tekanan perasaan tersekat dengan masalah tempat kerja, persekitaran tu yang jadinya lepas kat anak.. pokoknya kena kawal emosi dengan baik kan.. apa2 pun tips2 nie memang sangat2 membantu.. walaupun aida tak ada anak lagi.. haha.

    ReplyDelete
  18. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih keberhasilan
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

    ReplyDelete

Budi bahasa budaya kita. :)

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala