Sunday, March 30, 2014

Terima Kasih Wifi




Di ucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada Wifi kerana Terpotong setengah jalan. Muahahahahaha Macam tau tau ba pulak wifi nih aku mau meninggalkan dirinya ke PLKN suda. Hoho. Ada beberapa hari lagi aku akan menjejakkan kaki ke Persada PLKN. Di situ jugalah pun wifi ni dipotong, kenapa lah tidak dia potong lepas aku jalan. huahuahua. Nasib baik lah ada internet data , bole juga update blog walaupun slow gila gila.

But, Terima kasih buat para Pengunjung blog ku, sebab sudi juga singgah blog yang bakal bakal usang bulan bulan bulan depan ini. Maybe aku akan buat entri autopublish supaya tidak lah juga sunyi betul Blog nih. tidak juga usang usang betul. Nanti i try balas jejak u'olls yerr.  i love you . xoxo sasa :D

Sunday, March 23, 2014

Fynn Jamal on adoption and how Malaysia helped save her baby





Mula mula aku kenal Fynn Jamal nih , waktu dia masuk "Keynote " ka tidak silap aku. lagu dia yang aku suka,  150 Juta . And baru baru nih aku ada dengar lagu Arjuna Beta, i'm totally in love with this song, dan baru aku tahu, itu lagu dia, hahahahaha what so kuno lah aku nih, And you know what, lagu nih dia buat khas untuk anak angkat dia .
So , di sebabkan lama gila gila aku tidak men search kan nama dia di youtube, so aku search lah and ternampak lah pulak video yang ini "Fynn Jamal on adoption and how Malaysia helped save her baby " .I'm so proud of you lah Fynn Jamal Pluss Respect satuu. Jom dengar sikit video nih :)

Juna, Fynn jamal


"Who are we to blame anyone about everything? Things happened for a reason..." 
-Fynn Jamal. 

Cr: Fynn Jamal Insta :')

Saturday, March 22, 2014

Anda Faham cerita ini?



Anda Faham cerita ini?
Kisah Benar Zaman sekarang
Niat bukan untuk menyindir,
Paham paham sendiri lah. hehe .

Thursday, March 20, 2014

Spm : Bill Gates + Love Mom


billgates, love mom, spm

Hanya mampu publish 8Kredit dan 1D sahaja *sorryTidakmaushowoffcewahh .Okay ini hasil usaha aku, so aku telah pun terima hakikat  keputusan ini pada jam 5 PM. hahahahaha, Sorry dan Terima kasih Allah+Mama+bapa+kakak+abang+cikgu+Kawan+Blogger . Eh dan Internet juga. hehehehehe. Dan terima Kasih Kepada Kaka Ashraff sebab bagi kata kata nih dengan adik dia, dan adik dia pun kongsi dengan kami, jadi bersemangat aku sikit.  kami cuma insan biasa *ceh ayatt. hahaha. Dan Ini Baru permulaan.

And Mama Bagi Kata kata semnagat tadi :
"Tidak Apalah dik, ini baru permualaan , yang penting pointer kau nanti di uitm . Kau sudah berusaha jugakan jadi jangan pikir betul spm nih, yang penting jangan lupa allah"

Thanks Mama, ayat ini akan sentiasa ku simpan di dalam blog yang usang ini sebagai kata kata hikmat." I love yaa Maa"

So , no more , amacam result spm? . sekarang tumpukan uitm + plkn. hahahaha .sekarang wa pegi kenduri dulu, nanti malam Bw. Kbye.

Tuesday, March 18, 2014

Kitar Semula #2: Cara Buat DIY Iphone Speaker



Ini lagi salah satu tips untuk kita berjimat or save bajet. Hehehehe. yang ini semua phone pun boleh . Kreatif , Cool and Simple . Cara Buat DIY Iphone Speaker mengunakan benda di atas tuh, dengan ini kita dapat lah kitar semula barang terbuang. *Pun boleh. hewhew .Belum cuba try test belum tahu, jadi apa tunggu lagi cuba lah. heww

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN



Yahooo , you know what ? i've got my "NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN" .Ini firstime aku review review Product bagai ni. So, lihat lah  betapa eksitednya diri ini ingin menjamah/memakai foundation dari Japan ini. Hahaha  . Okay tamatlah suda pembuka kata. Teheee :)

Let's Start With "Pembuka bicara " : Naturactor Cover Face 

PRODUCT DESCRIPTION
Menyediakan perlindungan yang baik untuk kulit. Ia tahan lama dan anda hanya perlu apply sedikit untuk mendapatkan kulit kelihatan sempurna. Sesuai untuk semua jenis kulit. Fragrance free. Special to make up artis and professional use
INGREDIENTS
Jojoba Oil - berkesan untuk merawat kulit kering atau membantu mewujudkan penampilan yang lebih muda buat mereka yang memiliki ageing skin. Also used for acne treatment.
Mica - offers a sheer look and feel to the skin that it is long lasting.
Tokoferol (Vitamin E) - antioksidan yang melindungi dan membaiki kulit anda.
 Untuk Pemilihan colour  "Naturactor Cover Face " nih, sememangnya agak sukar sebenarnya. So,  let make it easy. sila tengok gambar artis di bawah, dan bandingkan dengan kulit muka u'olls . kan senang.

Sedikit penerangan:
130 - Light color, membuat kulit pucat atau membosankan menjadi lebih cerah dan kelihatan lebih muda. Suitable for very fair skin tone. Khusus buat make up pengantin. Has pink undertone.
140 - Light in color but slightly deeper than the 130. Sesuai untuk nada kulit yang cerah. Has yellow undertone.
141 - Medium color and a natural skin color fit yet has translucent effect. Sesuai untuk nada kulit yang fair sebagai shading. Suitable for stage/studio makeup. Sesuai untuk nada kulit sederhana. Has pink undertone.
151 - Good coverage for face defects and shading. Sesuai untuk nada kulit melayu. Has yellow undertone.
171 - Hijau meneutralkan sebarang kemerahan pada muka anda, from broken blood vessels, blemishes irritation etc. Ia membantu menghalang kulit merah dan berkesan meliputi bintik-bintik merah yang ditinggalkan oleh jerawat.
 
 My Thought:
Okay, ini review dari wajah muram aku sendiri.  Sebenarnya aku jenis yang tidak suka pakai foundation punya orang , antara sebabnya ialah, bila aku pakai segala jenis foundation,  muka aku akan mengelupas, dan aku tidak suka pakai foundation yang melekit plus berminyak bila di tempek ke muka , dan paling aku tidak suka kalau foundation tu jenis susah mau sebati dengan muka kita kalau boleh aku lebih suka tidak pakai apa apa. *Jujur nih.

Tapi , ada tapinya dong. Jujur nih ar, jujur.  Bila aku pakai "Naturactor Cover Face Meiko Japan" nih, semua kedegilan untuk malas pakai foundation hilang serta merta. * cehh ayat. Betul nih, sebab lepas aku pakai "Naturactor Cover Face Meiko Japan" semua jerawat , jeragat, lingkaran gelap bawah mata dan blemishes dekat muka, akan hilang seribu kelip mata , tertutup halus.  betul betul nih, sila pecaya kata kata ku . *Serius hohohoho.  And "Naturactor Cover Face Meiko Japan" nih , langsung tidak melekit atau berminyak.  itu sebab lah i suka u'olls. and before aku terlupa, aku cadangkan anda pakai sponge lembab kalau mau apply, sebab kalau kita pakai sponge , sponge dapat meratakan lagi foundation yang kita pakai.


As u'olls can see. Gambar nih sebelum dan selepas aku apply "Naturactor Cover Face Meiko Japan"  nih. Sorry kalau kabur ka apa, pasal i guna fon samsung jerr. Hoho. Nampak x jerawat aku dekat pipi tu hilang dengan sekali imbas, *misteri. Kalau tidak nampak pun buat buat nampak seja, heee . Nih lah hasil dari pemakaian "Naturactor Cover Face Meiko Japan" .

I'm Totally in love with "Naturactor Cover Face Meiko Japan" . Jom tengok gambar gambar model yang tidak berbayar nih. Sediakan baldi ,sebelum termuntah. *Peribahasa baru tercipta. Wink Wink^^ . Ohh lupa wajah wajah di bawah , hanya menggunakan "Naturactor Cover Face Meiko Japan" + LipTint + Celak .

muka bajet budak baik

muka ala ala selfie gigi reben

Muka bajet eksited mak jemah

hah' nih muka minta penampor  buaya dari bomoh

muka berlagak ratu negara sedunia

hah' yang ini muko takdak perasaan. hahaha
Kbye.

UPDATE
ANTARA PERBEZAAN NATURACTOR COVER FACE CHINA&JEPUN, ORI&TIRUAN

 AWAS , TIRUAN !

........................................................................................................

 "Naturactor Cover Face Meiko Japan" totally one of the great foundation in the market. Kalau kamu berminat untuk cuba sendiri.
 (I'll suggest you to buy from @eleganceconsmetics because they do sells the original products from Japan with affordable price. The contact details were below.)

you can directly order from miss Zunita 

WhatsApp/sms : 0133986129
Instagram@elegancecosmetics
Twitter@naturactorcf



Kalau ingin saya review product anda.
Please do not hesitate to email me : 
shasha.yacob@yahoo.com

NotaKaki : Harap maaf atas penggunaan bahasa pasar. :')

Monday, March 17, 2014

Hadiah Berblog



Hai u'olls. hari ini baru berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pemberi pemberi hadiah dekat aku, Hehehehehehe, So so Sorry kalau terlalu lalu lalu awal lambat up entri khas ini. Semua Hadiah atau barang Review ni aku up kan sekali dalam satu entri supaya , aku tidak terlupa untuk review one by one. Ohh lupa, hadiah/Barangreview nih aku terima dari bulan feb-mac lagi. Jadi disini aku mohon maaf atas kelambatan mengucapkan terima kasih . hehe. And aku mau selesaikan semua kerja yang tertunggak sebelum aku ke PLKN. hoho 

OKAY

 Yang ini "Naturactor Cover Face Meiko Japan" , dari miss Zunita , ini antara barang yang aku kena review . nantikan kemunculan entri pada esok hari. hewwww. Kalau boleh, jom le kome like page nyee. klik SINI.


 MY MINI CUPCAKE LIP BALM 
+
1 bottle of Crystal Repair Serum 
Benda Benda comel nih pula aku dapat hadiah dari Miss Ika sempena aku join "MINI GIVEAWAY WINNER: MY MINI CUPCAKE LIP BALM" . Terima kasih kak ika ,  lip balm tu sesuai sangat denga bibir merekah i. hehehe pluss benda nih comel.

Mohon maaf atas ke eksited tan muka i . hehehe. yang ini barang yang perlu di review CLINICELL, in syah allah dalam masa terdekat nih aku review. eh. hehe  Jangan lupa klik like page CLINICELL. tanda sokongan anda buat barngan buatan malaysia. hehe


Ni pula shawl, memang sudah lamaa gilaa dekat aku dari bulan februari lagi, dan baru hari ini aku terdetik hati mau berterima kasih kepada blogger ummi, kerana aku terpilih memenangi hadiah dari  teka teka dan aku sebagai pemenang bertuah la, kiranya. hehehe. sorry ummi ku yang tercinta. hehe


And lastly, nih aku menang hadiah sebab jadi best entri dekat Giveaway yang kak shida anjurkan. Sorry kak shida , saya lambat up kan entri. heee. sebenarnya , aku mau tunggu dapat hadiah baru up kan entri tapi lambat betul pakcik pejabat pos kol, and baru tadi lagi dia kol. So kena wait and see lah nanti. heee

Nota Mohon Maaf : Mohon maaf atas keterlambatan diri ini meng up kan entri khas sebegini. Dan sekali lagi Terima Kasih. :)

Lagu Khas Buat Student SPM Batch96



Do you know this song? let's sing with me till the sun rise . Lalalalalalalalalalalalalalala ~ debaran debaran menjelma lagi di pagi hari yang sungguh indah ini, berduduknya aku di depan laptop ini adalah keranaa, result spm is coming. 20/3 for sure.


Dear pembaca blog sekalian, mohon doa dari anda anda semua. :')

Sunday, March 16, 2014

Kitar Semula #1 : Cara membuat Tempat simpan Handphone







Ini cara cara untuk kita berjimat, atau save bajet. Kitar Semula barang yang tidak guna adalah amalan yang kreatif, Hoho Simple And Cool.  Cara membuat Tempat simpan Handphone. Belum cuba belum tahu, then  apa tunggu lagi, cubalaa. hehehe

Saturday, March 15, 2014

Petua Elakkan Hati Wanita Bersedih





Petua Petua Ustaz Azhar Idrus semuanya simple dan bernas, tapi se simple simple petua atau ayat ayat ustaz azhar ini, semuanya susah untuk di lakukan. Contohnya Petua Elakkan Hati Wanita Bersedih, jawapannya "Hanya Lelaki Sejati yang mampu menjadi penawarnya" simple tapi susah. Right? Haha. okbye.

Thursday, March 13, 2014

Ajak Shiro Kena Denggi

 
Ajak shiro, shiro, demam denggi


Oleh Izzat Ismail. Kredit foto peribadi @ajakshiro di Instragam

Sejak kebelakangan ini, golongan artis turut tidak ketinggalan menjadi mangsa denggi yang semakin berleluasa. Selepas Shamsul Yusof, terbaru dikatakan Ajak dari kumpulan Shiro turut telah ditahan di hospital akibat terkena penyakit yang sama. Ajak telah dimasukkan ke Hospital Pakar Kluang Utama, Johor selama beberapa hari.

Walau bagaimanapun, anak jati Johor ini mengakui kurang selesa untuk tinggal di wad tersebut. Bukan kerana faktor sekeliling, Ajak berasa lebih selesa untuk berehat dirumah serta berjanji untuk mengikut segala arahan yang telah diberitahu oleh doktor. Oleh sebab itu, dia mengambil inisiatif untuk minum banyak air dan platlet darahnya naik dan telah diberi kebenaran untuk pulang ke rumah atas jaminan sendiri.

Sebelum itu, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak sempat melawat seorang kanak-kanak yang menghidap sakit teruk di Negeri Sembilan. Dia turut telah dimaklumkan oleh rakan baiknya yang peminat cilik itu merupakan peminat tegar yang tidak putus putus memberikan sokongan sejak dari kumpulan Shiro beraksi di Raja Lawak.

Atas dasar kemanusiaan dan keperihatinan, pemuda berusia 28 tahun ini mengambil inisiatif untuk menziarahi peminat tersebut dan telah berjaya membawa sinar keceriaan walaupun hanya seketika. Buat masa kini, Ajak akan berehat di rumah dan akan mula menyambung aktiviti seni sejurus sembuh seperti sediakala.

Here , instagram Ajak Shiro, walaupun pun dia tengah kena demam denggi, sempat lagi buat ucapan singkat untuk MH370. Semoga Ajak Shiro Cepat Sembuh.


Cc: EraFM

Pelakon lagak ngeri antara penumpang MH370



"Fearless", "The Expendables" dan "The Forbidden Kingdom", #MalaysiaAirlines, #MH370, #PrayForMalaysianairlines, #PrayForMH370, Pesawat, Let's Pray, Malaysia, Artis,

Hari ini , sudah  masuk hari ke enam kehilangan pesawat MH370 . Doa + usaha = masih ada harapan lagi. Jangan berhenti untuk berdoa. In Syah Allah ada jalan. Kalau sudi bagi kata kata semangat untuk ahli keluarga mangsa kehilangan pesawat MH370 . boleh lah buat insta video di intagram dengan hashtag " #Kami Menantimu MH370" ,Lebih lanjut sila ke SINI.
Sebenarnya dalam pesawat MH370 ada seorang Pelakon Lagak ngeri  yang turut menggunakan penerbangan MH370 ini.
AstroAwani
"Syarikat perfileman Netflix dan The Weinstein Company mengumumkan pakar seni mempertahan diri Ju Kun, adalah antara penumpang MH370. Beliau pernah membawakan watak yang dibawa Jet Li untuk filem "Fearless", "The Expendables" dan "The Forbidden Kingdom"

Lebih lanjut , boleh la klik SINI .

let's keep on praying for them & hoping for miracles to happen.
#MH370

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala